Bab 7

2.4K 82 3
                                    

Pejabat Tengku Zarif

"Kami dah arahkan beberapa tabloid turunkan artikel artikel yang tak berasas seperti yang Tengku arahkan." Lilian memandang wajah ketuanya yang bertongkat dahi di meja. Dua hari ini mood Tengku Zarif memang agak buruk. 

"Tapi kerana gossip dah tersebar di social media seperti twitter dan tiktok, memang agak sukar untuk team social media sekuriti untuk kawal. Kebanyakan guna akaun peribadi." Lilian menyambung lagi.

"Hmm okay, you may leave." 

Zarif tersadar penat di kerusi empuknya. Serabut kepalanya. Dia dah tersepit. Nak diuarkan cerita sebenar, dia sudah terlambat. Ailin sudah terlepas kata di radio awam. Team yang mengawal media turut meminta dia untuk bersabar dulu kerana cubaan untuk mengubah cerita bakal menimbulkan impak negatif kepada syarikat.

Ailin banyak kali cuba menghubunginya dibiarkan. Malas mahu berbual dengan perempuan itu. Dia nampak pesanan whatsapp dari Ailin memohon maaf gara gara terlepas kata. Kata gadis itu, dia terbawa bawa emosi lalu bercakap tanpa berfikir.

Entahlah dia tak tahu nak salahkan siapa.

...............................

"I nak job drama yang Kayla akan ambil. Dia dah buat keputusan ke?" tanya Ailin. Dia ketika itu dia di pejabat syarikat persendirian yang menguruskan jadualnya sebagai pelakon.

"Kayla sepertinya tak nak ambil job heroin. Banyak skrip yang Kayla dah reject. Nampaknya seperti dia lebih berminat dengan skrip Rahayu Iman." ujar Dian sambil menghulurkan skrip yang disebutkan.

"Watak Isabella ni ke?" tanya Ailin.

"Ya miss, watak perempuan lorong yang dibeli oleh watak hero. Heroin isteri watak utama tu kawan baik dia. Tapi watak  Isabella tu bukan good character. Red flag sampai ke akhir." 

Ailin gelak sinis.

Dah kenapa dengan Kayla sekarang. Kalau dia lambat lagi nak ambil watak watak memudahkan kena kecam macam tu.

"Contact Rahayu Iman, cakap I berminat dengan role heroin tu." datar suara Ailin. 

Tak perlu untuk dia baca skrip itu sekarang. Motifnya hanya satu. Masuk ke dunia Mikayla. 

"Just you wait, Mikayla." 

.....................................

Dah dua minggu Mikayla di rumah sahaja. Dia fokus dengan skrip baharu. Teruja akhirnya ada penulis yang menawarkan naskah bergenre baru untuknya. Jarang produksi ingin tawarkan watak watak sebegitu kepadanya. Mungkin mereka risau ditolak padahal watak watak begitu yang dia mahu. Dia dah lama berkecimpung dalam lakonan. 

Hampir semua watak polos dan baik yang dia selesai lakonkan. Dia terasa kosong. Mahu mencuba yang baru. Watak OKU pun pernah dia lakonkan. Seronok mendapat watak sebegitu kerana dia dapat belajar. Filem Bisu adalah filem paling dia sayangi. Watak Halina yang bisu sejak lahir itu memang watak yang paling berkesan dalam dirinya. Kerana filem itu dia  dapat belajar dan kini mahir menggunakan sign language. 

Sambil sambil dia menghafal skrip, dia turut membayangkan outfit, style rambut dan rias muka yang sesuai untuk watak Isabella pada scene yang dihafalnya. Dari semalam dia berdialog seorang diri. 

Idham dia bagi cuti 3 minggu. Minggu depan lelaki itu perlu kembali membantunya membuat persiapan bersama dengan team stylishnya. 

Dia belum tahu siapa watak watak utama yang akan meneraju drama itu. Dia tak kisah siapapun asalkan boleh membawa watak dengan baik. 

Tiba tiba telefon dia dimeja berbunyi.

Dia bangun melihat nama pemanggil."Aniq Fahrain"

"Hello?"

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now