Part 29 : The Little Boss

1.1K 87 0
                                    

"Macam mana boleh jadi macam ni Dylan?"tanya Savannah dengan kerutan di kening. "Susah payah aku aturkan penempatan kau dekat sini. Berbulan aku tunggu proses pertukaran hak milik semata untuk kau...and what?Sera makin benci dekat kau?"

Dylan hanya diam termenung pandang ke gelas berisi air kosong di depannya itu. Kalau Savannah kesal. Dia lagi kesal! Ada ke patut Sera kiss dia kemudian cakap jangan jumpa lagi. Buang tebiat betul minah tu!

"Kau kata kau akan selesaikan hal ni? Kenapa boleh jadi rumit macam ni?"tanya Savannah lagi.

"Aku tak tahu Savy.."Dylan pejamkan mata. Dia masih lesu lagi. Lepas Sera keluar rumah untuk ke akademi tadi, dia keluar dari bilik Sera lalu duduk lepak di ruang tamu rumah tu. Kebetulan Caleb keluar cari makanan, dan masa itu la Savannah pulang.

"Kau perlukan bantuan aku lagi ke?"

Dylan terus menggeleng kepala. "It okay...kau dah banyak tolong aku. Lagipun kau beritahu aku perkhabaran Sera selama ni pun dah kira cukup untuk aku."Ya. Selain Kaito, Savannah jugak orang Dylan.

Savannah pandang kasihan ke tuan punya syarikat yang dia sedang bekerja dengan. Yup, Dylan adalah bos kepadanya. Selain jadi model sambilan, dia juga bekerja sebagai staf di syarikat Dylan. Sera tak tahu tentang hal ni. Sebab itu la dia patuh akan Dylan no matter what apa tugasan tu. Termasuk la mata-matakan Sera.

Lepas Sera buat keputusan untuk sewa dengan Savannah, sejak tu la dia contact Dylan semula untuk maklumkan hal ini. Dan sejak itu jugak la Savannah beritahu setiap rutin dan apa yang terjadi pada Sera dalam sehari, kepada Dylan sehingga la sekarang. Lagi-lagi lepas dia tengok susah betul Dylan nak get back semula dengan Sera. Savannah berusaha untuk mudahkan urusan lelaki ni.

Savannah melepaskan keluhan panjang lalu berkata."Tak apa. Aku okay je."

Dylan pandang ke Savannah dengan renungan serius. "Aku just nak kau pastikan dia selamat dan terjaga itu je."

"No problem...aku dah suruh Caleb untuk pastikan semua tu. Alang-alang dia ada dekat sini."

Dylan buat muka tak suka. "And suruh dia jauhkan diri dari Sera. Jangan rapat sangat."

Savannah dah ketawa. Bukan sebab kelakar, tapi sebab dia dah sedia maklumkan hal tu pada Caleb dua hari selepas adik saudaranya ke sini. Dia ceritakan dekat Caleb yang Sera tu bersama dengan Dylan. Dan Caleb patuh akan hal tu walaupun adik saudaranya sedikit sedih mengenainya.

"Jangan risau...aku akan uruskannya."kata Savannah.

Dylan angkat tangan lalu picit dahinya."Urgh..pening kepala aku gara-gara Sera ni."

Sambil menggeleng kepala Savanah berkata."Itu la risikonya kalau nak bersama dengan orang keras kepala macam Sera...."

Dylan sandarkan kepala ke head rest sofa lalu pejam matanya. Selain memikirkan hal Sera, dia pening memikirkan hal Annatalia yang tak henti-henti hendak menganggunya. Perempuan tu asyik nak kahwin dengan dia je. Kembang la tekak!Haih....

"Kau tak nak give up ke dari kejar Sera?"soal Savannah tiba-tiba.

Hal itu buatkan Dylan sentakkan kepala dari sandar lalu membutang mata marah ke Savannah. "Apa kau tanya?"

Savannah jungkit bahu sambil sengih menahan diri dari ketawa. Bukan main lagi terkejut ya dengar soalan dia ni. "Yalah, kau sendiri cakap kau pening fikir tentang Sera kan...kau tak rasa ke kalau kau give up semua ni akan settle?"

"Tak. Aku takkan give up. Sebab aku tahu pilihan aku tepat. Sera adalah pilihan aku. Sekalipun aku kena korbankan apa yang aku ada. Sera tetap pilihan aku."tegas Dylan dengan kening mencerun marah. Dia rasa tercabar bila di tanya soalan macam tu. Ada ke patut!

Savannah ketawa kecil. Nampaknya bos kecil dia ni nekad betul. Rasanya kalau dia sendiri di dalam situasi yang sama, turut akan buat keputusan tu jugak. Bila agaknya dia dapat temui seseorang seperti Dylan ni ya?"Hei..chill la..jangan nak marah sangat. Kau ni...itu pun nak sentap."

"Kau tu..ada ke tanya soalan macam tu. Lain kali jangan tanya aku soalan tu lagi."renggus Dylan.

Dan masa itu la Caleb muncul. Orang yang jenis senyum tak lekang di bibir itu masuk ke dalam sambil tersengih bila nampak Savannah duduk dekat sofa menghadap Dylan. Lelaki itu berjalan masuk dengan beg kertas mcD di tangan.

Savannah je yang pandang ke Caleb. Sementara Dylan hanya bersandar di situ.

"Hey..sissy. You back..nasib baik la. Aku ada belikan lebih makanan. Nak join sekali?" pelawa dia sambil angkat dua beg kertas di tangan ke sisi mukanya.

Savannah geleng kepala. Comel je adik saudaranya ni. Harap-harap nanti bila dah dewasa jadi la lelaki yang berguna."Tak apa. Makan la dengan Dylan. Aku masuk dalam bilik dulu." tolak dia dengan senyuman nipis di bibir.

Calrb jungkit bahu tak kisah. "Fine..jangan cakap aku tak ajak."

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now