Bab 57

2.3K 95 11
                                    

Mikayla bernyanyi nyanyi kecil sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai sementara menunggu suaminya di depan tandas. Tiba-tiba dia terdengar ada derap kaki mendekati. Dia angkat kepala dan dia nampak lelaki berpakaian hitam dan bertopi itu memusing langkah untuk masuk ke dalam toilet.

Mikayla kembali menundukkan wajah. Dia menguap seketika. Rasa mengantuk mula datang.

"Puan, boleh tak saya nak minta tolong..." tiba-tiba lelaki itu datang menyapa dia.

Mikayla kerut kening pelik. Kepala didongak melihat lelaki yang memakai pelitup muka hitam itu.

"Minta tolong apa yer?"

"Minta tolong..." 

Tanpa menyudahkan ayat, lelaki itu tangkas menekup mulut Mikayla dengan kain putih. Merontas ronta Mikayla kerana terkejut diserang begitu. Tubuhnya diterbalikkan dan kepala di kepit lalu diseret menjauhi kawasan tandas.

"Mmmph!"

"Mmmph!!!" 

Mikayla panik. Matanya tertancap kemas pada pintu masuk tandas lelaki. Berharap suaminya cepat cepat muncul.

Dia meronta ronta kuat dan cuba menendang kaki lelaki tersebut. 

Entah siapa gerangan lelaki misteri ini, tapi apa yang dia tahu lelaki itu berniat tidak baik terhadapnya. 

Lehernya ditekan kasar. Menyakitkan.

"Abang! Abang cepat keluar abang!" jerit Mikayla dalam hati kerana dia tak dapat mengeluarkan suara akibat mulutnya ditekup begitu.

Lelaki itu menyeretnya sehingga mendekati pintu kecemasan. Makin dia kuat meronta kerana takut dibawa pergi jauh dari suaminya. Pintu tangga kecemasan itu ditolak kasar sebelum tertutup sendiri. 

Lelaki itu kemas memeluk Mikayla dari belakang. Mikayla masih lagi meronta-ronta dalam pelukan kuat lelaki asing itu. Tangan lelaki itu pula masih kukuh melekat di mulutnya. Rahangnya turut dicengkam.

"Mmmph!" mengalir air mata Mikayla kerana dia sudah terlalu takut.

Tiba-tiba lelaki itu berbisik keras di telinga. "Ucapkan selamat tinggal dekat anak kau. Go to hell!"

Tanpa sebarang amaran, tubuh Mikayla ditolak kuat dari tangga. Tak sempat Mikayla mahu menjerit kerana semuanya berlaku tersangat cepat. Terasa rohnya terbang meninggalkan jasad apabila dia di awangan. Tubuhnya berguling guling di setiap anak tangga sebelum jatuh ke bawah. 

Pedih, sakit, pening. Segala rasa bercampur campur.  Mikayla mengaduh perlahan. Kepala terasa berpinar pinar. Pandangan turut berbalam. Tangan dibawa menyentuh perutnya perlahan. Dia terketar ketar. 

Dia rasa sesuatu mengalir di celah kakinya. Mikayla memejam mata menahan rasa sakit yang teramat. Sakit seperti senggugut tapi sakit itu melebihi rasa senggugut yang pernah dirasakan selama ni. Dunia terasa berputa-putar.

"No..." bisiknya perlahan. Air mata deras menuruni wajahnya. Dia sentuh cecair yang terkena dress biru mudanya lalu dibawa ke depan mata. Tangan terketar ketar. 

Darah! Jarinya basah dengan noda merah.

Lelaki tadi berjalan menuruni tangga lalu mendekati tubuhnya yang sudah terlentang. Kedua-dua belah kaki lelaki itu naik memijak perut Mikayla. 

"Ark!" terjerit lemah Mikayla menahan senak. Sakit yang teramat. Terasa sukar untuk menanggung rasa sakit yang mencucuk itu. 

Setelah itu, lelaki misteri itu terus sahaja melangkah meninggalkan Mikayla.

Sunyi suasana dengan hanya lampu di tangga itu yang sekejap terbuka sekejap tertutup.

"Abang..."

"Baby..."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now