Bab 32

2.9K 90 7
                                    

Ruangan Mesyuarat  Astana Group

"Baiklah we proceed to our main agenda untuk meeting kalini. I give the mic for Tengku Zuhail to proceed with perbentangan untuk event planning dan progress untuk setiap event. Saya diberitahu bahawa semua event telah dalam progress dan mempunyai team masing masing?" ujar Tengku Zaid yang mempengerusikan mesyuarat untuk hari itu.

Tengku Zuhail yang sudah bersedia terus bangun untuk mengambil tempat di rostrum di bahagian depan ruang mesyuarat Astana Group yang begitu gah. Mesyuarat hari itu dihadiri oleh ramai pekerja pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan Sambutan 30 Tahun Astana Group.

Lilian, setiausaha Zarif sudah bersedia di depan laptop untuk menayangkan slide perbentangan yang disediakan oleh Tengku Zuhail bersama Tengku Zarif beberapa hari lepas. Sempat juga mereka buat walaupun Zarif sibuk dengan persiapan kahwin.

Tengku Zarif pula sedang berpeluk tubuh di tempat duduk di sebelah setiausahanya. Dia masih dengan necktie sengetnya. Dia tak rasa malu sebaliknya rasa bangga. Ya, Zarif nampaknya sudah gila.

"First of all, kita akan fokus kepada agenda New Product Launching khas untuk Sambutan 30 tahun Astana Group. Well, these products will be limited edition with exclusive packaging and collection. Anak anak syarikat yang terlibat adalah Astana Food and Beverages, Astana Jewels, Astana Electronic, dan Astana Style."

"Our new product launching dah berada di fasa terakhir dan akan diumumkan pada hujung Februari. Limited edition products ini akan mula dijual bermula 1 Mac dan akan kekal di pasaran selama 30 hari. Selepas daripada tarikh itu, product limited edition untuk celebration ini tak akan lagi dijual."

Semua yang berada di dalam mesyuarat khusyuk mendengar perbentangan Tengku Zuhail.

"Moving forward to our next event is Astana 30 Years Exhibition that will be organize by Astana Events. Exhibition ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana kita akan buat exhibition showcasing Astana's history, achievements and our milestones."

"Kita akan launch juga Charity Events on the opening day of our events."

Beberapa soalan dikemukakan daripada beberapa staf dan pekerja. Tengku Zaid turut bertanya beberapa soalan mengenai progress exhibition dan charity events.

Sedang Zuhail sibuk menjawab, Zarif pula sedang lincah menaip mesej untuk isterinya yang berada di rumah. Dia yang memang sudah maklum dengan intipati mesyuarat hari itu memang sudah bosan mendengar. Semua dia sudah tahu kerana dia dan Zuhail memang sudah berbincang berdua.

"Hai sayang, buat apa tu? Abang rindu awak lah."

Whatsapp di hantar kepada Mikayla. Sambil kepala pura pura mengangguk acah acah fokus kepada meeting

Di rumah pula Mikayla sedang menemani Puan Sri Sharifah berkebun di greenhouse milik wanita itu. Berkerut dahi melihat mesej dari Zarif. 

Dah kenapa si Zaf ni, fikirnya. Bukan dia tengah meeting ke? 

"Kenapa Mika?" tanya Puan Sri Sharifah yang sedang menggemburkan tanah untuk pokok orkid jenis Dendrobium yang baru dibelinya.

"Oh, tak ni Zaf mesej Mika." ujar Mikayla. 

Puan Sri Sharifah tersenyum sahaja. 

"Dia mesej apa? Penting ke?" tanya Puan Sri Sharifah. Setahunya anaknya itu kalau waktu kerja selalu fokus dan tak suka main main.

"Zaf tanya Mika buat apa." Sarung tangan dicabut untuk membalas mesej Zarif.

Terjongket kening Puan Sharifah. 

"Itu jer Zaf whatsapp?" 

"Tengah berkebun dengan puan permaisuri." Pesanan whatsapp itu dihantar kepada Zarif.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now