Part 52 : Minta Maaf

1K 82 0
                                    

"Kau nak aku temankan sekali?"

Kepalanya di palingkan ke sisi tempat pemandu.

Dylan senyum pada Sera lepas Sera pandang dia.

"Tak apa. Masalah aku. Biar aku settlekan sendiri."tolak Sera sebelum kembali memandang keluar kereta dimana rumah keluarganya berada.

Seminggu dah pun berlalu begitu saja.

Kes Aiden sudah pun selesai.

Setelah disabit kesalahan berserta bukti yang kukuh, Aiden di penjarakan selama 28 tahun di atas tuduhan scamming dan cubaan membunuh yang telah meragut nyawa. Lalu seluruh hartanya di sita sementar company keluarga Aiden kini di handle oleh team management dari syarikat Dylan sehingga la sekarang.

Hari ini hujung minggu.

Dylan cadangkan kepada Sera lawat keluarga Sera. Memandangkan Sera dah tolong tuntu bela untuk Noah dan keluarganya, Dylan tawarkan diri untuk bantu Sera pula. Itu la yang mereka ada dekat depan kediaman tiga tingkat Adachi ni.

Dylan capai tangan Sera yang berada di atas peha itu lalu diramas lembut. "Ayah kau tak marahkan kau lagi...percaya la. Dia pasti rindukan kau sekarang."pujuknya lagi.

"Aku takut."sebut Sera dengan jujur. Dia termenung pandang rumah tiga tingkat tu.

Dylan pandang tepi muka Sera dengan kening mencerlung serba salah."Pergi la cuba dulu. Kau tak cuba lagi, tak boleh la cakap macam tu. Nanti bila aku tak boleh ada dekat sisi kau lagi, siapa yang boleh jagakan kau dan berikan perlindungan pada kau kalau bukan keluarga kau sendiri."

Sera lepaskan hela nafas panjang lalu gerak menanggalkan seatbelt dari badannya. Sambil tu dia pandang ke Dylan. "Kau tunggu sini kan?"tanya dia.

Dylan angguk kepala. "Ya..aku ada dekat. Pergi la masuk sana."katanya sebelum sondong ke tepi untuk kucup dahi Sera mahu berikan semangat.

Setelah seketika cuba kumpulkan keyakinan dan kekuatan mental, Sera keluar dari kereta lalu gerak masuk ke laman berumput rumah tiga tingkat itu.

Berdiri saja dia di depan pintu itu, butang loceng ditekannya teragak-agak.

Ting!

Tong!

Bergema bunyi loceng tersebut kemudiannya.

Dengan kepala tunduk memandang ke kaki, Sera gigit bawah bibirnya sewaktu tunggu pintu rumah itu terbuka.

"Coming..."sambut suara familiar didepan pintu itu tak lama selepas itu.

Perlahan-lahan, Sera angkat kepala memandang ke depannya.

"My goodness...Sera."sambut Seira dengan girang sebelum tarik Sera ke dalam pelukan.

Sebaik dia dalam pelukan, Sera terus pejam mata membalas pelukan kembarnya. Rindunya.

"Mari la masuk, Dylan dan call aku awal lagi untuk maklumkan kedatangan kau ke sini...ayah dengan ibu pun ada sekali."ajak Seira sambil tarik Sera supaya jejak kaki ke dalam rumah itu.

Mulanya Sera keraskan badan dia untuk tidak bergerak. Bila Seira senyum dan berikan renungan tak apa-apa baru la Sera terpujuk untuk masuk ke dalam.

Sebaik saja dia masuk ke dalam, Sera di sapa pemandamgan rumah yang amat dia dambakan kehangatannya. Tidak semena dia terasa sebak. Fikirannya hanya memikirkan ayah dan ibunya saja.

"Ibu...Ayah...tengok siapa yang datang ni." maklum Seira semasa pimpin Sera ke ruang tamu utama di tingkat bawah.

Sera di sisi Seira hanya ikut langkah kembarnya dengan perasaan bercampur baur. Dia tak tahu apa reaksi ibu dan ayahnya. Adakah dia akan di halau, atau disambut dengan tangan terbuka dengan mereka.
Sambil berjalan dia tundukkan pandangan ke bawah. Tidak berani nak pandang ke depan.

"Kamu dah balik?"sapa Olivia tidak lama selepas itu.

Sera angkat mata dia memandang ke depan sebelum ternampak Adachi dan Olivia berdiri dekat sofa menghadapnya.

Tanpa berkata apa-apa Sera terus bergegas mendapatkan mereka dan peluk dua orang tuanya dengan erat.

"Sera minta maaf ayah...ibu."ucap Sera sebaik dia peluk ibu dan ayahnya dalam masa yang sama.

Adachi balas pelukan itu lalu kucup tepi kepala itu dengan mata terpejam. "Ayah pun minta maaf sebab tak nak cuba faham kamu. Seira dah ceritakan semuanya pada kami nak...maafkan ayah sayang.."

Olivia angguk kepala dengan muka sedih taktala tekap pipi Sera dengan kasih. Seira dah beritahu segalanya kenapa Sera lakukan semua ni dan buat perangai. Dia sebagai ibu sendiri rasa malu kerana anak sendiri lebih matang dari dirinya sendiri, seorang ibu.

"Ibu pun mintak maaf Sera. Balik la nak..tinggal dengan kami..."minta Olivia dengan sedih.

Sera terus menangis dekat situ lalu sembamkan mukanya ke dada Olivia dan memeluk erat badan dua orang ibu dan ayahnya itu dan enggan dilepaskan lagi. Dia bakal kehilangan Dylan sekali lagi, jadi dia tak boleh kehilangan ibubapanya pula.

Seira yang perhatikan dekat belakang ambil peluang untuk mengambil beberapa gambar sebagai kenang-kenangan.

Akhirnya selesai jugak konflik Sera bersama parents mereka kali ni.

"Nak join jugak!"Seira depakan tangan sewaktu jalan dekati keluarganya itu.

Olivia dan Adachi tersenyum sewaktu alu-alukan Seira lalu berpelukan mereka di situ ramai-ramai.

Sera palingkan kepalanya yang ada di bahu ibunya lalu bertentang muka dengan Seira yang tersenyum padanya, dia pun balas senyuman itu dengan air mata turun dari mata serta senyuman terima kasih.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now