Part 28 : Pesaing

1.1K 87 0
                                    

Ini lah kali pertama dalam hidupnya, dia rasa menyesal sangat hidup!

Serius!

Dia menyesal!

PAK!

PAK!

PAK!

PAK!

Bertalu-talu hentakan pedang buluh tu hentam pedang buluhnya sejak tadi. Macam-macam perasaan dia sedang rasai sekarang ni.

Rasa macam nak tertanggal pun ada bahu ni!

Rasa nak menangis pun ada!

Rasa nak berhenti pun ada.

Siapa sangka, orang berbadan kecil dan kurus depannya ini boleh tahan jugak staminanya!

Dua jam lebih Kaito kena hentam dengan Sera depan para pelajar pada hari itu. Biasanya latihan dijalankan untuk para pelajar. Hari ni mereka semua hanya saksikan perlawanan antara dua orang jurulatih legend mereka.

"Sera!"panggil Kaito dengan muka kemerahan kerana sudah letih.

Sera tidak dengar. Dia hayun kuat pedang buluhnya ke atas kepala Kaito. Namun di hadang oleh Kaito dengan jayanya.

"Saya tahu saya salah..saya tak patut rahsiakan semuanya dari awak...tapi saya hanya di arahkan saja.."jelas Kaito yang buat kali ke berapa pun tidak pasti selama dua jam ni.

Kaito telah tahu mengenai identitinya yang terbongkar setelah melihat cincin yang dipakai Sera pada jaris manis tiga hari lepas Sera masuk ke akademi. Dan sejak itu la Sera kerjakan Kaito bagai nak rak untuk balas dendam pada Kaito.

Bersama muka bengis keberangan, Sera jalan laju maju ke hadapan tanpa henti menghayun pedang buluhnya ke Kaito.

Kaito cuba halang, tapi kali ni dia terpaksa melutut sebelah kaki di lantai dan hadang serangan itu menggunakan kedua-dua tangan kerana sudah tiada tenaga lagi.

PRAK!

Pertahanan Kaito mengakibatkan pedang buluh Sera patah kepada dua.

Clap!

Clap!

Clap!

Bunyi tepukan kedengaran tidak lama selepas itu apabila para pelajar yang menyaksikan perlawanan berdiri memberi tepukan gemuruh kepada Sera.

"Cikgu Cantik memang terbaik!"sorak mereka.

Sementara Sera yabg dalam keadaan mengah hanya berdiri depan Kaito yang masih melutut sebelah kaki di depannya. Matanya jelas beritahu dia masih marah pada Kaito. Dan niatnya adalah untuk buatkan Kaito berhenti kerja. Tapi lelaki depannya ini terlalu degil untuk mengalah!

"Saya mintak maaf Sera..."terduduk kemudiannya Kaito dekat situ.

Berasa berang dengan ucapan maaf yang entah dah berapa kali dia dengar ni! Muak!Loya! Fed up! Semuanya ada!

"Ingat maaf tu boleh selesaikan semuanya ke!"Sera campak sisa pedangnya yang telah patah ke depan Kaito lalu gerak menghadap pelajar-pelajar di situ.

Mereka yang lihat terus mengerumuni Sera macam semut kerumun gula.

"Hebat la cikgu cantik..."

"Ahaha...terbaik!"

Sera angguk kepala untuk setiap kata mereka di situ. Tak bangga pun. Sebab dia tahu, Kaito sebenarnya boleh je kalahkan dia, tapi lelaki tu mengalah dengannya. What a coward! Kalahkan la dia kalau boleh. Dia tak.kisah. kalau dia sakit, kurang sikit stress dia ni! "Okay..kamu semua boleh tukar pakaian dan beransur pulang ke rumah masing-masing." maklumnya.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now