Part 17 : The Ring

1.1K 105 2
                                    

Boom!

Tumbang terus dia dekat katil serta merta.

Heaven sungguh rasanya bila tulang belakangnya dapat baring buat kesekian kalinya dalam satu hari ni.

Gerenti!

Lepas baring ni dia takkan dapat bangun lagi dah!

Betis.

Peha.

Lengan.

Tulang belakang dia especially

Dan letakkan surat jawatan masing-masing untuk berhenti bekerja!

Muaahahahah! Siapa cari dia nasib la! Dia dah nak tertidur ni..

Dalam keadaan telentang, Sera termenung memandang siling biliknya dengan senyuman lega di bibir.

Sedap betul rasanya bila baring ni!

Lain sungguh nikmatnya.

Suara orang ketawa dan bising-bising dapat di dengar dari luar jendela bilik yang sedang terbuka luas itu. Tapi sikit pun tak dapat buatkan Sera dari perlahan-lahan mahu mengatupkan matanya kerana keletihan.

Namun begitu, apakan daya. Sudah nasibnya tertulis di situ yang setiap kali dia mahu nikmati momentnya sendiri, pasti akan ada yang menganggu.

Kriiitt~~

Bunyi engsel pintu kedengaran tidak lama selepas itu.

Buatkan Sera terus buka mata dan bangunkan badan dia dari perbaringannya. Bersama renungan mengantuk dan muka letihnya, Sera pandang tak jelas orang yang berjalan masuk ke bilik tidak dihidupkan lampu itu.

"Siapa?"tanya Sera sambil kecilkan mata nak lihat dalam bilik yang samar-samar di biasa cahaya lampu di luar laman rumah itu.

"Aku."

Lepas muka tu muncul dari gelap dan dibias cahaya lampu dari jendela, Sera terus melepaskan ngerangan jengkel dan tumbang ke katil semula.

Ni lagi saka dia!

Letih betul!

Dah tak larat nak cakap apa-apa, Sera hanya pejamkan matanya semula. Lantak la apa Dylan nak buat. Dia tak kuasa nak bergaduh time macam ni. Tenaga dia dah sampai limitnya!

Dylan dekati tepi katil lalu duduk di tepi Sera yang sedang baring telentang tidak berbantal itu lalu diam tunduk memandang wajah itu.

"Mana kau dah pergi satu hari ni? Kau sempat makan tak ni?"tanya Dylan dengan nada perlahan seakan berbisik.

Sera hanya lepaskan hela nafas panjang. Matanya masih terpejam. Mulutnya terbuka sedikit sebab hendak bernafas melaluinya memandangkan hidung dia akan problem sikit kalau dah baring.

Perlahan-lahan Dylan angkat tangannya sebelum usap kepala Sera dengan lemah lembut. Pasti Sera penat satu hari ni. Dia nampak Sera sibuk sehari suntuk manage majlis niasa semua orang sibuk hiburkan diri, Sera adalah satu-satunya orang yang ada dalam fokusnya.

"Kau masih marahkan aku ke?Cakap la dengan aku...kau nak maki.ke nak apa cakap je la..aku tak kisah...at least bercakap la dengan aku?"mintanya.

Tidak bersuara, Sera hanya gerakkan tangan yang ada di perut gerak ke tepi kepala. "Go away..."sebutnya dengan perlahan.

"Hah?"Dylan tundukkan telinga dia ke muka Sera. "Apa dia?"

Masa itu la Sera buka mata dia yang sedang berat dan pandang telinga Dylan. Seluruh badan dia jadi lenguh dan tak larat nak gerak lagi. Sengal-sengal semuanya. Jadi niat dia nak tolak Dylan hanya dikuburkan saja dalam benaknya.

"Keluar..."sebut Sera dengan perlahan. "Aku tak larat nak gaduh dengan kau.."sebutnya dengan mamai.

