Special Chapter

3.4K 141 16
                                    

4 tahun kemudian...

"Mommy..."

Mikayla yang sedang berbaring di katil sambil membaca skrip drama terbarunya mula mengangkat kepala apabila terdengar suara halus memanggil. Dia memicing mata melihat pintu biliknya terbuka sedikit.

Tersembul wajah si anak yang berusia 4 tahun itu sedang melangkah ke arahnya dengan wajah berkerut.

"Ayyan, Hayla mana?" tanya Mikayla apabila melihat anaknya itu hanya berseorangan. Biasanya ada lagi seorang yang mengekor di belakang.

"Mommy, Hayla hilang..."

"Hah?!" tersentak Mikayla mendengar aduan dari mulut comel anaknya itu.

Dia bangun dari katil lalu bergerak ke arah si anak.

"Hayla pergi mana?" soalnya sambil mencangkung untuk menyamai tinggi si anak.

"Mommy, tadi Ayyan main hide and seek, then Hayla hide."

"Lepastu?"

"Ayyan tak umpa Hayla dah..." adu Zayyan dengan riak sedih.

"Ya Allah..." Mikayla sudah mengeluh perlahan. Jangan kata anak kecil itu buat hal seperti dulu lagi.

"Jom, jom kita pergi cari Hayla. Ayyan dah cari elok elok ke?"

"Ayyan dah cayi dah mommy... tapi Ayyan tak umpa..." Nada suara anaknya itu sudah mula mendayu. Bibir munggil itu sudah mencebik sedih.

"Ayyan count ampai ten, then Ayyan cayi pushing pushing tapi Hayla tak ada..."

"It's okay baby, mommy tolong Ayyan cari juga." pujuk Mikayla.

Berpusinglah satu rumah mereka berdua mencari namun kelibat si anak kecil itu tetap juga tidak kelihatan. CCTV pula memang tidak terpasang di dalam rumah. Hanya kawasan luar rumah agam itu sahaja yang dipasang CCTV. Memang terpaksa cari secara manual.

Pembantu rumah juga dikerah untuk mencari Hayla.

Sekali sekala nama Zuhayla dipanggil. Tapi tiada langsung sahutan.

"Mika dengan Ayyan cari apa?" tanya Puan Sri Sharifah yang terserempak dengan Mikayla di tingkat 2. Pelik melihat cucu dan menantunya itu seperti tercari-cari sesuatu.

"Mama, Hayla hilang lagi... budak berdua ni main sorok-sorok lepastu Zayyan datang mengadu dekat Mika yang dia tak jumpa Hayla dah."

"Allahu cucu bertuah! Dia buat hal lagi lah tu!" omel Puan Sri Sharifah yang sudah mula kalut melilaukan matanya mencari kelibat si cucu perempuan.

"Haritu last menyorok masuk dalam dryer machine, Mika dah cari dekat situ ke?"

"Tu tempat first Mika pergi check Ma..." ujar Mikayla seraya tergelak perlahan.

"Puan Sri, Puan!" panggil seorang pekerja yang ditugaskan memantau keselamatan rumah agam itu. Terkocoh kocoh lelaki itu datang menghampiri mereka berdua dari bilik kawalan di luar rumah agam.

"Kenapa Fikri?" soal Mikayla pelik.

"Saya baru perasan rakaman CCTV, Tengku Zuhayla keluar ke laman belakang tadi..."

"Hah?"

"Mari saya tunjukkan." ujar lelaki bernama Fikri itu sebelum dia mengorak langkah ke halaman belakang dari arah ruang tamu kedua yang mempunyai access pintu gelangsar.

Mikayla mendukung tubuh Zayyan sebelum langkah kaki diatur membuntuti langkah Fikri dan Puan Sri Sharifah.

Berkerut dahi mereka apabila melihat Fikri bergerak mendekati sebatang pokok yang ditanam merimbun berdekatan pagar.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now