Part 4 : Cikgu Cantik!

1.5K 107 1
                                    

Masa first time mereka sampai sini mereka ingatkan tepat ni teruk dan tak menarik.

Sekali lepas dapat tahu cikgu yang mengajar di sini cantik/ dan handsome kebanyakkannya, tempat ni dah jadi hospot untuk mereka.

Malah mereka lebih sukakan tempat ni dari sekolah sendiri!

Serius beritahu, sekalipun kena marah dan diberi latihan yang kera, mereka tak menyesal. Sebab dapat lihat dan bertemu dengan cikgu cantik dan handsome ni!

"Baik kelas! Pelajar senior 12-18 tahun sila beratur ikut barisan, pelajar junior bawah 12 sila ikut cikgu Sera."laung Cikgu Kaito Yamada, seorang trainer yang baru bekerja di situ hampir setahun yang lepas.

"BAIK!"laung Budak-Budak di situ dengan bersemangat dan tertib semasa berpecah. Paling excited sekali adalah student perempuan yang dapat Cikgu Kaito sebagai trainer mereka, sementara student lelaki yang sama dengan kumpulan Cikgu Sera.

Dalam akademi tu ada 10 orang trainer saja memandangkan tempat tu baru buka dan tak ramai sangat student yang apply di situ, jadi trainer disiti akan panggil secara bergilir setiap lima hari. Dua orang cikgu hadir hari ni, dua orang cikgu hadir hari tu. Dan seterusnya.

Dan hari ini Sera bertugas sama dengan Kaito, abang dari jepun yang berusia 25 tahun itu.

"Dah panaskan badan kamu belum?"tanya Sera pada 15 orang pelajar yang beratur dalam bentuk lima baris bertiga-tiga di depannya.

"SUDAH!"sahut mereka semua di situ dengan bersemangat.

Sera angguk kepala berpuas hati lalu berdiri dengan tangan di belakang badan. "Sekarang buka langkah dan mulakan dengan step basic dulu. CIkgu nak tengok kamu ikut atau tidak apa yang cikgu ajar..."

Dengan senyap mereka semua angkat pedang buluh masing-masing lantas buka langkah. Iaitu kaki kanan di depan, kaki kiri kekal di kedudukan asal. Dengan kedua-dua tangan pegang erat pedang buluh, mata mereka pandang ke depan.

Sera kemudiannya jalan melintasi celah barisan di situ. "1!"hitungnya.

"HAIYAK!"mereka hayun pedang buluh dengan serentak ke depan lalu kembali ke dudukan asal.

"2!"hitung Sera lagi sambil mematai tangan dan kaki pelajar-pelajar di situ dengan renungan helangnya.

Dan begitu la baki dua jam seterusnya.

Mereka semua berlatih dan berlatih hingga la waktu kelas tamat.

Seusai mengemas peralatan dan menukar pakaian, para pelajar di situ pamit meminta diri pada guru-guru mereka seperti kebiasaannya.

Namun seorang dari mereka sepertinya tidak berkelakuan seperti biasa, jalan menuju ke Cikgu Seranya dengan sesuatu tersorok di belakang.

Sera yang waktu itu sedang menyapu lantai itu berhenti dari lakukan kerjanya setelah menyedari akan kehadiran muridnya mendekat ke arahnya. "Kamu belum pulang lagi Isaac?"tegurnys semasa melihat murid berusia 16 tahun itu jalan dekati dia.

Sambil tersipu malu, Isaac berdiri depan Sera sambil tersenyum.

Sera pandang Isaac dengan muka tertanya-tanya. "Ada apa ni?"tanya dia bila pelik melihat Isaac hanya pandang dia tersenyum macam ada something.

"Cikgu...saya suka cikgu."dengan berani kotak berwarna merah jambu itu di sua ke Sera.

WHAT!

Mata Sera terbutang kaku saat pandang kotak tu lantas capai ianya teragak-agak. "Kamu tahu cikgu cukup tua untuk jadi teman wanita kamu?"selorohnya.

"Tak apa...usia bukan segalanya. Nanti bila saya besar dan dewasa, saya akan jadikan cikgu isteri saya."ujar Isaac dengan bersemangat.

Okaaay~

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now