Part 57 : The Thief Kiss

1.4K 96 3
                                    

Kad key yang diserahkan kepadannya tadi di seluk masuk ke dalam pad kunci pintu hotel bernombor emas dengan senyap sebelum tombol pintu itu di tolak ke bawah dan daun pintu itu di dorong ke dalam perlahan-lahan.

Seperti pencuri, kakinya yang berkasut itu pijak lantai bilik berkarpet dengan berhati-hati. Sebolehnya tidak mahu membiarkan kehadirannya di situ disedari.

Sebaik saja dia masuk lebih dalam ke bilik itu, matanya terarah pada orang yang sedang baring telentang dengan kaki masih di lantai. Sedang pejam mata mungkin terlena.

Dia pun gerak dekati katil itu dengan senyap lalu tunduk membongkok mendekatkan diri pada orang itu dengan sengih nakal di bibir.


Tak lama bunyi ketukan senyap, bilik itu kembali senyap semula.

Tapi lepas tu, hidungnya tiba-tiba saja terhidu bau wangian lelaki mula menerawang sekitarnya.

Hairan dengan apa yang dihidu, Sera berkerut kening sewaktu hidungnya menghirup udara di sekitar dengan perlahan lalu gerakkan kepala ke arah siling semula.

Masa itu la dia dapat rasakan ada yang berat menginjak katilnya dari kanan dan kiri sebelum satu sentuhan lembut hinggap di bibirnya. Berasa terkejut dengan apa yang dirasainya, Sera terus buka matanya.

"Boo!"sergah Dylan dengan perlahan dari atas Sera sewaktu dia ikut baring menopang siku di kanan dan kiri kepala Sera.

Bersama renungan mengantuk dan lesunya Sera tatap wajah Dylan buat seketika untuk pastikan dia tidak bermimpi, dan bila satu  kucupan hinggap di bibirnya sekali lagi, baru la dia tahu semua ini benar.

"Macam mana kau boleh masuk ke sini?"tanya Sera tanpa bergerak sikit pun. Dia tak nak tolak Dylan sebab rindukan kehadiran lelaki ini di sisinya selepas seminggu menghilang kerana sibuk membuat persiapan dan sebagainya bersama Annatalia. Dia tahu semua ni pun dari Savannah yang kini menjadi orang kanan Dylan di syarikat tu.

Dylan pandang Sera dengan senyuman manis di bibir. "Seira serahkan kad key bilik dekat aku masa kita orang bertembung dekat lobi tadi." jawabnya sambil usap tepi pipi Sera dengan jari telunjuknya perlahan-lahan.

"Anna macam mana?Bukan ke kau sepatutnya kau ada dengan dia sekarang?"Sera sandarkan wajahnya pada sentuhan Dylan.

Dylan tersenyum bila Sera sukakan sentuhannya, lalu dia tunduk mengucup mata itu dengan lembut. "Entah mana dia pergi dengan keluarganya...aku tipu aku penat nak rehat. Teringat kau dekat sini. Itu aku ke sini." tak tahan nak tunggu lama-lama, dia terus tundukkan kepalanya ke ceruk leher Sera dan berikan kucupan di situ.

"Kita tak patut buat semua ni. Kau tahu ni salah kan?"kata Sera yang hanya termenung pandang ke siling tidak menghalang Dylan.

Tanpa berhenti Dylan berkata dari balik kucupannya itu. "Aku belum bertunang lagi. Dan aku tak pernah kata kita dah putus. Maknanya semua ni tak salah.."katanya semasa gerak mengucup beberapa kali leher Sera dengan lembut lalu naik mengucup rahang dan pipi sebelum berhenti untuk memandang mata Sera.

Sera berdengus kecil. Cakap dengan Dylan ni cuma buang air liur je. Lelaki ni mana la reti nak mengalah. Ada saja jawapannya. "Kau patutnya luangkan masa dengan bakal isteri kau...bukan aku."getusnya dengan nada mamai mengantuknya. Dia masih lesu lagi sebab jetlagnya tak hilang-hilang lagi. Ditambah stress dan makan minumnya tak terjaga beberapa hari ni lagi, burukkan lagi kecerdasan dia.

"Aku tengah la ni."senyum Dylan sebelum sengetkan kepalanya lantas memberi deep kiss pada bibir Sera.

Sera pejam matanya sejurus itu. Dia diam tak melawan.

Dylan ubah kedudukan kepalanya lalu terus mengucup Sera sambil pegang ke tepi muka kiri Sera dengan erat.

Beberapa ketika kemudian, Dylan jauhkan bibirnya dari Sera sebelum gerak baring sepenuhnya ke Sera dan peluk Sera seeratnya. Dia sandarkan kepalanya ke dada Sera lalu pejam mata.

Menggunakan tangan yang berada di bawah kepala Dylan, Sera bermain dengan cuping telinga Dylan sewaktu dia termenung mengenang nasibnya.

"Lepas ni mungkin ni kali terakhir kita jumpa Sera. Family aku rancang selesai saja majlis pertunangan ni, aku akan pergi ke rumah keluarga Annatalia dan menetap dekat sana sehingga la majlis perkahwinan selesai."maklum Dylan dengan suara sedih.

"Mm."jeda Sera tiada mood.

"Kau sure...kau tak nak lari dengan aku?Kita ada masa lagi ni.."ajak Dylan lagi sambil pandang tepi muka Sera.

Sera gigit bawah bibirnya sewaktu pejam mata menahan perasaan sedih dia dari datang bertandang."Kau tahu aku takkan sanggup buat semua tu walaupun aku terdesak sangat.." luahnya setelah diam seketika.

"Jom la Sera...."minta Dylan lagi sambil eratkan pelukan dia pada badan kecil Sera itu. Dia tak nak buat semua ni! Dia tak  tahu macam mana nak bayangkan masa depan dia kalau Sera tak ada dalam gambaran hidup dia lepas ni!

"Aku tak sanggup malukan parents aku Dylan."kata Sera.

Berasa jengkel dengan jawapan Sera, Dylan angkat kepala dia dari dada Sera lalu baring mengiring sambil topang lengannya di katil memandang Sera."Habis tu kau sanggup tengok aku dengan orang lain?"

Sera gerakkan kepala dia ke Dylan lalu diam menatap wajah itu dengan hati yang lirih. "Relakan la takdir kita ni Dylan. Tali merah kau bukan terikat pada jari kelingking aku. Tak ada apa-apa yang kita boleh lakukan lagi."

"Sera...."kerut Dylan.

Sera tekap tangannya ke pipi Dylan. "Aku sayangkan kau Dylan. Sayang sangat. Tapi sayang aku ni boleh lukakan hati orang lain."

Dylan pejam matanya dengan kening berkerut sedih lalu tertunduk kecewa. Dia fikir dia boleh pujuk Sera. Dia betul-betul nekad nak lari dari sini dengan Sera. "Last time Sera...ikut la aku pergi."ajaknya dengan pasrah. Sekiranya jawapan Sera sama sehingga ke akhirnya. Dia terima akan semua ni.

Sera gerak untuk peluk Dylan lalu berkata. "Selamat tinggal Dylan...aku doa semoga kau bahagia dan aku akan ingat semuanya tentang kita." balas Sera semasa sembamkan mukanya ke dada Dylan.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now