Bab 58

2.8K 93 4
                                    

Dazzlo Medical Centre

Zarif melangkah pantas untuk masuk ke wad. Mahu memeriksa keadaan isterinya. 2 jam dia tinggalkan isterinya tadi untuk ke markas HELL-O.

Berkerut dia pandang Mikayla yang sedang tidur mengiring sambil memeluk selimut bercorak tembikai yang mereka beli semalam.

"Mika bangun tadi..." Zulfa jeda seketika sebelum mata melirik Zuhail, meminta abangnya itu menyambung kata.

"Dia meracau-racau sekejap lepastu dia cari kau..." ujar Zuhail apabila Zarif mendekati ke katil isterinya.

Wajah Zarif terpancar riak kerisauan. 

"Kenapa Mika pegang selimut ni?" soal Zarif.

"Mika yang mintak tadi." jawab Puan Sri Sharifah.

"Lepas dapat peluk selimut tu barulah dia boleh lelapkan mata balik..." sambung Puan Sri Sharifah.

Zarif mengeluh perlahan. Dia mengusap perlahan kepala isterinya.

"Mika menangis ke tadi ma?"

Puan Sri Sharifah mengangguk perlahan. 

"Tadi doktor ada datang check Mika. Dia cakap juga yang esok petang Mika dah boleh discharge" ujar Puan Sri Sharifah.

"Bleeding Mika dah okay ke ma?" soal Zarif risau. Cepat sangat dah boleh discharge?

"Bleeding dah tak teruk. Bleeding sekarang sebab darah nifas sahaja. Kandungan Mika dah lebih 40 hari jadi nifas untuk wanita keguguran mungkin akan kekal ada dalam satu hingga tiga minggu." terang Puan Sri Sharifah.

"Kaki Mika tu pun terseliuh jer Zaf. Alhamdulillah tak teruk. Doktor suruh pakai cast tu dulu. Minggu depan datang untuk appointment kalau dah elok doktor cakap dah boleh buang cast tu."

Zarif menghela nafa lega. 

"Mama dah uruskan pakej berpantang Mika. Walaupun keguguran, Mika kena berpantang penuh jugak. Mama nak Mika betul betul sihat balik. Mama dah carikan confinement lady untuk datang bantu. Yang lain mama sendiri akan uruskan. Boleh Zaf?"

"Zaf okay sahaja kalau semua tu terbaik untuk isteri Zaf. Terima kasih ma." terharu dengan kesiap-siagaan Puan Sri Sharifah menguruskan Mikayla berpantang. 

"Tak ada masalah, Mika tu anak mama jugak." ujar Puan Sri Sharifah sambil menepuk nepuk perlahan bahu anak sulungnya itu. 

...............................................

Sudah seminggu Mikayla di rumah, dan dalam masa seminggu itulah Rumah Agam Tengku Zaid bagaikan tiada seri. Saban hari akan terdengar tangisan dan esakan halus dari dalam bilik yang dihuni Mikayla dan Tengku Zarif. 

Makan tidak mahu, bangun pun tidak mahu. Mikayla bagai kehilangan semangat hidup. 

Sepanjang seminggu itu bonda turut tinggal di rumah agam itu. Mahu menemani dan memberi kata-kata semangat buat Mikayla tapi memang tiada yang jalan. Hanya pelukan dari Zarif sahaja yang boleh menghentikan esak tangisnya. Itupun hanya kerana mata Mikayla dipagut kantuk apabila selesa dalam kehangatan dakapan suaminya.

Tengku Zarif pula cuba untuk kuat demi si isteri. Walaupun hatinya turut terpukul dengan apa yang menimpa, namun setitis air mata pun dia tak tunjukkan pada Mikayla. Dibungkus segala rawan di hati demi terlihat kuat oleh Mikayla.

Seminggu juga dia tak tinggalkan bilik. Menemani Mikayla sepanjang hari. Kerja kerja ditinggalkan seketika. Biarlah. Kondisi isterinya lebih penting tika ini. Mikayla tak boleh berseorangan. Mikayla amat perlukan kehadiran dia di sisi. Tengku Zaid juga tidak menghalang. Zuhail banyak ambil alih buat sementara waktu.

The Forced Fame [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora