Bab 54

2.2K 95 5
                                    

IPD Cheras

"Tuan! Saya dah periksa tentang mak Dian seperti yang diarahkan, Puan Rohani disahkan bukan mati disebabkan penyakit. Mak Dian kena bunuh! Pihak hospital keluarkan laporan forensik mengatakan saluran pernafasan mak Dian ditutup menyebabkan kematian. Dan yang lagi penting, tu bukan mak kandung dia. Dian, dia tipu kita!"

"Patutlah saya rasa tak sedap hati!" getus Inspektor Haris. 

Instinctnya kuat mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku apabila Dian mula menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Selalunya Dian sangat responsif jika dihubungi oleh Inspektor Nuha. Mereka juga baru dapat tahu mak Dian meninggal di hospital, namun jenazah itu belum lagi dituntut. Bertambah pelik apabila Dian langsung tidak menjengah ke hospital setelah maknya disahkan meninggal dunia. 

"Dian orang terakhir yang menemui mak dia sebelum mak dia ditemui mati di katil hospital. Saya syak Dian ada kena mengena dengan kematian mak dia tuan."

"Saya nak awak track keberadaan Dian sekarang!" arah Inspektor Haris. Dia turut bangun dari kerusi. Mahu menyelidik tentang Dian. Jantungnya tiba-tiba berdebar sendiri. 

Entah entah Dian ada kaitan dengan pembunuhan Putri Ailin! Dia mahu mencari klu klu yang dia sudah terlepas pandang tentang Dian sebelum ini. Pasti ada sesuatu!

...................................

Rooftop Sekolah

"Pakcik! Pakcik jangan buat saya macam ni! Saya tak salah pakcik!" rayu Mikayla kuat apabila kerusinya yang dia duduki itu diseret mendekati bahagian tepi rooftop yang sedikit rendah.

"Sekarang pilih, anak kau mati dulu atau kau yang mati dulu." kata Husin dengan wajah sinis. Pisau lipat kecil itu dilayang-layang di udara.

"P- pakcik..." Mikayla sudah menggigil kuat. Air mata sudah merembes keluar.

"Pakcik.. tolonglah... tolonglah jangan buat macam ni...." rayunya.

"Abang..."

"Abang..."

Mikayla memanggil-manggil suaminya sambil memejam mata. Dia rindukan suaminya saat itu. Mahu diusap anak di dalam kandungan dia tak mampu. Tangannya kemas berikat di belakang kerusi. 

"Baby Bikai..." serunya perlahan. 

"Ayah, nak campak terus ke?" soal Dian.

"Cepat campak, cepat settle." ujar Husin keras. Dia tak mahu berlama-lama. Sudah lama dia berdendam dengan perempuan itu.

"Tak best lah! Apa kata kita bunuh anak dalam perut dia dulu. Nak tengok dia meraung sikit." ujar Dian tanpa nada. Sungguh tiada perikemanusiaan.

Husin berkerut mendengar kata anaknya. Anaknya itu sudah makin berani!

"Nak tikam dulu ke?" soal Husin.

"Ayah ni... meh lah Dian tolong!" ujar Dian dengan wajah selamba. Gayanya seperti mahu menolong sesuatu yang normal padahal mereka sekarang sedang merancang untuk membunuh!

"Tak payah, kamu dah kotorkan tangan kamu haritu. Cukuplah, kalini ayah yang akan buat. Biar ayah yang settlekan betina ni." ujar Husin tanpa nada. Kepala kembali dipusing ke arah Mikayla.

"JANGAN! TOLONG!!!!! ABANGGG!!!!!" jerit Mikayla kuat apabila Dian datang menghampiri. Dia takut. Dia sungguh takut.

*Pang

Pipinya ditampak kuat oleh Husin.

*Pang

Pipi sebelah lagi pula ditampar.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now