Part 47 : Gaduh!

1K 88 0
                                    

"What the hell?"tergamam Dylan masa pandang Sera dengan mulut ternganga dia.

Sera yang lihat reaction Dylan julingkan mata menyampah. "Ya...dah setahun aku tak jejak rumah parents aku."ulangnya lagi.

"Dah kenapa pulak?"tanya Dylan dengan nada tak percayanya.

Dua orang ni sekarang ada di dalam apartment Dylan. Lepas makan malam sama yang mana dimasak oleh Dylan, mereka kemudiannya duduk lepak sama dekat ruang tamu apartment tu tonton perlawanan sukan NBA. Sambil tu berborak la.

Borak main borak, entah macam mana, boleh pulak timbul soal family. Sekali tu Sera cerita la semua yang terjadi pada Dylan.

"Sebab aku nak la.."

Dylan buat muka tak suka. "Kau sedar tak apa kau buat ni?Ni sama je kau ibaratnya putuskan relation kau dengan family kau!"

Sera pandang ke skrin tv sambil lunjurkan kaki ke atas meja kopi depan sofa tu. Tangannya bersilang ke dada. "Aku buat ke tak ke sama je dia orang still buat aku ni macam orang luar jugak."

"Tapi kan dia orang parents kau...family kau. Takkan la sekali pun kau tak pernah jenguk parents kau?"soal Dylan yang sedang bersila dekat sebelah Sera menghadap wanita tu.

Sera lepaskan keluhan panjang

Haih!

Mula dah!

Dalam sehari tu kan, kalau tak bergaduh tak boleh agaknya!

Tanpa alihkan fokusnya dari skrin Sera  berkata."Please la Dylan...aku tak kuasa la nak bertekak dengan kau...aku penat okay. Satu hari ni macam-macam aku kena hadap." cemberutnya dengan kening berkerut tak puas hati.

"Aku pun tak nak..masalahnya kau tunjuk perangai keras kepala kau macam ni tak bantu situation kita berdua tahu tak. Macam mana nanti kalau kita nak kahwin?Macam mana kalau family aku nak jumpa family kau tapi kau tak berbaik dengan family kau?Macam mana kita nak jumpa parents kau untuk introduce relationship kita pada dia orang?"soal Dylan sambil keluarkan jari dia satu persatu semasa berkata.

Sera yang dengar palingkan kepala ke Dylan. Memekak betul la mamat seorang ni. Dari dulu sampai sekarang kan tak ada kurangnya perangai membebelnya itu. Dia pandang tak cakap apa-apa. Sera hanya tenung je muka tu.

"Aku tak peduli. Kau kena berbaik jugak dengan parents kau...especially ayah kau." tegas Dylan sambil pandang mencerun ke Sera.

Tak berkedip sejak tadi, Sera hanya diam memerhati kesungguhan Dylan.

PAP!

"Auw!"melompat Sera dekat duduknya lepas pehanya ditepuk kuat secara mengejut. Dia pejam mata sambil gigit bawah bibirnya sewaktu gosok bekas tamparan tadi! Pergh!Padu habis!Sakitnya. Bersama dada berdenyut senak, dia buka mata lalu pandang geram ke tukang tampar di sebelahnya. "Kau dah kenapa sengal!"bentak dia.

"Salah kau la siapa suruh termenung...aku tengah cakap boleh pulak kau buat dunno macam tadi.."gerutu Dylan.

Berasa jengkel dengan tindakan Dylan, Sera tampar peha lelaki tu pula.

PAP!

"Auw!Sakitla!"Dylan pulak gosok pehanya yang terdedah kerana hanya berseluar pendek.

"Sakit kan..itu la yang aku rasa."

"Oh main kasar eh..?"angguk Dylan sambil gigit bawah bibir dia sambil gerak sedia hendak terkam Sera.

Mata Sera pandang naik turun memerhati postu awas Dylan. Dia yang menerima isyarat itu ikut gerak. "Hah!Kau nak buat apa pulak ni?"

"Heh!"sengih Dylan dengan jahat. "Kita buat bet. Aku kalahkan kau, kau pergi jumpa family kau, kau menang, aku janji aku takkan ungkit lagi soal peribadi kau..."

Sera pandang tak pasti ke Dylan. Bet dengan dia?Memang kalah nak jawabnya. Bukannya dia tak kenal Dylan ni macam mana. "Kau ingat aku stupid ke sampai nak terima idea merepek kau ni?Kau sendiri tahu aku takkan dapat menang kalau lawan kau...?"cebiknya dengan jelingan menyampah.

"Ahahaha...hei kau pernah kalahkan aku sekali masa dekat akademi?"ketawa Dylan.

Sera menjuling mata. "Memang la..sebab masa tu kau saja mengalah sebab tak nak sakitkan aku..."selorohnya yang teringat semasa perlawanan kendo dia dengan Dylan masa berebutkan bilik latihan dulu.

Terus terdiam Dylan lepas tu. "Kau tahu?"tanya dia kerana terkejut mendengar kenyataan itu.

"Of course la aku tahu, kau ingat aku ni apa...sah-sah masa tu kau ada peluang nak kalahkan aku tapi kau sengaja bukak weak spot kau untuk aku serang..."Sera bersila pada sofa tu lalu hadapkan badannya ke Dylan.

"Serius?Jadi selama ni kau?"tanya Dylan.

"Ya...aku tahu semuanya. Dari awal sampai akhir. Kenapa aku tak kena buang dari akademi. Kenapa aku boleh berakhir dalam kelab kendo dan menang semua perlawanan. Kenapa aku boleh jadi presiden pelajar...semuanya. Kau tu yang lembab sangat sebab pergi sebelum aku sempat cakap apa-apa.." sambil kata tu dia cucuk dada tu dengan jari.

Dylan pandang tak berkedip ke Sera. Woah! "Tapi macam mana?Siapa beritahu kau?"Dylan pegang jari Sera dari terus mencucuk dadanya sambil pandang muka tu.

Sera gerak sandar ke badan Dylan lalu duduk atas silaan itu."Perlu ke tunggu orang beritahu...aku sendiri boleh baca apa yang berlaku dekat sekeliling aku. Kalau kau tak buat perangai setan kau tu dah lama aku suka kau...ini tak habis-habis nak jengkelkan aku dengan mulut laser tu siapa suruh." 

Dylan selesakan Sera dalam pangkuannya sambil mendengarnya. Fokusnya pada skrin televisyen di depan mereka.

"Sumpah aku terkejut."ujar Dylan.

Sera sandarkan kepalanya ke ceruk leher Dylan sambil sebelah tangannya melingkar sekeliling belakang badan tu lantas menguap.

"Yalah..terkejut la sangat. Ini kan pelan kau sendiri...tak ada apa yang perlu dikejutkan pun.."gumam Sera dengan mata berair lepas menguapnya. Dia penat dan mengantuk. Dan makin penat dia lepas teringat akan pelannya esok.

Dylan kucup dahi Sera sebelum sandarkan pipinya ke dahi itu lalu ikut menguap. "Memang la...aku try sorokkan dan tak nampak obvious. Still kau boleh sedar."balasnya.

Sera pandang ke skrin tv dengan mata mengantuknya. "Dah la...diam. aku penat bercakap. Tengok je tv tu."arahnya yang mana tak kemudian mereka berdua diam menonton tv buat seketika sebelum terlelap sama-sama tanpa sedar dekat sofa tu.

Maka, tv jugak la yang tengok mereka bukannya mereka yang tengok tv tu.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now