Part 23 : Terlupa

1.1K 100 0
                                    

"Beritahu aku. Kau memang dah tak ada kerja ke nak buat?"marah Noah padanya sewaktu cuba hentikan dia dari tuang semua kelopak bunga ros ke dalam kolam renang kelab renamg akademinya.

"Yang kau menyibuk ni kenapa!"jerkahnya.

"Sebab aku nak elakkan kau dari dapat masalah Sera..please la stop. Kau tu presiden pelajar. Tunjuk la contoh yang baik untuk junior yang lain.."

Bersama kepalan penumbuk dia tumbuk bawah rahang Noah sekuat hatinya. Dia tak peduli! apa dia tahu dia tengah marah sekarang ni. Jadi sesiapa yang cuba halang dia akan dapat masalah.

Noah terundur ke belakang sedikit akibat tumbukan itu. Tapi dia kembali berdiri menghadap Sera dengan tangan memegang rahangnya yang sakit.

"Kenapa kau peduli?Aku tak suruh! Kau sibukkan masalah kau sendiri la!"jeritnya di dalam gim kolam renang tu. Bergema suaranya dalam ruangan luas tu.

Noah dengan kening berkerut pandang kesal ke Sera. "Sebab Dylan pesan dekat aku supaya tengokkan kau dan jauhkan kau dari dapat masalah.."

"Dylan?"dada dia yang sebu itu semakin sebu lepas dengar nama tu.

"Ya..sebelum dia pergi dari sini, dia sempat pesan dekat aku supaya tengok-tengokkan kau. Takut kalau kau rosakkan reputasi kau sampai dibuang dari sini..."jawab Noah.

"Kalau dia betul pedulikan aku kenapa dia pergi macam tu je?"tanya dia dengan kecewa.

Noah hanya mampu pandang ke dia dengan kening berkerut serba salah.

Sambil baring mengiring, tangannya menepuk perlahan-lahan di dada untuk mendodoi si kecil supaya terlena. Matanya pula terpejam ikut sama mahu terlena.

Penat punya pasal satu hari ni.

Lepas balik tadi, Sera kemas rumah, vakuum dan mop lantai. Setelah itu cuci pakaian Kyle. Main sekejap dengan budak kecik tu sebelum bagi makan malam. Diikuti debgan sesi tukar pakaian dan pampers budak bertuah ni. Dan akhir sekali tidurkan.

Itu yang dia terbaring dekat katilnya dalam gelap ni.

Ding!Dong!

Bunyi deringan loceng pintu itu buatkan mata Sera terbuka dengan perlahan. Dia termenung sekejap pandang muka tenang Kyle lalu bangun dari situ dan keluar dari biliknya dengan perasaan mengalah.

Kalau orang yang tekan loceng pintu itu adalah Dylan. Sumpah! Ini adalah kali terakhir dia jumpa lelaki itu.

Suis lampu ruang tamu di hidupkan Sera sewaktu dia jalan menuju ke pintu masuk sambil itu.

Ding!Dong!

Sekali lagi bunyi loceng rumah kedengaran taktala Sera tiba di depan pintu itu. Tanpa berlengah Sera buka pintu itu.

"Sera!"panggil suara tu dengan cemas dan nafas naik turun.

Dengan renungan kosong, Sera pandang muka Dylan. Here we are...the most and the biggest jerk in the world.

"Maafkan aku...aku-"Dylan telan air liur untuk dapatkan udara selepas berlari tanpa henti sejak tadi gara-gara nak cepat. Dia terlupa. Sungguh! Dia betul-betul terlupa lepas jawab panggilan penting dari pemegang saham syarikat ayahnya. Kebetulan masa call, time tu pemegang sahamnya ada berdekatan la tas jemput dia makan tengah hari bersama. Masa tu dia terlupa terus soal Sera dan Kyle.

"Untuk apa?"tanya Sera sebelum menguap. Dia penat kot!

"Tengah hari tadi..aku tinggalkan kau. Sumpah aku terlupa.."ucap Dylan dengan muka serba salah lelaki tu.

Sera angguk kepala. "It okay...dah biasa. No big deal. Lagipun kau yang rugi sebab niat aku nak bayar kau semula tapi kau tak makan. So kiranya kosong-kosong la."katanya dengan nada bersahaja.

Dylan maju ke depan hendak dekati Sera. "Sera..aku mintak maaf. Serius. Aku tak-"

Sera angkat tangan tanda 'stop' bila Dylan nak dekati dia. Hell no dude! Not today! Not anymore.

Dylan pun berhenti bila nampak tangan Sera. Keningnya mencerun serba salah yang amat.

Disebabkan dia dah biasa disisih dan dilayan tak penting dengan ramai orang, sikit pun tak buat dia terkesan dengan semua ni.

"Like I say. It fine...just fine. Okay."kata Sera. "Dengar...kita..there nothing between us. So..kau tak perlu rasa serba salah.pilihan kau untuk pergi macam tu je dan tinggalkan aku. It alright."Sera kemudiannya gerak hendak tari cincin dari jari manis kanannya. Dia tarik dan tarik tapi tak nak tertanggal!Urgh! Macam sh*t je! "Soal cincin ni, kau bagi aku nombor akaun. Aku bayar balik. So anything else?"katanya lepas give up nak tarik cincin tu

"No...Sera. Cincin tu aku-"

Sera lepaskan keluhan jengkel lalu selak rambut panjang ke belakang bahu lalu sandar mengantuk dekat bingkai pintu tu."Just stop f*cking around okay..."getus Sera. "I'm sick of it. So better we cut this off as soon as possible. Kau tak payah sibuk lagi pasal aku. And pelease stop stalking me. It creepy you know.."

"Sera...jangan la macam ni.."Dylan pegang lengan Sera. "Aku boleh jelaskan.."

Tapi Sera hanya berdiri membatu di situ pandang Dylan. Tak tepis tak berespon. Waktu ni Sera tak rasa apa-apa dah. Dia cuma rasa kosong.

Perasaan kecewa dan sedih dia yang teramat sangat dah buatkan dia lali sampai tak dapat nak rasakan apa-apa lagi.

"Selamat malam Dylan."ucapnya. "...you should rest. Aku sendiri tengah mengantuk ni. Don't bother yourself about this."kata Sera dengan senyuman nipis di bibir.

Dia kemudiannya tolak tangan Dylan turun dari lengan dia lalu gerak undur masuk ke dalam semula.

Dalam keadaan tergamam yang tak terkata, Dylan hanya berdiri di situ perhatikan Sera lenyap dari balik pintu itu. Kepala lelaki itu kemudiannya tergantung jatuh ke bawah saat berdiri menghadap pintu itu.

Sebaik saja Sera tutup pintu, Sera bersandar padanya lalu perlahan-lahan jatuh melurut ke lantai. Dalam keadaan berdimpuh, Sera termenung pandang ke depan. Kedua-dua tangan longlai di sisi tiada tenaga.

Perlahan-lahan air mata bertakung dikelopak mata sebelum jatuh melurut turun dari tepi mata itu dengan deras.

Sera ketap garis nipis di bibirnya untuk elakkan bibirnya menggeletar sebak namun tidak berjaya.

Dia dah give up la dengan semua ni!

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now