Part 2 : Enemy Be The Best Friend

1.7K 123 5
                                    

KEDEGAM!

"MAK KAU HIJAU!!!"terus terjatuh hos vacuum yang dipegangnya bila bunyi dentuman pintu kedengaran di belakangnya tiba-tiba.

Bersama mata bulat macam rusa hampir nak kena langar dengan kereta dekat tengah jalan, Savannah tekan suis off pada vacuum sambil perhatikan orang yang berjalan masuk ke ruangan itu dengan berang.

"Kau dah kenapa Sera?Tak cukup dinding ke kau nak hempas pintu macam tu sekali?" bebelnya pada housematenya setahunnya itu. Haih...dulu ke sekarang ke...perangai baran tu tak ada kurangnya.

Jangan tanya macam mana mereka boleh berakhir sama, dua tahun itu tempoh yang Panjang, macam-macam boleh terjadi okay!

Sera campak beg tangan dan blazer ke atas sofa sebelum gerak ke arah slidding door dengan sebelah tangan mencekak pinggang sebelah lagi tekap dahi lalu jalan ke hulu dan hilir tanpa henti.

Dah apa pulak yang berlaku ni?"Asal ni? Something berlaku ke?"Savannah perhatikan Sera dengan renungan risaunya. Tak dapat kerja lagi la tu.

Sera kemudiannya berhenti dari ke hulu hilirnya lantas berdiri tegak menghadap Savannah. Dia pandang kawannya itu dengan nafas naik turun mengawal marah. "Kau takkan percaya siapa aku jumpa hari ni.." katanya.

Savannah lentokkan kepala sedikit sambil buat muka binggung. "Memangnya siapa?"

Sera ketawa buat-buat lalu tersenyum sinis. "Dylan Thomas. Dia adalah interviewer tempat Seira praktikal yang aku pergi tadi."ceritanya.

Kening Savvanah terangkat tinggi ."Serius?"tanya dia dengan nada terkejut.

"Dia...hah!"dengus Sera dengan tak percaya. " This is so unbelievable! Boleh pulak dia buat muka toya mintak penampar lepas cam aku! Manusia jenis apa dia tu sampai sikit pun tak tunjuk sikit pun rasa serba salah ke apa...malah tunjuk perangai tak guna dan menjengkelkan dia depan semua orang dekat situ macam nak aku mengamuk macam orang gila!" getus Sera sambil lemparkan tangan ke kanan dan kirinya dengan tak sabar.

Terkedip-kedip mata Savannah bila dengar bebelan Sera yang hanya dengan satu nafas itu. "Wow." itu je yang dia dapatkan katakan saat ini. Yalah, dia sedia maklum akan isu Sera dengan Dylan sejak dulu lagi. Tapi bila hal ni terbawa sampai la mereka habis belajar macam ni, rasa kagum pun ada. "Tapi kan macam mana dia boleh tahu yang kau adalah kau bukan Seira?"

Elok Sera berkerut kening marah, dia terus pandang hairan ke Savvanah. "Hah?Apa kau cakap?"

Savannah buat muka tak tahu. "Yalah...macam mana dia tahu kau adalah kau bukan kembar kau, jelas-jelas dalam, resume tu nama kembar kau?Tak ke pelik dekat situ?Ke dia dah jangka kau akan ke situ?"duga Savannah yang main teka je. "Aku ni dah tiga tahun hadap muka kau dengan kakak kembar kau tu, sampai sekarang boleh tertukar-tukar nama sebab kau orang sendiri berambut Panjang bermuka bulat, dan bertubuh sama saiz dan tingginya. Dylan?Wow..he really good bezakan kau orang berdua."

Sera kecilkan mata memandang curiga ke Savannah. Sesuatu terlintas dalam fikiran dia.

"Seira dapat tahu company tu dari siapa?Dia kan bidang farmasi...asal jauh sangat dia pilih syarikat yang di luar bidang dia?"tanya Savannah lagi.

Tersentak terus Sera lepas dengar soalan itu. Dia pandang membutang ke Savannah. Oh my god! "Bertuah betul!" detusnya dengan renungan termenung ke bingkai gambar dia dan Seira berada di almari sebelah sofa depannya itu.

"Kenapa?"Savannah jungkit kening ingin tahu.

