Bab 29

3.1K 102 3
                                    

"Mika suka abang dari dulu lagi?" tanya Zarif tidak percaya. Zarif pernah dengar tentang itu dari mulut Zuhail tapi dia tak terlalu percaya. Mika pun tak pernah tunjukkan yang gadis itu sukakan dia.

Mika mengangguk perlahan.

"Sejak dulu tu sejak bila?" tanya Zarif.

"Mika tak tahu. Mika tak tahu bila Mika start suka abang."

Zarif hanya diam menunggu Mikayla menyambung ayatnya.

"Waktu kita kecil kecil dulu Mika anggap abang macam abang Mika jer. Mika cemburu dengan Zuhail dulu sebab Zuhail adik kandung abang. Tapi lama lama Mika dah tak rasa abang macam abang Mika."

Mika gigit bibir. Segan untuk bercerita tentang perasaan sendiri.

"Habistu Daus?" tanya Zarif.

Mika kerut dahi. 

"Hah?" tanya Mika yang tidak memahami soalan Zarif.

"Mika kan pernah bercinta dengan Daus dulu?" ujar Zarif. 

Makin berkerut dahi Mikayla.

"Bila masa pulak Mika bercinta dengan Daus?" tanya Mika pelik.

"Mika tak pernah bercinta dengan dia ke?" tanya Zarif yang turut merasa pelik.

"Tak pernah! Ya Allah abang ni! Mika dengan Daus tu best friend tapi kitorang mana pernah suka antara satu sama lain. Daus suka orang lain dan Mika pun suka orang lain..." 

Zarif makin melopong. Sejak bila lagi dia sudah salah faham dengan isterinya itu. 

"Siapa bagitahu abang yang Mika bercinta dengan Daus ni? Takkan Zuhail pulak. Zuhail tahu Mika suka abang." ujar Mikayla.

Jadi betullah apa yang diceritakan Zuhail dulu. Memang betul Mikayla sukakan dia. Shit! Dia tertipu!

"Liyana..." jawab Zarif perlahan. Dia mengeluh.

Mika yang mendengar terus memukul bahu Zarif.

"See! Abang percayalah lagi dekat sepupu kesayangan abang tu!" bentak Mikayla. Dia sudah mahu bangun dari katil. Dia geram. Memang dari dulu lagi Zarif selalu percaya kata kata Liyana.

Zarif cepat cepat bangun menahan Mikayla. Tubuh Mikayla dipeluk dari belakang.

"Lepaslah!" bentak Mikayla.

"Sorry sayang!" laju laju Zarif meminta maaf. 

"Nak sorry sorry buat apa? Pergilah tanya lagi semua pasal Mika dekat Liyana tu. Memang Liyana tu semua dia tahu pasal Mika." bentak Mikayla lagi. Dia meronta ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Zarif.

Zarif dengan laju menjatuhkan tubuh Mikayla ke tilam. Tangkas sahaja dia naik menindih Mikayla. Mikayla tergamam.

"Ish, tak sukalah!" keras suara Mikayla sambil tangannya menolak dada Zarif.

"Sayang abang minta maaf. I'm so sorry sayang!"

"Sorry apa?" tanya Mikayla.

"I'm so sorry sebab percayakan si Liyana tu. Haih i should never trust her." Ujar Zarif dengan muka penuh penyesalan.

"Huh, banyak dah dia buat cerita pasal Mika yang abang ingatkan betul." selar Mikayla.

"Cerita dekat abang, apa lagi yang buat dekat Mika?" tanya Zarif serius. Direnungnya Mikayla yang sedang berbaring dibawahnya.

"Ahh malas lah nak ingat. Buat sakit hati jer. Nanti kalau Mika marah, abang pulak yang marah Mika cakap emosi pulak nanti. Abang tu kalau dengan sepupu abang terus jadi bodoh, terus tak percaya dekat Mika." bentak Mikayla.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now