Part 25 : Babysit Lagi?

1.1K 88 0
                                    

Sambil jinjing beg sampah, Sera nyanyi kecil sewaktu jalan dekati tong recycle di depan bangunan apartment.

Berjalan la dia seorang diri di situ.

Setelah asingkan mana plastik, mana yang tak boleh di recycle selama beberapa minit, Sera kembali masuk ke dalam bangunan lenggang kangkung.

Nampak je Sera masuk, seorang pengawla keselamatan menegurnya.

"Hai Sera.."tak semena pengawal keselamatan yang berjaga depan kaunter menyapa Sera.

Sera pun palingkan kepala ke arah pengawal keselamatan tu.

"Hai Joe.."Sera kemudiannya mengatur langkahnya mendekati kaunter tersebut lalu berdiri di situ.

Lelaki berusia 36 tahun itu tersenyum senang pada Sera, penghuni apartment yang terkenal dengan muka comel dan kembarnya. "Happy nampak?Something happen ke?"borak Joe.

Sera jungkit bahu. Mana ada dia happy. Dia tengah sedih ni malah sedang patah hati lagi.Tapi nak buat macam mana, hidup ini kena diteruskan jugak walaupun perit. Plus, kalau hidup asyik diselubungi sedih je, boleh kemurungan nanti. Dia tak nak. So life must go on. Susah ke senang, ini kan namanya perjalanan hidup. Nak ajar kita survive for certain situation nak tak nak kena la hadap.

"Not bad...so macam mana isteri kau?Selamat bersalin?"balas Sera.

Joe senyum dari telinga ke telinga. "Syukur..dia selamat bersalin anak perempuan."

Sera angguk kepala dengan senyuman senang. "Taniah...apapun semoga jadi ayah yang baik nanti."

Joe beri tumbukkan di dada lalu berikan fist bump kepada Sera dengan bangga.

Sera balas fist bump itu sebelum bergerak pergi dari situ.

Ding!

Pintu lif terbuka.

Sera berjalan keluar dari situ sebaik tiba di tingkat apartmentnya sambil hayun tangan senang hati sambil pandang kanan dan kirinya cuba hilangkan rasa bosan berjalan merentasi koridor yang lengang tu seorang diri.

Sedang Sera berada tak jauh dari arah apartmentnya, Sera dapat lihat sesuatu atau seseorang lebih jelas lagi, sedang terduduk di atas lantai bersandar pada pintu dari arah depan.

Hairan melihat situasi itu, Sera tanpa berlengah lagi, dia terus bergegas ke arah orang tersebut. Takut kalau ada apa-apa yang menimpa orang itu. Entah kena heart attack ke, pengsan ke...kan naya!

Sekali bila Sera tiba di situ, Sera terus melutut terkejut setelah menyedari orang itu tidak lain tidak bukan, adalah Dylan sendiri.

Lelaki tu kelihatan pucat dan tidak sedarkan diri.

Bahu Sera jatuh hilang semangat setelah mengecam Dylan.

Lah!

Dah kenapa pulak ni?!

"Dylan!"panggil Sera masa goyangkan badan tu untuk bangunkan Dylan. Dah tak ada tempat lain apa nak baring!

Goncangan pada tubuh itu berjaya buatkan Dylan terkutik. Lelaki tu perlahan-lahan angkat kepala lantas membuka mata.

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Sera semasa jengukkan kepala untuk tilik lebih jelas akan wajah Dylan. Sakit ke lelaki ni?

Dylan angkat tangannya dengan lemah lalu cuba pegang lengan Sera. Tapi terjatuh semula ke lantai kerana tidak larat langsung. "Sa-sakit."bisiknya tersekat-sekat dengan nafas naik turun tak menentu.

Keningnya berkerut."Hah?"Sera talakan telinga dia ke muka Dylan. "Apa?Aku tak dengar?"

"Sakit.."ulang Dylan sebelum dia gerak hendak terbaring dekat situ sepenuhnya.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now