Part 6 : Caleb

1.4K 115 2
                                    

DING!

Bersama langkah yang berat, Sera keluar dari pintu lif dengan kepala tertunduk ke bawah. Tiada lagi tenaga kerana saat ini seluruh badannya menjadi lenguh kerana terlalu terkejut setelah bertemu dengan Dylan tadi.

Sumpah, urat saraf dia dah macam jeli pun ada rasanya. Lenguh longlai semuanya. Impak bertemu dengan Dylan ni betul-betul memakan dirinya.

Dylan tu pun satu, kenapa la muncul mengejut macam ni!

Dia tak sedia lagi tau tak!

Sedih betul la macam ni!

Nak menangis pun ada.

Tipu la kalau tak sedih bila orang yang selalu muncul depan mata hilang tak berkhabar macam tu je. Orang lain tak Nampak, tapi sejujurnya, dia menangis malam pada hari dia dimaklumkan Dylan dah pindah dari sini kerana sambung belajar ke tempat lain.

Mental breakdown dia selama beberapa bulan tu. Sepanjang tempoh tu, dia menangis tanpa sedar. Tapi lepas tu dia move on sendiri dengan sibukkan diri melatih anak-anak kecil yang datang ke akademi ayahnya. Sehingga la kini

Semuanya rosak gara-gara kemunculan si tenuk tu!

Setiba di depan pintu apartmentnya, Sera selak penutup pad kunci keselamatan pintu dengan lemah lalu di tekan nombor keselamatan padanya. Sesaat kemudian, bunyi klik kedengaran dan dia tolak pintu itu ke dalam.

Namun baru saja dia jejak kaki kanan ke dalam, Sera tiba-tiba jadi kaku dekat situ bila ternampak ada sepasang kasut lelaki tergeletak dekat depan laluan masuk.

Bersama kening berkerut kehairanan, Sera angkat kepala dia dari pandang kasut tu ke depannya. Siapa pulak yang masuk ke rumah ni?Seingat dia, tak pernah pulak Savannah benarkan mana-mana lelaki masuk ke rumah ni, apa lagi dia. Kecuali la....

Jadi awas dengan persekitarannya, Sera capai benda pertama yang dia nampak dekat depan pintu tu. Iaitu sebuah payung warna merah polka dot putih padanya.

Senyap-senyap, Sera pun jalan masuk ke dalam bersama payung di tangan.

Mula-mula Sera jengah kepala ke kirinya, cuba kesan dimana keberadaan orang asing a.k.a penceroboh berada. Bila firasat dia beritahu yang penceroboh tiada di situ, Sera gerak hendak palingkan kepala ke kanan pula.

Dan masa itu la seseorang muncul dari dapur, iaitu arah kanan Sera dan berdiri di situ.

Bila Sera pandang ke kanan, Sera ternampak kelibat orang tu lalu melompat kecil kerana terkejut sebelum berdiri dekat situ dumbfounded dan tangan yang memegang payung pun jatuh ke sisi tiada tenaga.

Serius?

Please someone help her!

Cukup-cukup la!

Berhenti buat dia terperanjat.

Lemah semangat dia lama-lama macam ni!

"Caleb....kau rupanya. Ingatkan siapa tadi." hela Sera dengan nada letih dia. Haih...Savannah ni kan... asal la tak beritahu dia yang adik sepupunya ni nak ke sini. Mujur la dia tak belasah anak orang ni. Kalau tak keluar la berita, anak muda masuk hospital setelah di belasah separuh mati dengan payung. Kan viral tak pasal-pasal!

Tersengih lelaki dengan aiskrim cone di tangan itu pada Sera. "Sorry...Senior baru balik ke? Savannah beritahu tak saya akan ke sini?" tanya Caleb 19, sepupu Savannah.

Lalu Sera sandarkan payung ke tepi sofa depannya sebelum gerak mengambil tempat di situ untuk berehat. Penat betul!"Memangnya kalau Savy beritahu aku yang kau nak datang, tak adanya aku terperanjat macam tadi.." jawabnya dengan nada malas.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now