Bab 14

2.3K 77 0
                                    

Arena Star Hotel (Venue Anugerah Bintang Popular 2023)

Ailin sudah seronok berpusing pusing di depan cermin sambil menggayakan dress yang dipakainya untuk anugerah malam itu. 

Tidak sabar dia untuk berjalan di red carpet. Tinggal lagi beberapa jam sebelum acara karpet merah bermula. Tahun lepas dia hanya tercalon untuk pelakon baharu sahaja. Tahun ini tahun dia. Dia tercalon untuk 3 kategori. Dia yakin dia akan membolot ketiga tiga anugerah. Mukanya tidak pernah berhenti muncul di kaca tv. Dia juga telah mendapat job baharu sebagai pengacara Gempak Star di Astro Ria. 

Dia cuma risau tentang Anugerah Pelakon Wanita Popular kategori Drama. Dia akan bersaing dengan Mikayla yang merupakan pemenang tahun lepas dan tahun tahun sebelum itu. Tapi dia sudah jalankan rancangan untuk itu. Peminat peminat Kayla tak akan dapat kalahkan kabel besarnya. Dia teramat yakin tentang itu.

"Miss, ni saya bungkuskan fruit salad." ujar Dian yang baru masuk ke bilik hotel itu.

"Thanks Dian."

Memang dia rasa lapar sekarang. Sudah beberapa minggu dia jaga makan untuk malam itu. Dia mahu menjadi yang paling cantik di antara semua. Dia mahu merasa berada di atas. 

Di bilik lain Kayla juga sedang bersiap untuk acara karpet merah sebentar lagi. Idham setia menunggu di luar bilik. 

Kayla mahu cepat cepat bertemu Ailin sekarang tapi dia sabarkan hati. Habis acara nanti dia akan pergi bertemu gadis itu. Tanpa Kayla tahu Ailin sedang menyusun rancangannya untuk malam itu. Ailin tak akan membiarkan Mikayla mengganggu usaha kerasa dia selama ini untuk berada paling atas. 

...............................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Mika tercalon dua kategori tahun ni."

"Kategori apa?" tanya Puan Sri Sharifah. Dia duduk menemani Zulfa dan Zuhail yang sedang teruja untuk menonton Anugerah Bintang Popular 2023.

"Pelakon Wanita Popular Kategori Drama dengan Pelakon Wanita Popular Kategori Filem."

"Ohhh." Puan Sri Sharifah angguk. Dia bukan faham sangat pasal anugerah anugerah itu. Dia menonton hanya kerana Mikayla dan anak anaknya.

"Mana abang?" tanya Zulfa.

"Ni" Zuhail tuding jari ke arah wajah sendiri sambil tersengih.

"Bukan you lah. Abang Zarif."

"Entah, dekat bilik dari tadi tak keluar keluar." jawab Zuhail. Mulut dinganga minta mamanya menyuapkan anggur hijau yang dibawa.

Puan Sri Sharifah hanya menggelengkan kepala. Tangan masih bergerak untuk menyuap anggur hijau ke dalam mulut anak keduanya itu.

..........................................................

Kayla menunggu di hadapan tangga. Matanya mencari cari kelibat Ailin. 

Seketika kemudian matanya menangkap kelibat gadis itu yang sedang berjalan untuk menuruni tangga ke dewan. Ailin hanya memandang sekilas ke arahnya sebelum tersenyum mengejek.

Kayla pantas mengikut langkah Ailin. Tangan Ailin dicapai laju.

"WHAT?" tanya Ailin bengang. Matanya meliar untuk memastikan tiada siapa yang berada berdekatan.

"Bila kau nak cerita?" 

"Erghhh, nantilah!" Ailin menjawab sebal.

"Kau dah janji dengan aku Ailin. Kau jangan lupa!" keras suara Kayla memberi amaran.

"Serabutlah kau ni. Orang nak happy happy malam ni. Tepilah" tangan Ailin menepis laju tubuh Kayla yang menghalang jalannya.

Kayla geram lantas dia menarik tangan Ailin sekali lagi, kali ini sedikit keras.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now