Part 32 : Lunch

1K 79 1
                                    

Selepas sesi briefing, sepanjang hari tu, Sera diapit khas dengan Aiden untuk ronda satu company tu. Dari bertegur sapa dengan para pekerja yang ada, perkenalkan dia kepada ahli pasukannya, kemudian berikan guide untuk ke arkib syarikat dimana dokumen penting di simpan, tak cukup dengan itu, Aiden sendiri yang berikan penerangan secara peribadi mengenai kontrak yang Sera perlu tandatangan.

Boleh je pekerja lain uruskan semua itu, tapi Aiden sendiri nak buat.

Sampai hairan para staf yang lain bila Aiden, CeO mereka muncul bersama Sera di sisi sepanjang hari itu.

Dan selepas selesai semua itu, Aiden pelawa Sera untuk makan tengah hari bersama.

Sera tak ambil masa yang lama untuk buat keputusan. Dia hanya iyakan saja. Orang nak belanja takkan la ditolak.

"So?Apa story awak selama empat tahun ni?Masih dengan perangai brutal dan suka kenakan orang ke?"tanya Aiden sambil tunduk mengerat makanan dalam pinggan.

Sera angkat kepala dia dan letak garfu dan pisaunya dengan kesal sebab daging dia susah hendak di kerat. Entah apa-apa la tukang masak ni. Kalau masak tu ikhlas sikit tak boleh apa. Daging liat macam tu, nak makan tang mana!

"Kenapa awak nak tahu?"balas Sera semasa sandar ke belakang dengan tangan bersilang di atas pehanya. Rasanya kalau dia tak beritahu Aiden dah sedia maklum mengenai dirinya. Yah, mana la tahu Aiden spy dia ke siasat latar belakang dia ke..

"Saja...mana la tahu kan, entah awak still bersama dengan Dylan sehingga sekarang atau sudah berpisah...atau sebaliknya.."seloroh Aiden dengan bersahaja.

Sambil buat muka menyampah, Sera pegang kaki gelas air kosongnya lalu dimainkan."Entah.."jawab Sera dengan nada tak sukanya.

Aiden angkat kepala dia dari tunduk untuk pandang Sera lepas dengar jawapan tu. Sera tak tahu atau buat tak tahu? "Awak tahu dia dah balik sini?"

Sera angguk kepala.

"Dan awak tahu kenapa dia pergi dari sini?"

Mata Sera mencerun tajam setelah itu. Apa yang Aiden cuba tanyakan sebenarnya ni? Lelaki ni nak apa dari dia. "Perlu ke?"tanya dia.

Aiden tarik sengih sinis dia. "Maybe..sebab awak dengan dia dulu kan pernah ada something, mana la tahu kan awak masih pedulikan tentang dia..?"

Entah kenapa, dia tiba-tina berasa panas sampaikan rambut panjangnya di selak ke belakang bahu. "Apa sebenarnya yang awak nak sampaikan pada saya sebenarnya ni?"soal dia yang berasa rimas  dengan permainan main sorok-sorok ni. Straight to the point je la. Susah sangat.

Aiden pandang Sera dengan senyuman penuh muslihatnya. "Fine...kalau macam tu biar saya terus terang kalau awak dah tanya. Kalau awak still tak tahu tentang Dylan, dia dah balik ke sini semula. Dan awak tahu dia juga bakal disatukan dengan anak kepada sharehodler syarikatnya."

Excuse me?Disatukan?"Dengan siapa?"tanya Sera dengan muka terpempannya. Macam tak guna je! Dah tu kenapa bagi dia cincin kalau Dylan bakal bersama dengan wanita lain! Kenapa beria cakap nak get back la suka lah cinta bagai la! Habis dia ni apa!perempuan simpanan Dylan?!Hah!

"Annatalia Annatasia."

Anna apa? "Siapa tu?"

"Seorang model terkenal..."

Sera capai gelas berkakinya lalu disisip sedikit air darinya untuk hilangkan rasa kering ditekaknya.

