Part 14 : Special Gift

1.2K 101 0
                                    

"Terima kasih cikgu.."

"Sama-sama.."

"Bye Cikgu Cantik!"

"Bye!"

Sera susun semula kusyen duduk dekat dalam almari sambil sambut ucapan pelajar-pelajar yang bergerak hendak pergi dari situ.

"Hei...Sera. Free lepas ni?" muncul Kaito dekat tepi pintu almari simpanan sebekah kiri Sera.

"Tak."jawab Sera dengan nada tak berminat.

"Nak ke mana?"Kaito perhatikan Sera susun semua kusyen hitam dan putih dalam almari ikut warna.

Selesai je susun bantal-bantal tadi, Sera kemudiannya tutup pintu almari lalu menghadap Kaito dengan muka tak berminat.

"Beli hadiah untuk atuk saya...ada apa?" tanya dia.

Kaito terus buat muka teruja.

"Oh ya?Kebetulan. Saya baru nak ajak awak temankan saya beli hadiah jugak."ujarnya.

"Busy."jawab Sera dengan malas serta merta.

"Alah..jom la..sekali tu boleh awak berikan cadangan hadiah apa yang sesuai..."sengih Kaito.

"Cari orang lain...saya tak berminat."tilak Sera lagi.

"Saya perlukan awak jugak..orang lain tak boleh.."desak Kaito pulak.

Lama Sera pandang Kaito. Lelaki ni beria sungguh. Nak dimarah dia penat marah-marah, tak di marah, asyik nak mengepit je kerjanya. Tapi alang-alang Kaito dah ajak, tak perlu la dia susah payah naik atau teksi.

"Please.."rayu Kaito sambil buat muka berkerut-kerut merayu.

"Fine...saya ikut." setuju Sera tak lama
kemudian.

"Ahaha..yeay! Terima kasih Sera!"sorak Kaito.

Sera yang perhatikan reaksi Kaito yang seperti kanak-kanak ribena itu menggeleng kepala tak percaya. Yalah, Tak padan betul dengan usia lelaki ni, berkelakuan seperti budak-budak je.

Setelah itu, Sera dan Kaito masing-masing gerak pergi dari situ untuk ke bilik salinan, menukar pakaian trainer kepada pakaian casualnya.

Keluar saja Sera dari bangunan tu, Kaito sudah tersedia dekat depan pintu. Dengan cermin mata hitam, berdiri sandar pada kereta, sebelah tangan dalam poket, sebelah lagi pegang telefon. Memang imej boyfriend habis!

Sera jalan dekati Kaito tanpa sebarang bunyi. Berharap biar Kaito sendiri yang sedar, tapi tak. Lelaki tu hanya tunduk memandang skrin telefon menaip sesuatu padanya. Macam telefon itu lebih menarik untuk di hadap.

Dekat dua minit Sera berdiri dekat situ, dan Kaito masih buat tak tahu, Sera sendiri yang bersuara kerana berasa jengkel.

Ada ke patut!

Siapa keluar dengan Kaito, kasihan la! Lelaki ni lebih prefer telefon dari pasangan sendiri.

"Lama lagi ke?"tanya Sera dengan nada grumpy dia.

Tersentak Kaito lepas tu. Dia pandang terkejut ke depannya lalu cepat-cepat seluk telefon dalam poket.

"Sorry...awak dah ready?Jom kita pergi?" Kaito tolak diri dari sandarnya lantas buka pintu kereta untuk Sera.

Berasa pelik dengan perangai Kaito, Sera berdiri di situ perhatikan lelaki itu dari atas ke bawah cuba cari sesuatu. Dah kenapa kalut, dia tegur je. Macam lelaki kena tangkap sebab curang pun ada gayanya.

"Kenapa dengan awak ni?Macam resah je saya perhatikan?"tanya Sera dengan mata naik turun perhatikan Kaito.

