Bab Terakhir (64)

3.7K 104 13
                                    

Rumah Agam Tengku Zaid

Kereta yang dipandu Zarif masuk ke perkarangan parkir rumah agam itu.

"Eh abang, tu Zuhail dengan Zulfa kan?" ujar Mikayla apabila melihat adik adik iparnya itu masih berada di dalam kereta.

Zarif yang baru sahaja memarkir di keretanya disebelah kereta Zuhail turut mengerling ke sisi tingkap. Pelik melihat keduanya masih di dalam kereta padahal rasanya Zuhail dan Zulfa balik lebih awal darinya.

"Eh sayang!" terjerit Zarif apabila Mikayla sudah melompat turun dari kereta. Enjin pun belum dia tutup, gear pun masih belum ditekan P.

Ditoleh melihat isterinya itu sudah menyerbu membuka pintu kereta Zuhail.

"Fa!!!"

Tubuh Zulfa yang turut mula menangis kembali dia peluk erat.

"Mika minta maaf Fa..." ujar Mikayla lirih. 

Wajah Zulfa dibelek belek teliti. 

"Sakit ke Fa?"

Zulfa hanya membisu sambil turut menilik tubuh kakak iparnya.

"Ya Allah, berani dorang pukul Fafa. Lebam teruk ni Fa!"

"Ini kalau babah nampak ni memang habis lah sesiapa yang buat ni!"

"Berdarah ni bibir Fafa. Teruk ke dorang pukul Fafa? Sakit ke Fa?"

"Eee Mika rasa nak terajang orang yang pukul Fafa ni!!!" ujar Mikayla geram.

Zulfa sapu air mata deras, serentak itu dia tarik pinggang Mikayla. Kepala dia merapat pada tubuh itu.

"Fa sayang Mika..." ujar Zulfa.

Mikayla yang dari tadi mengomel melihat lebam di wajah Zulfa tersentak.

Kedengaran esakan halus dari tubuh yang menggeletar memeluknya itu.

Tangan Mikayla terus naik mengusap kepala dan belakang tubuh Zulfa. Dikerling sekilas ke arah Zuhail yang masih duduk diam di bahagian pemandu.

Terbit rasa bersalah melihat keadaan Zulfa. 

"Mika minta maaf Fa, sebab Mika, dorang culik Fafa..."

Buru-buru Zulfa mengangkat wajahnya yang banjir dengan air mata.

"Tak... Fafa yang nak minta maaf sebab Fa tak reti jaga diri, Mika kena ikut dorang. Orang orang jahat tu tak ada buat apa apa dekat Mika kan? Mika okay jer kan?" ujar Zulfa dalam esak tangis.

Mikayla ketap bibirnya kuat.

"Tak bukan salah Fafa. Mika okay jer ni baby. Sebab Fafa selamat, Mika pun selamat."

Zulfa bangun berdiri lalu memeluk kakak iparnya erat. Dia tahu dari cerita Zuhail yang Mikayla dipaksa mengikut arahan Firash sehingga ke bilik hotel. Mikayla juga yang memberi hint kepada Zarif supaya menyelamatkan dia. Sayangnya makin menggebu buat kakak iparnya itu.

Dia kemudiaannya panggung kepala lalu matanya tajam menjeling ke belakang Mikayla.

"Abang! Serius ni, kalau abang sakitkan hati Mika, Fafa yang akan mengamuk dekat abang nanti!!!" tiba-tiba Zulfa memberi amaran.

Mikayla menoleh kebelakang. Hampir tergelak melihat muka terpinga-pinga Zarif. 

"Abang kena hargai Mika! Kalau abang buat perangai pelik pelik siap abang!!"

Zarif yang baru berura-ura mahu mendekati Mikayla sudah tercengang. 

Lah, dia pulak yang kena. 

.............................

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now