Part 41 : Makan Malam

1.1K 83 0
                                    

"Wah...wanginya bau...sampai ke bilik air saya boleh hidu...senior Sera masak apa?"muncul Caleb sambil kuak rambut basahnya dengan jari semasa dekati dapur.

Sera yang sedang berdiri depan dapur palingkan kepala ke balik bahu buat seketika lalu kembali memandang masakannya. "Savannah dah balik belum?"tanya dia sambil tu.

Caleb berdiri sebelah Sera lalu perhatikan Sera sibuk memadak dengan senyuman lebar di bibir. Suka la dia bila tengok wanita memasak. Nampak seksi! "Baru je...senior masak ni ada something special ke?"soal dia sambil pandang tepi muka Sera. Anak rambut yang jatuh dekat sekitar tepi telinga dan leher di pandangnya dengan minat.

Sambil mengacau masakan dalam kuali, Sera berkata. "Perlu ke sebab kalau aku nak masak?" balas dia.

Dengan bersahaja, Caleb selak anak rambut yang tergantung depan mata Sera ke belakang telinga tu. "Saja...mana la tahu kan.."

Sera pun palingkan kepala ke Caleb. Did this boys know something? Smell fishy here. "Kau dengar something dari Savannah ke?"

Caleb topangkan tangan pada kaunter dapur sementara sebelah lagi cekak pinggang sambil hadapkan badannya ke Sera. "Ada sesuatu yang saya kena tahu ke?"soal dia pula.

Mata Sera dikecilkan sewaktu dia pandang curiga. Huh...budak ni tahu something. Obviously! Tak dari Savannah mesti dari Dylan. "Better kau beritahu aku...apa yang kau sembunyikan hah...aku dapat rasakan sesuatu tak kena dengan aura sekeliling kau ni.."Sera gunakan sudip kayu di tangannya untuk diacukan depan muka Caleb.

Sambil buat muka tak tahu apa-apa, Caleb tolak tangan yang bersudip tu jauh dari muka dia. Tapi Sera acukan semula sudip tu ke mukanya.

"Chill la...bukan benda serius pun. Saya hanya dapat tahu yang Senior Sera dah get back dengan Senior Dylan dan mahu balas balik apa yang Senior Aiden dah lakukan pada Senior Noah."luahnya. Savannah beritahu dia siang tadi lepas Sera keluar kerja awal pagi. Nak buat macam mana, perabgai nosy dia ni tak boleh duduk diam kalau apa-apa melibatkan Sera. No matter la kecil ke besar perkara tu, dia kena tahu jugak.

Sera berdengus menyampah sambil jeling ke Caleb. "Penyibuk. Kau tak payah sibuk hal aku. Kau belajar je elok-elok situ."dia kembali menyambung masak setelah itu.

"Saya bukan menyibuk. Cuma risaukan senior je. Saya kenal senior Aiden tu macam mana...dari tahun pertama sehingga la sekarang, cerita mengenai dia tak pernah lekang di bibir student akademi kita tu..."jelas Caleb dengan nada perlahan.

Sera yang pandang masakannya termenung sewaktu menggoreng daging stiknya.

"Macam mana kalau dia tahu rancang senior..tak ke senior dalam bahaya...?"kata Caleb lagi. Jelas dekat wajah itu yang dia sedang kerisauan. "Saya tak boleh nak fikir apa-apa kalau hal tu terjadi...sebab saya tak nak something yang buruk menimpa senior."

Suis dapur api itu di matikan Sera, lalu dia capai pinggan untuk letakkan daging yang siap di masak medium rare ke dalamnya.

"Tahu la aku nak jaga diri aku. Kau tak payah la risaukan aku. Risaukan je masa depan kau tu." ujarnya sambil tu.

Caleb tatap tepi muka Sera dengan renungan kasihnya. Dia tahu Sera bersama dengan Dylan. Tapi nak buat macam mana, perasaan suka dan sayang dia pada Sera semakin hari semakin menebal. Dia cuba hapuskan peranlsaannya, tapi dengan kehadiran Sera dalam hidup sehariannya semua itu amat sukar untuk di lakukannya.

Caleb cubit kain apron Sera semasa tunduk menarik muncung risaunya. Dia rentap perlahan kain apron tu lalu berkata."Sebab saya sayangkan Senior dan ambil berat perihal Senior la...orang lain tak peduli semua tu tapi saya ya...sebab itu la..saya nak senior hentikan semua ni sebelum senior terapa-apa."

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now