Bab 46

2.3K 75 5
                                    

Subuh itu Mikayla terbangun gara gara bunyi alarm kuat. Dikerling Zarif yang sedang memeluk pingganya kemas. Suaminya itu belum ada tanda tanda mahu bangun walaupun alarm di sisi sudah memekak kuat.

"Abang... subuh." Mikayla mengusap perlahan pipi sang suami yang masih nyenyak.

"Abang..."

Masih tiada tanda tanda Zarif mahu bangun. Bukan main! Biasanya lelaki itulah yang selalu bangun awal.

"Abang sayang..." bisiknya perlahan. Sengaja buat suara manja untuk bangunkan suaminya itu.

"Abang!" Mikayla sudah menepuk bahu Zarif apabila tiada reaksi dari lelaki itu.

Bahu Zarif kemudian digoncang kuat. Sekilas dia terpandang mata lelaki itu bergerak gerak. Sedarlah dia rupanya suaminya itu buat buat tidur. Biasa dia ni. Mengada-ngada!

Perlahan lahan tangannya dibawa untuk mengusap pipi Zarif, membiarkan lelaki itu terbuai seketika. Lalu tanpa amaran dia mencubit kuat kedua dua belah pipi si suami.

"AW! Sayang!" terjerit kecil Zarif apabila pipinya dicubit kuat.

"Haa mengada lagi!" ujar Mikayla dengan muka puas hati melihat wajah Zarif yang menyeringai kesakitan. 

"Sayang ni tak bestlah!" omel Zarif dengan muka tidak puas hati. Sangkanya Mikayla akan mengejutkan dia dengan gaya romantik. Tiba-tiba kena cubit!

"Bangunlah! Biasanya suka bebel Mika bangun lambat! Harini dia pulak yang mengada-ngada." 

"Mengada-ngada dengan isteri tak salah pun sayang..." 

"Bangun bangun!" 

"Iye nak bangunlah ni sayang oiii..."

"Orang lain pagi pagi dapat kiss, abang pula pagi pagi dapat sepit ketam." omelnya.

"Siapa suruh kahwin dengan Mika." ujar Mikayla sambil matanya dijulingkan ke atas.

...............................................

Selepas bersarapan mereka ke pantai berdua sebelum disertai Zulfa yang bangun lewat. Dia hanya memakai tshirt micro-fibre hitam besar bersama seluar renang panjang ke buku lali. Rambut disanggul tinggi dan dibiarkan beberapa helai anak rambut terjuntai di dahi dan sisi pipi. Zarif pula kacak dengan swimming trunk ketat berwarna hitam separa lutut dengan baju renang fit mengikut bentuk tubuh.

Dia yang pilih pakaian renang itu untuk dibawa. Zarif gatal tidak mahu memakai baju renang dan hanya mahu pakai trunk renang separas paha untuk aktiviti air tapi memang tak lah dia nak bagi suaminya itu menayang tubuh! Dia pun ada rasa cemburu juga kalau mata mata orang lain dapat melihat apa yang menjadi miliknya. Tubuh dan cinta Zarif hanya milik dia seorang!

Pagi itu mereka berkumpul di tepi pantai sebelum ke snorkelling port. Semua sedang berkumpul beramai ramai sambil menunggu boatman tiba. Mikayla sedang dipeluk oleh Zarif manakala Zulfa pula sedang rancak berbual dengan Mikayla sambil memeluk lengan kakak iparnya. Kepala turut disendeng ke lengan kakak iparnya itu.

"Oi berpeluk pagi pagi ni! Makin gatal kan kau sekarang ni Mika?" tegur Tengku Zuhail sambil tersengih. Dia yang baru kembali untuk bersama mereka di tepi pantai setelah ada perbincangan kecil sebentar tadi bersama PIC aktiviti snorkelling. Aina Yusra pula semestinya sibuk mengekor dia ke situ sini.

Mikayla mencerlung garang ke arah Zuhail. Bila masa dia gatal? Suaminya itu yang tak mahu lepaskan pelukan walaupun sudah berkali kali dia mencubit cubit lengan Zarif yang melingkar di pinggangnya. 

Tengku Zarif buat tidak tahu sahaja. Tangannya tak lepas dari memeluk Mikayla. Dia mahu menghidu bau isteri dia secara terus menerus. Pagi pagi itu dia rasa loya yang teramat. Bau sang isteri sahaja mampu menenangkan gelodak isi perutnya.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now