Bab 26

2.9K 85 5
                                    

Hari akad nikah, Sabtu.

Mikayla duduk diam ketika wajahnya disolek oleh mak andam. Zulfa dari tadi mengambil video dan gambar di sebelahnya. Hanya mereka bertiga yang berada di bilik tamu tingkat bawah itu sekarang. 

Dari dalam bilik itu sudah hingar bingar dengan suara orang. Agak sibuk rumah agam itu gara gara majlis nikah Tengku Zarif dan Mikayla yang dipercepatkan. 

Majlis itu dibuat secara kecil kecilan sahaja. Hanya majlis akad nikah. Itupun majlis itu diadakan di rumah agam milik Tengku Zaid. Biasanya akad nikah dibuat di rumah pengantin perempuan tetapi untuk menyembunyikan berita itu dari pengetahuan orang luar, majlis itu diadakan di situ. Ini kerana sistem keselamatan di rumah agam itu lebih ketat dan itu juga atas permintaan Tengku Zaid sendiri yang tidak mahu bakal menantunya dikecam sesiapa.

Selepas reda masalah sekarang barulah majlis perkhahwinan sebenar akan dibuat. Sudah pastilah Dato' Marina dan Puan Sri Sharifah mahu mengadakan majlis perkhahwinan besar besaran buat anak tunggal dan anak sulung mereka. Mereka mengenepikan dulu hasrat di hati demi keselamatan dan keselesaan Mikayla. Tengku Zarif juga beranggapan begitu. 

Memang sudah 3 hari Tengku Zarif tidur di penthouse bujang miliknya sementara persiapan nikah dibuat di rumahnya. Zuhail menemani dia di sana. Mikayla pula tinggal di rumah agam Tengku Zaid.

............................

"Hensem abang aku ni." ujar Zuhail tersengih apabila abangnya sudah duduk memakai stokin. Tengku Zarif sudah siap memakai sepersalinan baju melayu putih siap bersampin songket dan songkok di kepala. 

Dayne dan Isyraf yang ada bersama di penthouse itu turut tersengih memandang. Mereka tidur di situ gara gara ada parti bujang yang berlangsung semalam. Tengku Zuhail yang merancang. Dijemput Syed Adli bersama. Mereka berlima tidur lewat semalam gara gara parti bujang itu. Nasib baiklah Zarif yang tak dapat tidur lena itu membangunkan mereka semua subuh subuh lagi. Bagus juga Zarif begitu kalau tidak memang mereka semua akan terbabas tidur sampai tengahari.

Abangnya itu dari subuh lagi sudah bagai kucing hilang anak gayanya. Berdebar sungguh. Entah tidur atau tidak semalam sebab awal gila lelaki itu bangun subuh tadi. Macam nak bersahur.

"Aku yang pakaikan sampin tu memanglah. Tengok tangan ni" ujar Syed Adli yang baru turun dari tingkat atas. Semalam dia tinggalkan isteri dan anaknya untuk bersama sama dengan sepupunya itu. Nasib baiklah isterinya memahami. 

"Kau nak terus balik rumah ke?" tanya Zarif kepada sepupunya itu.

"Iyelah nak pergi ambik anak bini aku lah. Nanti aku gerak terus pergi rumah kau. Pukul 10 kan?" tanya Syed Adli yang sudah mencapai kunci kereta.

"Ya, jangan lambat." kata Zuhail pula.

"Zuhail, aku lambat tak apa. Itu, yang bakal jadi suami orang tu jangan lambat." seloroh Syed Adli sambil menuding jari ke arah Zarif.

Zarif hanya menjeling.

"Tak apa, dia kalau lambat, memang aku ganti dia jadi pengantin lelaki harini. Baru padan muka dia." seloroh Zuhail.

"Aduh!"

Terbang kasut kulit Zarif ke belakang badan Zuhail.

"Mulut longkang mangkuk hayun ni. Ada hati nak caras bini abang sendiri" ujar Zarif bengang.

Dayne dan Isyraf sudah ketawa.

"Hahaha menarik idea kau tu. Aku nak tengok lagi muka pasrah Zarif macam dekat pejabat haritu." 

"HHAHAHAHAHA WEHHH!!!" Zuhail sudah gelak berdekah teringat pranknya haritu.

"Kau patut record Ad! Simpan bagi aku dengan Fafa tengok. Boleh aku tunjuk dekat Mika sekali." gelak Zuhail lagi.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now