Dylan hadapkan mukanya ke depan muka Sera lalu topangkam lengannya di atas katil untuk sokong dirinya.

Sera kedipkan matanya beberapa kali sebelum terpejam semula. Dia betul-betul mengantuk.

"Kau minum ke?"Dylan tunduk mahu menghidu bau alkohol, tapi tiada.

Sera berdengus kecil. "I wish.."gumamnya hampir diulit mimpi.

Dylan tatap kening Sera lalu ke mata yang terpejam itu sebelum turun ke bibir Sera. Tanpa berkata apa-apa, dia kucup dahi tu. Setelah itu dia pandang muka Sera semula lalu berbisik selembutnya. "Maafkan aku Sera....tak patut aku tinggalkan kau macam tu je..."

Bibir Sera bergerak lalu mengetap garis nipis di situ seakan tercebik mahu menangis.

"Kau berhak marahkan aku...dan aku berhak di benci kau...sebab tu aku nak betulkan balik situasi ni. Bagi aku peluang. Aku janji aku takkan rosakkannya."

Perlahan-lahan Sera buka mata dia lalu bertentang mata dengan Dylan yang berada di atasnya. Mata yang kemerahan kerana mengantuk itu perlahan-lahan mengumpulkan air mata.

Kening Dylan berkerut serba salah. Dia usap ibu jarinya di tepi mata Sera dengan kasih. "Jangan menangis...kau hanya buat aku rasa lebih teruk lagi..."Dylan gerak mengucup mata Sera setelah itu. Kemudiannya dia turun ke bibir Sera.

Terus teresak-esak Sera menangis tak bersuara dekat situ sampai badannya menggeletar sebak. Tangannya masih berada di sisi kepala. Tak kuat nak angkat untuk tolak Dylan atau peluk lelaki ini.

Dylan tunduk menyandarkan dahinya ke atas dahi Sera dan pejam mata setelah itu. "Shhh..." pujuknya.

Air mata turun dari tepi mata Sera tanpa henti.

Tak lama lepas tu, Dylan angkat kepalanya lalu tegakkan badannya untuk seluk sesuatu dalam poket seluarnya.

Sera yang masih menangis sikit pun tak pandang Dylan, dia bawa lengan kirinya naik menutup matanya.

"Bagi aku peluang untuk tebus balik semua tu Sera."Dylan pegang tangan Sera lalu sarungkan cincin dekat jari manis Sera senyap-senyap. Tangan yang kemas tersemat dengan cincin itu di bawa ke bibir lalu dikucup dengan perlahan.

Sera turunkan lengannya ke sisi lalu pandang palingkan kepala ke Dylan. Bdia pandang Dykan dengan mata basah dengan air matanya."Kau....aku bencikan kau tahu tak!"getusnya dengan suara serak sedihnya.

Dylan angguk kepala lalu gerak baring mengiring di sebelah Sera "Aku tau tu.."

Sera hanya baring telentang di situ sambil sedut hingusnya dengan susah payah. Sudah la susah nak bernafas, tambah lagi dengan hidung tersumbatnya.

Dylan bantalkan lengannya di bawah kepala menghadap Sera. "Kau nak aku temankan kau tidur ke?"

Tanpa berkata apa-apa Sera pejamkan matanya lalu mengangguk kepala dengan letih.

Dylan apa lagi, dia ngesot rapat ke Sera lalu letakkan tangan bawah ke leher Sera dan tarik Sera sandar ke dadannya. "Tidur la...aku tunggu kau."tepuknya di belakang badan Sera dengan perlahan yang mendodoi.

Sera sandarkan kepalanya ke ceruk leher Dylan lalu lingkarkan tangan ke sekeliling tulang rusuk Dylan dan kembali menyambung lenanya.

Buat kali terakhir, Dylan kucup ubun-ubun Sera sebelum sandarkan pipinya di atas mahkota kepala Sera dan pejamkan mata.

16.Tentang KitaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum