Bab 2

3.3K 102 4
                                    

Rumah Agam Tengku Zaid

"Zaf, Fafa bagitau kau bawak plus one dinner malam ni? Serious lah?" Tanya Zuhail kepada abangnya yang sedang menyarungkan kemeja putih ke badan.

"Kau kalau masuk bilik aku memang tak reti ketuk ke?" Sindir Zarif sambil mata masih memandang cermin di hadapan.

"Cakaplah, siapa plus one kau?" Gesa Zuhail 

"Ailin." 

"What the ffffffff, KAU DENGAN DIA KE SEKARANG?" suara Zuhail terkejut membingitkan telinga Zarif.

Zarif hanya diam meneruskan aktivitinya tadi.

"Bro, kau suka dia ke?" tanya Zuhail. Dia dah selalu nampak kewujudan Ailin di sisi Zarif sejak akhir akhir itu. Di mana ada Zarif tiba tiba pasti akan muncul Ailin seperti magnet. 

Zarif mendengus kasar. Zuhail ini memang penyibuk orangnya. Memeningkan kepalanya.

"Aku malas nak serabut dengan Liyana and the gang. Better aku cari girlfriend cepat cepat." hela Zarif selamba. Padahal hanya mulutnya mengatakan itu. Dia sudah tengok senarai tetamu yang datang malam ini. Sengaja dia mengajak Ailin bersama. Mahu melihat reaksi tetamu yang satu itu.

"Mika datang tak malam ni?" Fafa pula tiba tiba menjengah di pintu Zarif.

Zarif mengeluh melihat adik adiknya.

"You tanya abang kenapa Fa? Abang ni bodyguard dia ke?" tanya Zarif jengkel. Bad mood dia bila mendengar nama perempuan itu. Padahal tadi di pejabat nama itulah yang dia cari dulu dalam senarai. Cakap tak serupa bikin. Manusia tidak dapat menipu hati sendiri. 

"Mama cakap dia ada jemput Mika join dengan aunty Marina sekali. Tapi last dinner kan dia shooting. Now pun Mika currently shooting movie baru, takut Mika tak dapat datang, Fa dah lama tak jumpa Mika." ujar Fafa sambil mengheret dress hitamnya lalu duduk di katil Zarif.

"Dik, kau nak tahu tak, plus one abang kesayangan kau malam ni si Ailin tu." bahu adiknya ditepuk.

"Gila ke?" membulat mata Zulfa mendengar nama itu.

"Abang?" mukanya meminta penjelasan.

"Yes my brother and sister, I dah in relationship dengan Ailin, she's my plus one for today and might be the one yang abang akan bawa untuk jumpa babah dengan mama. Kalau ada jodoh might be you guys sister in law, who knows." Zarif jongket bahu sambil tersengih. Entahlah nak bergurau ke tak dengan ayat dia yang terakhir itu. Dia belum rasa nak kahwin lagi dan semestinya bukan nak kahwin dengan Ailin pun

"Abang ni takde taste." getus Fafa sebelum dia heret Zuhail keluar dari bilik. Geram dengan abang sulungnya itu. Zuhail angguk angguk. 

"Tak sabarlah nak tengok Mika pakai dress  cantik cantik malam ni." kata Zuhail sedikit kuat sambil tersengih gatal kepada abangnya sebelum dia keluar dari bilik.

Sisi bibir Zarif menaik sedikit mendengar kata kata itu. Zarif yang melihat adik adiknya keluar menghelakan nafas lega. Dia pening. 

*Ting

"Sayang, driver awak dah ambil saya, kami dah on the way ke hotel."

Mesej dari Ailin dibaca sekilas lalu dia kembali ke cermin sambil menyarungkan suit ke badan. Memang dia suruh Rizal yang pergi menjemput Ailin. Tak kuasa dia mahu pergi. Ailin kalau dia bagi perhatian sikit memang gadis itu terus terusan menggedik dengan dia. Tapi untuk malam itu memang dia kena sabar dan tahan rasa hatinya seketika. Tujuan utama dia malam itu adalah untuk menyakitkan hati Kayla.

Bertahun tahun dia terseksa melihat Kayla seperti langsung tidak terkesan dengan pemergian dia. Malah dia dapat tahu gadis itu pernah bercinta dengan lelaki lain. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now