Bab 22

2.5K 89 7
                                    

Tengku Zarif tidak senang duduk di pejabatnya hari tu. Berapa kali telefonnya diperiksa kalau kalau ada notifikasi dari keluarganya.

Tadi sewaktu mesyuarat dengan pekerja pekerjanya pun dia tidak dapat fokus. Kepalanya menerawang. 

Salah dia juga. Ego. Tidak mahu mengikut rombongan keluarganya ke rumah Dato' Marina. Pura pura sibuk dan banyak kerja di pejabat hari ini padahal sekarang satu apa pun kerja tak berjalan.

Entah setuju entah tidak Mikayla dengan hajat mamanya untuk meminang gadis itu hari ini. Terakhir kali berjumpa Mikayla sebelum gadis itu mengikut bondanya pulang ke rumah, gadis itu tidak memberikan kata putus apa apa tentang hubungan mereka. Jadi dia pun buat tidak tahu. Dijunjung tinggi egonya sehingga dia langsung tidak bertanya khabar tentang Mikayla yang sudah seminggu meninggalkan rumahnya.

Semalam Zuhail datang ke biliknya untuk bertanyakan keseriusan dia memperisterikan Mikayla. Dia hanya berkata yang dia hanya mengikut permintaan mama. Langsung tidak diluahkan rasa sayang kepada Mikayla walaupun setelah ditanya Zuhail. Zuhail pun nampak agak berputus asa kerana dia hanya melayan tidak endah sahaja tentang soalan soalan adiknya itu.

Pagi tadi pun keluarganya mengajak dia pergi bersama tapi dia laju menolak. Penuh ego dia mengatakan kepada keluarga yang dia tidak kisah tentang apa sahaja keputusan Mikayla hari itu. Padahal hatinya waktu ini bagai mahu meletup kerana berdebar.

Besar harapannya mahukan Mika menerima.

*Ting

Laju matanya memandang skrin telefonnya yang bercahaya menandakan ada notifikasi masuk.

Mesej dari nombor entah entah siapa siapa memberitahu tentang game yang memberikan peluang memenangi wang yang sangat lumayan.

"ARGH!!!!!!!!" dia menjerit sebal melihat mesej dari scammer itu.

Lilian yang sedang membuat kerja di luar tersentak akibat jeritan ketuanya di dalam pejabat. 

"Aduh kenapa pulak tu?" bisiknya perlahan.

"Aku dah banyak duitlah!!" jerit Zarif lagi sebelum mencapakkan telefonnya ke sofa.

Dia bangun sambil menyelerakkan rambutnya. Dia rasa tak tenang. Langkah kaki dibawa ke pintu. 

*Bum!

Lilian terkejut apabila ketuanya muncul di pintu. Hampir sahaja dia terconteng dokumen yang berada di hadapannya. Dipandang Tengku Zarif yang kelihatan serabai dengan baju dan rambut yang tidak kemas. Lelaki itu hanya berjalan melintasi mejanya tanpa berhenti.

"Fuhhh." Dia menghela nafas lega apabila dilihat susuk tubuh Tengku Zarif menghilang ke lif. 

Dari tadi lagi dia lihat ketuanya bagaikan tidak tentu arah. Dia pun tidak pasti kenapa. Yang dia pasti, dia tak boleh melakukan sebarang kesilapan hari ini kerana sudah pastilah harimau kumbang jantan itu bakal mengamuk.

................................

Tengku Zarif kembali ke pejabat setelah 30 minit dia berjalan tanpa arah ke sekeliling bangunan Astana Group. Dia mahu memeriksa telefon yang ditinggalkan di pejabatnya. Menyesal juga tidak membawa telefon bimbitnya bersama.

Dia masuk ke pejabatnya lalu bergegas mencapai telefon yang dicampaknya tadi.

"Oi, jom lunch!" 

Belum sempat dia mahu melihat skrin telefon, satu suara memanggil dari pintu pejabatnya.

"Jap!" kata Zarif sebelum matanya melihat beberapa notifikasi dari group whatsapp familynya.

Ada beberapa gambar di muat naik oleh adiknya Tengku Zulfa. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now