Bab 4

2.7K 87 0
                                    

Bangunan Astana Group, Tingkat 7

Zarif duduk berpeluk tubuh di hujung meja panjang sambil mendengar perbentangan dari wakil pihak Astana Jewels. Beberapa wajah selebriti terpapar di layar dinding.

"We think, Kayla is the best suit to be our new model for upcoming new collection." Ulas pembentang tersebut sebelum menutup acara perbentangannya. Semua mata di dalam bilik meeting itu melirik ke arah Tengku Zarif.

Zarif menunduk melihat file proposal yang diserahkan kepadanya. 

"Memang dia je ke? Dia akan terima ke?" tanya Zarif pendek. Mata memandang ke arah wakil wakil yang ada di bilik itu.

"Dah 4 tahun kami cuba untuk ambil dia sebagai model tapi banyak kali ditolak kerana beberapa isu seperti pertembungan dengan jadual shooting produk lain. Tapi kalini kami dah check yang dia memang hampir tamat kontrak dengan company lain. So kami nak cepat cepat cuba dapatkan dia." Terang wanita berkot kuning itu panjang lebar.

Zarif angguk angguk perlahan. Dia memang tahu koleksi Delima Rubi yang terbaru yang bakal dikeluarkan Astana Jewels memang sesuai jika digayakan dan dimodelkan oleh Kayla. Tipulah kalau dia boleh mengatakan sebaliknya. Nama gadis itu pula memang selalu disebut oleh pihak Astana Jewels tetapi belum berkesempatan untuk bekerjasama.

"Then proceed untuk hantar proposal. Update me on the progress." Dia tiada halangan dengan proposal itu. 

"Then this meeting will be continued in future time" ujar Lilian kepada semua yang berada di bilik itu apabila melihat Tengku Zarif bangun dari kerusinya.

Di Restoran Fajar, 1 pagi

"Oii mangkuk ! Sombong sekarang." jerit Zuhail apabila kelibat Aniq kelihatan.

Aniq terkocoh kocoh berlari ke meja menempatkan 3 lelaki bermulut bising itu.

"Sorry lah busy sikit sekarang bros." Dia menghulurkan tangan berjabat dengan semua yang ada di meja.

"Lama ke kau shooting kalini?" tanya Isyraf kepada sepupunya.

"Banyak scene kalini. Aku kan watak utama." Kata Aniq sambil tersengih, sedikit berbangga.

"Amacam Mika dekat set?" tanya Zuhail

"Superb dia, aku nak bergurau macam biasa pun tak boleh bro." Kayla kalau dah dirasuk watak yang dilakonkan, memang komited habis. Dia yang datang nak berborak pun dihalau manager gadis itu. 

"Aku dengar Mika pegang watak heroin red flag, betul ke?" tanya Zuhail lagi.

"Haah, Mika excited gila dapat watak tu. Dia call aku dulu haritu tanya pasal drama tu sebab dia tahu aku dah terima job tu." balas Aniq.

"So kau dah sebulan lebih lah jumpa Mika hari hari sebab shooting kan?" tanya Isyraf.

"Hahaha, hari hari hampir 24 jam. Aku pergi Cameron Highland haritu 5 hari dengan dia shoot scene honeymoon." kata Aniq sambil tersengih. Dia memang teruja sebab dia dah lama nak berlakon bersama dengan Mikayla. Dulu mereka hanya dapat watak adik dan abang yang sangat sedikit scene mereka bersama. 

Wajah Mikayla yang awet muda menyebabkan Aniq dapat melakonkan watak lebih tua dari Mikayla. 

"Mantap siaa member." ujar Dayne

"Kau rasa Mika dah ada boyfriend ke?" tanya Dayne berseloroh. 

"Asal, kau nak mengorat?" tanya Isyraf.

"Uiii tak berani akuuuu. Sebelum aku putus nyawa baik jangan mula." Dia menjeling raut wajah Zuhail yang memandang tajam ke arahnya.

"Playboy macam kau Dayne memang aku terajang dulu kalau kau nak dekat dekat dengan Mika." ujar Zuhail mendatar.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now