Part 48 : Trap

1K 80 3
                                    

Hari demi hari, hubungan Sera dan Aiden seperti retak menanti belah. Ada saja yang digaduhkan. Ada saja yang di isukan.

Sera sedaya upaya tunjukkan kesetiaan dengan membantu syarikat Aiden peroleh projek yang besar dan jayakan projek tersebut.

Dan dalam.masa yang sama Savannah dengan jayanya buatkan Aiden berubah perasaan.

Setiap kali Sera ajak Aiden keluar makan, setiap kali tu jugak Aiden mengelat. Kata sibuk la, banyak hal la, ada meeting dengan klien la etc...

Disebabkan sudah hampir dengan kemuncak pelannya, Sera ambil keputusan untuk tamatkannya serta merta. Kebetulan persediaan Savannah sudahpun mencapai seratus peratus lengkap sepenuhnya.

Untuk itu, Sera terpaksa berlakon depan khalayak umum untuk extra kan lagi impak!

Dia baru saja pulang dari tapak projek masa nampak Aiden jalan bergandingan dengan Savannah di sebelah masa ni. Dua orang tu nampak sepadan betul kalau di pandang sesiapa.

Sambil jalan ambil mood, Sera cengkam kuat kertas dekat tangan dia dengan erat.

Time to finish it!

"Aiden!"panggil Sera dengan lantang hingga buatkan suara dia bergema di seluruh lobi tersebut.

Staf yang lalu lalang dekat sekitar koridor tu berhenti melakukan kerja dan langkah masing-masing untuk saksikan kekecohan tersebut.

Aiden dan Savannah yang dengar suara itu palingkan kepala mereka ke arah pintu masuk dengan kening terangkat

DETAK!

DETAK!

DETAK!

Lekas saja bunyi detak tumit tinggi Sera sewaktu dia jalan ke arah Aiden. Dan sesampai saja dia di depan lelaki itu, Sera campak helaian kertas tu depan muka tu.

"Lelaki tak guna! Lepas apa aku buat untuk kau dan company kau!Ini yang kau balas!?"bentak Sera.

Savannah yang sedang merangkul lengan Aiden dekati Sera lalu tolak dada tu dengan marah. "Dah kenapa kau ni?!Tiba-tiba nak marah-marah!"

Dengan berang Sera jeling geram ke Savannah. "Kau diam!Sebelum aku tampar kau!Better kau tutup mulut tak guna kau tu!"

"Sera!"bentak Aiden tak semena lepas dengan Sera maki Savannah.

"WHAT!"bentak Sera pula sambil jeling bengang ke Aiden. "What!!!!"jerit dia. "Kau tipu aku!Kau tak sukakan aku...tapi kau buat semua tu untuk buatkan aku percayakan kau dan tolong syarikat kau! Sekarang apa?Kau pecat aku! Tak cukup dengan tu!Kau hantar orang untuk spy aku?!"luahnya sekuat hati. Nak luahkan semua rasa stress dan marah dia pada Aiden.

Kening Aiden mencerun, dia tunduk memandang berang ke Sera. Lantas tarik sengih sinis meleret."Memang pun...kau ingat aku suka ke dengan kau?Hei perempuan!Dari dulu sampai sekarang aku masih bencikan kau atas apa kau buat dekat aku! Semua ni memang rancangan aku untuk buat kau percayakan aku dan bantu naikkan prestasi syarikat aku. Dan sekarang...aku tak perlukan kau lagi. Sebab itu kau di pecat! Adanya Savannah dekat, aku masih boleh maintain kan prestasi syarikat aku..."

Sera tenung muka Aiden dengan kepalan penumbuk di tangan. Dia nak maki hamun dan tumbuk muka ni. Tapi tak, dia kena buatkan dirinya kelihatan seperti mangsa keadaan dekat sini. Untuk itu, dia paksa air matanya keluar dengan mengingatkan semula apa yang Aiden dah buat pada Dylan dan mendiang Noah.

"Sampai hati.. "ketap Sera dengan mata kemerahan. "Sampai hati kau buat aku macam ni....kenapa?Kenapa kau buat semua ni..."raung Sera yang kemudiannya cekau kolar baju Aiden lalu digoncang kuat. Kenapa Aiden sanggup cederakan Dylan dan buatkan Noah meninggal dunia! "Kenapa!!"air mata berjuraian keluar dari matanya.

Savannah sedaya upaya kawal ekspresi wajahnya. Dia ketap gigi kuat-kuat nak halang diri dari ikut sebak dekat situ.

Aiden tarik sengih penuh kemenangan. Akhirnya pelan dia nak buat Sera berharap dan suka pada dia lalu kecewa kerana dikhianati akhirnya berjaya. Selepas bertahun lama dia tunggu saat ni. Dapat jugak dia sakiti Sera seremuk-remuknya.

"Guard!Halau dia kekuar dari sini!Jangan benarkan dia jejak kaki di sini."laung Aiden yang kemudiannya tolak Sera jatuh ke lantai sekuat hati.

Masa Sera terduduk dekat situ macam isteri kena cerai suami, Savannah secara instinct hampir saja bergerak hendak dapatkan Sera, tapi dia berjaya halang dirinya dari dekati Sera. Sambil ketap rahang serapat mungkin, dia pandang Sera yang dalam keadaan devasted yang amat.  Kalau dia tak tahu, maybe dia akan fikir semua ni benar.

"Lelaki tak guna!Kau memang lelaki tak guna Aiden!Aku sayangkan kau!Aku serahkan kesetiaan aku dekat kau dab syarikat kau!"teriak Sera semasa dia dibangunkan oleh dua pengawal keselamatan lantas di heret pergi dari situ.

Aiden yang perhatikan lakonan Sera yang kelihatan 100 peratus real itu kemudiannya berpaling semula sambil peluk belakang badan Savannah. "Kita sampai mana tadi?"tanya dia sambil pandang ke Savannah dengan senyuman si bibir.

Savannah yang masih dalam keadaan terpinga-pinga dan sakit hati itu tarik senyuman menggoda terpaksa dia lalu sandarkan diri dengan manja ke Aiden. "Makan malam sama-sama?"jawab dia.

"Ah ya...boleh. saya setkan mana kita nak makan nanti."

"Tak perlu. Saya dah aturkannya..termasuk hotel."jawab Savannah dengan renungan penuh muslihatnya.

Pelan A. Done!

Pelan B. Next.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now