Kaito jungkit kening lalu tunding jari ke dada sendiri. "Apa?Saya?Mana ada...perasaan awak je tu."dia lambai tangan tanda tak kisahnya. "Masuk la.."gesanya sambil dorong Sera masuk ke dalam kereta.

Sambil gerak masuk, sambil tu Sera pandang curiga ke Kaito. Dia tahu Kaito bukan lelaki jahat, tapi sesuatu...sesuatu beritahu hati dia yang bahawa Kaito sedang sembunyikan sesuatu. Tapi dia tak tahu bendanya...

Kalau nak cakap ada teman wanita, Kaito katanya single.

Nak kata ada isteri lagi lah jauh kesahihannya.

Nak cakap penyamar, entah siapa pulak yang nak dinyamarkan.

Kaito ni bukannya jenis pandai tipu. Sekali pandang dah tahu kalau Kaito menipu atau berdalih.

Masuk saja Sera dalam kereta,Kaito tutup pintu kereta lalu gerak ke tempat pemandu pula.

Seusai Sera pasang seatbelt, pada masa yang sama Kaito pun masuk dalam kereta dan hidupkan enjin kereta sebelum pasang seatbelt sendiri.

"Awak nak belikan hadiah untuk siapa?"tanya Sera sebaik mereka sudahpun berada di jalan raya.

"Oh...ibu saya. Hari lahirnya tak lama lagi. Saya rancang nak belikan dia cincin. Tapi tak sure saiznya apa dan citarasa yang mana kaum wanita sukakan..itu saya ajak awak. Sebab saya tahu saiz jari ibu saya sama macam awak."jawab Kaito sambil fokus memandang ke depan.

Sera buat muka kehairanan. Tapi dia tak komen apa-apa. Dah Kaito kata nak belikan untuk ibu kan. Ikutkan je la.

"Okay.."angguk Sera selepas itu.

Kaito dekat sebelah curi-curi kerling ke Sera sambil mengetap bibir. Sedaya upaya control diri supaya tak nampak obvious sangat.

Sera kemudiannya lemparkan pandangannya keluar tingkap kereta. Saja nak cuci mata hilangkan rasa bosan menunggu masa untuk tiba ke shopping complex nanti.

Dekat 10 minit kemudian, Kaito bersuara lagi. Masa tu kereta tersebut berhenti di depan trafik light.

"Sera..."panggil Kaito.

"Hm?"jeda Sera tanpa berpaling ke Kaito. Dia hanya termenung pandang keluar kereta.

"Boleh saya tahu kenapa sampai sekarang awak tak bersama dengan sesiapa?Ada alasannya ke?"tanya Kaito.

Mata Sera berkedip sejurus itu. Tapi dia masih pandang keluar. Tak kuasa nak pandang Kaito. "Kenapa tanya?"soalnya pula.

Kaito pandang ke tepi muka Sera dengan senyuman di bibir. "Saja nak tahu.."

Sera pun palingkan kepala ke Kaito lalu bertentang mata dengan lelaki tu buat seketika. Dia tenung dalam-dalam mata Kaito lantas berkata. "Sebab relationship ni melecehkan...terlalu banyak halnya. Lagipun..saya tak ada hati nak bercinta sekarang." keluhnya sebelum palingkan semula ke tingkap.

Kaito ikut pandang ke depan bila lampu isyarat bertukar hijau. "Bukan sebab awak tunggukan seseorang ke?"katanya sewaktu mula memandu.

Sera lepaskan hela nafas panjang dengan keluhan letih di bibir. Ya...itu pun salah satu sebabnya jugak. Sebab dia tunggu seseorang. Seseorang yang takkan menjengkelkan dia dan bukan bagi dia fake hope macam si tenuk tak guna tu. "Drive je la tak payah banyak tanya." gerutunya.

Setelah itu sisa perjalanan itu diteruskan tanpa sebarang perbualan. 

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now