"Aku tak sure apa aku fikirkan ni betul atau tak, still aku akan tanya Seira sendiri mengenai hal ni"ketapnya dengan sabar. Kembarnya itu benar-benar dalam masalah!

Savannah geleng kepala tak tahu nak cakap apa. "Kau orang berdua ni...dua kali lima je perangai. Mujurla kau orang duduk asing-asing, kalau tak botak kepala aku menghadap kepala angin dan kerenah kau orang ni..."dia kembali hidupkan suis vacuum dan menyambung kerja membersihnya.

Biasanya kalau Savannah tak busy dengan shooting untuk boutique pakaian mama dia, dia akan luangkan masa dia apartmentnya untuk mengemas dan memasak. Memandangkan Sera sendiri susah nak ada dekat rumah sebab sibuk uruskan akademi ayah Sera dan juga cari kerja lain untuk tampung kehidupan Sera yang dah belajar hidup sendiri dan tinggal berasingan dari keluarga.

Sera duduk henyak punggung dengan kasar di sofa lalu lipatkan kakinya rapat ke dada sebelah sementara sebelah lagi di silakan atas sofa tu. Tangannya di rehatkan atas lutut kaki yang di lipat, sebelah lagi berada di atas arm rest sofa. Pandangannya mencerun ke suata arah yang rambang.

Jadi Seira cuba nak temukan dia dengan Dylan?Serius?Kembarnya?Sejak bila Seira selicik ni?

Ke Calvin yang sarankan company tu dan gunakan alasan dating supaya dia gantikan tempat Seira supaya ke situ?

Apa yang berlaku sebenarnya ni?

Kenapa sekarang Dylan baru nak munculkan diri?

Tiba-tiba pulak tu!

Hish!

Serabut!

Tak lama kemudian Savannah selesai memvakuum, dia sertai Sera di ruang tengah itu lalu duduk di sofa satu seat bersebelahan dengan sofa besar, Bersama hela nafas penatnya, dia pandang ke Sera yang sedang berwajah serius.

"Wei..."panggil Savannah.

Sera gerakkan matanya saja sebagai balasan.

Savannah yang perlahan-lahan faham akan perangai serius menakutkan Sera sudah terbiasa. "Kau tahu apartment depan kita ni dah ada yang duduk."

Tidak berminat dengan maklumat itu, Sera kembali gerakkan matanya ke arah lain. Keningnya masih mencerun tak puas hati. Apa urusannya dengan dia. Urgh!

"Aku cuma beritahu je. Nanti kau ingat ada perompak ke apa, habis kau serang macam kau serang suami jiran hujung koridor sana sebab kau ingat dia pencuri sekali tu dia cuma nak betulkan pad kunci keselamatan rumah dia." seloroh Savannah dengan sengih nak ketawanya kerana berasa lucu bila teringat akan kejadian yang berlaku bulan lepas.

Bersama jelingan tak puas hati dan letihnya, Sera berdecit tak suka.

"Aku tak sengaja okay...dah dia pakai pakaian mencurigakan, siapa suruh. Tengah malam lagi tu."cebik Sera dengan nada tak puas hatinya.

Savannah kemudiannya ketawa. "Ahaha...sampai sekarang abang tu takut kalau lintas depan apartment kita ni. Asal lintas je dia mesti lari laju-laju macam apa.."ceritanya bersama sisa ketawa.

Sera jeling geram ke Savannah kerana jengkel bila dirinya di gelakkan. Sekali tu dia ambil bantal kecil di sofa itu lantas di lempar tepat ke muka tu.

FLOP!

Terdiam terus Savannah lepas bantal tu kena muka dia tiba-tiba. Bila dia bukak mata balik, bantal tu di baling semula ke Sera. Tapi tak kena, malah sempat di sambut Sera dengan kemas lagi tu.

"Hei!Mana adil macam tu!"marah Savannah.

Sera berdengus tak percaya masa pandang berlagak ke Savannah. "Kau...jangan sampai cerita tu orang lain tahu eh...kalau aku tahu...rambut panjang kau tu akan pendek balik!" ugutnya.

Savannah dengan mata terbutang luas cepat-cepat pegang rambut paras bahunya dengan takut. "Kau...kau..."tak tahu nak kutuk apa je dekat Sera. "Perempuan sadis!"lafaznya sesaat kemudian.

Sera hanya geleng kepala lalu sandar ke belakang dengan renungan letih. "Baru tau ke?"sengih dia.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now