"Citarasa dia teruk..macam dah tak ada orang lain apa, model jugak yang dipilih..."cebik Sera dengan menyampah.

"Ahahah...awak nak dia pilih citarasa seperti apa?"soal Aiden sambil ketawa.

Sera buat muka 'gelak-gelak penampar nak?' pada Aiden lalu tolak pinggan makanan di depannya. Tak nak makan. Dia merajuk! Sampai hati ya Dylan rahsiakan semua ni dari dia. Dan kenapa dia boleh tak tahu tentang hal ni? Tak boleh ke Dylan berhenti dari kecewakan dia.

Aiden yang kesan akan reaksi keruh Sera tarik sengih berjayanya lalu kembali memandang makanan."Jangan risau Sera...even dia tak pilih awak jadi pasangannya, ada orang lain yang mahukan awak.." ujarnya sambil tu.

Mata Sera gerak ke Aiden. "Siapa?"tanya dia.

Aiden angkat kepala lalu tenung ke dalam mata Sera dengan tepat. "Saya."

Mata Sera terus terbutang luas bila dengar akannya. Kalau dia tengah makan ni mahunya tercekik!

"Tuan Ceo?Nakkan saya?AhHaha..gurau eh? Lepas apa saya buat still ceo mahukan saya?"nak mengenakan dia la ni. Ingat dia tak tahu ke!

"Masa tu saya tak matang, lagipun apa saya buat tu salah, dan hanya betulkan semula dengan berikan balasan pada saya untuk apa saya buat."jelas Aiden dengan jujur.

Sera beri renungan curiganya. Apa ni?Pelik betul lelaki ni?Ini ke oramg yang sama dah susahkan Dylan selama dua tahun? Asal nampal.macam.iklas dan jujur je gayanya.

"Saya tak paksa awak Sera untuk percaya...tapi sumpah saya katakan pada awak, Sera. Lepas awak tumbuk saya hari tu saya betul-betul terkesima dan terkejut. Siang malam saya terfikirkan awak. Saya ingatkan sebab perasaan benci saya pada awak diatas perbuatan awak pada saya je. Tapi lepas tu perasaan tu berubah sendiri. Saya tak tahu kenapa dan macam mana. Saya tak sure, Sampai la hari saya konvo. Masa tu saya on the way ke asrama...saya ternampak awak. Duduk dekat tembok batu sedang termenung dan bersila sendirian dan memejam.mata menikmati cahaya matahari pada petang tu sendirian."

Sera yang dengar sudah ternganga. Hebat betul Aiden karamg cerita. Bukan main romantik lagi. Ingat dia nak hadam ke dengan semua ni!Tsk! Please la! Tapi ada betulnya..satu hari tu masa semua orang balik ke rumah luangkan masa dengan family, dia hanya terperuk dekat asrama pada hari konvo Aiden. Nak hilangkan boring dia duduk la dekat atas tembok batu tu sendiri. Saja nak tengok.matahari terbenam. Tak tahu pulak Aiden boleh nampak dia.

"Dan sejak tu saya sure...sebenarnya perasaan benci saya tu adalah suka...saya tak berani nak lafazkannya pada awak sebab malu...and plus lepas apa yang terjadi antara kita, ianya pasti kekok kalau saya tiba-tiba confess dekat awak saya sukakan awak."Aiden tersengih malu seperti remaja jumpa crushnya. Tapi tak memandang Sera. Dan jelas-jelas lelaki tu malu bila kedua-dua cuping tekinga tu kemerahan.

Hampir nak menjuling menyampah dia dibuat. Please la. Stop. Bernanah pulak kang telinga dia ni hah! Acah macam baik sedangkan manusia bertopengkan syaitan. Tikam orang dari belakang lepas dapat apa yang mereka nakkan? Seriously!

"Baik awak habiskan makan tu..kita perlu balik ke company semula ni."kata Sera dengan senyuman plastik terpaksa dia.





16.Tentang KitaМесто, где живут истории. Откройте их для себя