Part 12 : Handsome Kidnapper

1.2K 105 1
                                    

"Selamat pulang tuan Dylan"tunduk maid pada orang yang berjalan masuk ke dalam rumah agam itu Bersama seseorang di atas bahu.

"Beritahu semua orang saya tak nak di ganggu, dan jangan sesiapa berani-berani naik ke tingkat saya."tegas Dylan sambil dia berjalan.

Maid itu angguk kepala tanda faham tanpa berkata apa-apa. Dia terkejut, tapi siapa la dirinya untuk mempersoalkan tindak tanduk tuan mudanya ini.

"Tolong...dia culik saya...awak kena call polis...tak..awak kena call suruhanjaya pencegah jenayah" teriak Sera dengan terdesak sewaktu dia didukung atas bahu dengan Dylan. Nak melawan tak ada gunanya. Kaki dan tangan dia sudah terikat macam mangsa penculikan betul-betul!

Setelah daki tangga tanpa sebarang masalah, Dylan tiba di tingkat dua rumah agam itu lalu bawa Sera ke biliknya.

"Apa semua ni! Hah! Kau tahu tak salah di sisi undang-undang bawa orang pergi tanpa kerelaan dia. Tak belajar ke! Sia-sia sambung belajar dekat luar negara tapi undang-undang pun tak tahu!"bebel Sera semasa mereka berdua mula masuk ke dalam sebuah bilik. "Turunkan aku! Turunkan aku la!!!"

Tidak semena, Sera di campak ke atas katil dengan Dylan setelah itu.

"Argh!"jerit Sera kerana gayat dek di campak macam apa dekat atas katil tu. "Hish! Untung aku kena ikat. Kalau tak lama kau jadi lempeng dekat sini" Dalam keadaan terikat dia cuba bangunkan dirinya. Setelah Berjaya, dia cuba leraikan ikatan tali leher pada tangannya tu.

Dylan pandang menyampah lalu mencekak pinggang melepaskan hela nafas letih dia. Memang la dia kata dia akan berhenti kejar Sera. Yang bermakna dia takkan kejar lagi tapi paksa terus tanpa toleransi atau buang masa dengan menunggu Sera.

"Kau tak berhenti, selagi tu kau terikat macam ni Sera."tegas Dylan sewaktu perhatikan tangan Sera yang sudah kemerahan kerana tindakan Sera yang tidak henti-henti cuba leraikan ikatan tu. Lama-lama boleh melecet tangan tu.

Sera merenggus kasar lalu pandang bengang ke Dylan. Grrr!Dasar lelaki mental! "Memangnya aku akan bebas kalau aku tak melawan?Sama je!"marahnya.

"Tak cuba tak tahu"Dylan jungkit bahu.

Nafas Sera naik turun kerana berasa mengah dek menjerit dan bergelut sejak tadi. Yalah tu dia akan di bebaskan kalau tak melawan. Boleh percaya ke ni? Dia pandang Dylan dengan lama. Siap la kalau Dylan tipu dia. Lalu Sera lepaskan hela nafas mengalahnya. Okay...dia bagi kerjasama. Tapi kalau Dylan macam-macam dengan dia memang kena smack down lelaki ni.

"FIne."setuju Sera dengan marah.

Dylan pandang lega ke Sera bila dengar jawapannya lalu senyum tsrima.kasih.

"Kan bagus kalau sejak awal lagi kau tak melawan. Tak adanya aku ikat kau macam kena culik macam ni."Dylan gerak ke sebelah Sera lalu duduk di situ dengan rapat.

Bersama jelingan tak puas hatinya, Sera perhatikan saja tangan Dylan leraikan ikatan di tangan dan kakinya satu persatu. Terlerai saja tali tu, Sera terus bangun dari katil tu laju-laju. Nak jauhkan diri dari Dylan sebab lelaki depannya ini menakutkan dia.

"Apa kau nak?"tanya Sera sambil urut pergelangan tangan dia yang lenguh tu.

"Duduk sini"tepuk Dylan dekat tempat Sera duduk tadi.

Mata Sera gerak pandang ke tangan Dylan lalu menggeleng kepala. "Tak payah. Aku okay je berdiri dekat sini. Sekarang beritahu aku. Apa kau nak sampai bawak aku ke sini"kata dia sambil kerling sekeliling bilik yang mewah itu dengan takut.

Makin melonjak usia makin penakut dia dibuatnya.

Blazer dekat badan di tanggalkan Dylan lalu di letakkan dekat katil. "To talk."Dylan bangun dari katil tu lalu jalan dekati Sera.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now