Part 8 : Rindu

1.3K 104 0
                                    

"Hei...apa rancangan kau musim panas nanti?"tanya Dylan pada dia sewaktu mereka berdua duduk berduaan di dalam bilik council student tu. Dia tengah periksa jadual festival sebelum musim panas yang bakal diadakan dua minggu dari sekarang, sementara Dylan baru saja bawakan makanan tengah hari untuk mereka berdua makan dari dewan makan tadi.

"Tak ada apa-apa...kerja mungkin."jawabnya sambil pandang jadual dalam kertas di fail yang dipegangnya.

Tak semena fail itu di rampas dari tangannya tak lama kemudian. Terkejut dengan tindakan itu, Sera dongak memandang Dylan. "Hei...apa ni?Aku tengah busy ni.."renggusnya.

Dylan yang sedang duduk di meja itu kemudiannya pusing kerusi Sera menghadapnya lalu memagari kanan dan kiri lengan kerusi tu dengan tangan dia. "Boleh tak kau focus dekat aku bila bercakap tu?Buruk sangat ke muka aku ni?Orang lain kalau boleh tak lepas pandang muka aku, kau pulak buat tak kisah je..."

Berasa gemuruh dengan jarak mereka berdua itu, Sera sandar ke belakang menjarakkan diri tanpa alihkan mata dia dari bibir Dylan. Macam mana dia nak pandang kalau mata tu boleh buatkan tulang temulang dia bergetar tanpa sebab.

"Sera..pandang la aku...nanti lepas cuti musim panas kita dah tak dapat jumpa lagi.."minta Dylan.

Tak berkedip mata dia memandang muka di depannya ini.

Tenang dan sejuk je mata memandang bila mulut tu tak bercakap.

Hairan dia,

Kenapa muka ni jauh berbeza sekali dengan sikap si pemilik.

Sesiapa je yang pandang pasti akan jatuh cinta serta merta. Tapi bila orang ni dah bersuara, rosak semua persepsi tu.

Asal dengar je suara orang ni, hati dia terus merinding jengkel.

"Apa kau fikir kau cuba buat hah?Sendirian tak bawak apa-apa sebagai langkah keselamatan. Mujur aku ada dekat situ tadi, kalau tak macam mana?"tanya Dylan semasa bercakung depan kaki Sera. Baru saja selesai periksa kaki yang kena gigit tadi lepas Sera beritahu. Mujur la tak apa-apa.

Sera mendiamkan diri tak cakap apa-apa. Dia hanya diam memandang muka Dylan. Apa agaknya dia di mata Dylan. Orang pathetic yang perlukan perhatian atau hanya seorang gadis yang mudah diperbodohkan seperti tiada perasaan?

Sakit hati dia!

Ya-ya dia difikirkan Dylan adalah masa depan dia.

Tapi tak. Lelaki depannya ini hanya seseorang yang muncul dalam hidup dia kemudian pergi macam tu je macam dia ni tak penting buat Dylan.

Kini mereka berada di kereta Dylan. Jauh dari tempat kejadian. Lelaki tu bawa Sera lalu dudukkan Sera dekat tempat sebelah pemandu, sementara dianya berada di luar pintu kereta untuk memeriksa Sera.

"Hei...kau dengar tak ni?"dongak Dylan memandang Sera lepas dirinya tidak dihiraukan.

Berlagak acah macam ambil berat! Kalau kisah, Dylan takkan pergi tinggalkan dia macam tak ada apa-apa yang berlaku. "Bukan urusan kau."dia keluarkan kakinya dari kereta mahu turun dari situ dan dapatkan telefonnya semula. Dia baru teringat tadi mengenai telefonnya yang tercicir lepas dikejar anjing.

Dylan berdiri serta merta bila Sera keluar dari situ lalu gerak mahu pergi dari situ. "Kau nak ke mana lagi ni?" Dylan pegang lengan Sera dan berdiri di depannya untuk menghalang.

Tanpa berkata apa-apa Sera loloskan diri ke kanan Dylan dan kembali ke arah taman tadi. Dia kena dapatkan semula telefonnya. Kalau hilang, dia tak boleh nak mintak parents dia belikan. Dia kena cari duit sendiri. Yang mana amat sulit untuk dilakukannya kerana gaji jadi trainer dia pun tak cukup.

"Sera...stay la sekejap."panggil Dylan lagi dekat belakang sebelum pegang pergelangan tangan Sera dan hentikan Sera dari terus berjalan.

Cengkaman itu di pulas Sera sehingga terlepas lalu dia kembali berjalan.

"Serafina Katniss!!"panggil Dylan dengan lantang dekat belakang sekali lagi. "Kalau kau pergi jugak, lepas ni aku takkan kejar kau lagi."

Langkah Sera terhenti sebaik mendengarnya. Dia termenung pandang ke depan. Tangannya mengepal jari jemari dengan erat. Dadanya tiba-tiba menjadi sebu. Elok kalau macam tu. Tak ada la hati dia ni bengkak sentiasa bila pandang muka tu,

Dylan pandang berharap ke belakang badan tu bila nampak Sera berhenti. Nafasnya naik turun kerana berasa sesak dengan apa yang dia sedang rasakan. Dia nak je beritahu Sera dia rindukan Sera dan pada masa yang sama dia mintak maaf. Tapi Sera tak nak berikan dia peluang tu.

"Please...jangan pergi."rayu Dylan dengan perlahan.

Kalau dulu ya, sekarang tak. Dylan dah lepaskan peluang tu. Bersama senyuman sinis meleret di bibir, Sera kembali berjalan ke depan tanpa menoleh. Kenapa dia kena dengar rayuan tu sedangkan Dylan sendiri tak nak cuba dengar apa-apa dari dia dulu sebelum pergi.

Terus jatuh bahu Dylan bila tengok Sera maju ke depan begitu saja tanpa teragak-agak mahupun toleh ke belakang.

Bila Sera yakin dia sudah menjauh, baru la dia toleh ke belakangnya. Dia pandang sedih ke laluan dimana dia lalui tadi. Termenung membayangkan reaksi Dylan semasa dia pergi tak menoleh.

Mungkin lebih baik macam ni...

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now