Bab 35

2.9K 82 4
                                    

Hari itu Mikayla dan Puan Sri Sharifah pergi mengambil Zulfa di sekolah. Zulfa akan selesai menduduki paper terakhir SPM hari itu. Zulfa tak bersekolah di sekolah yang sama seperti Mikayla, Zarif dan Zuhail. Tengku Zaid menghantarnya ke sekolah international. Maklumlah anak bongsu, ditatang habis habisan.

Lagi beberapa minit lagi Zulfa akan keluar dari dewan peperiksaan. Kereta ibu bapa juga sudah banyak di depan pagar sekolah bagi menunggu anak masing masing tamat peperiksaan.

"Ma, nanti Mika nak bawak Fafa vacation boleh ke? Mika dah janji dengan Fafa sebelum exam haritu." 

"Pergi jer lah. Fafa mesti excited nak pergi jalan jalan dengan Mika. Mika nak pergi berdua jer ke?" 

"Plan sebenarnya memang nak pergi berdua..."

Puan Sri Sharifah sudah tergelak.

"Macamlah Zarif tu boleh lepaskan isteri dia pergi tanpa dia." seloroh Puan Sri Sharifah.

"Itulah, apa kata kalau mama ikut sekali. Kita pergi girl's trip." ajak Mikayla.

"Eh Mika ni, apa pulak ajak orang tua join trip orang muda." tergelak Puan Sri Sharifah mendengar ajakan Mikayla.

"Alaaa, nanti Zaf tak bagi Mika pergi berdua jer dengan Fafa."

"Bawak lah Zaf tu sekali. Jadi bodyguard. Bahaya jugak kalau kamu berdua. Tapi mama rasa, kalau Zaf pergi si Zuhail pun mesti nak ikut jugak." 

"Ahhhh taknak lah bawak Zuhail. Boleh stress Mika nanti." omel Mikayla.

"Hmm cakap pasal Zuhail, Zuhail sekarang selalu keluar lewat malam, Mika tahu ke dia pergi mana?" tanya Puan Sri Sharifah tiba-tiba.

"Ohh itu dia pergi main badminton dengan gang dia. Zuhail tu kan bukan boleh duduk diam. Kena keluarkan tenaga setiap hari. Kalau tak nanti dekat rumah dia asyik ajak Mika bergaduh."

Terlepas lagi ketawa Puan Sri Sharifah mendengar omelan Mikayla.

"Adoi itulah mama pun tak tahu tenaga anak bongsu lelaki mama tu dari mana. Tapi lewat sungguh dia balik sekarang. Mama risau takut dia buat kerja bukan bukan jer."

"Mama jangan risaulah. Zuhail tu tak bodoh sangat nak buat benda bukan bukan. Nanti Mika tanya lah dia apehal yang lewat balik sangat."

"Eh itu Fafa ma dah keluar!" ujar Mikayla apabila terlihat susuk tubuh Fafa sedang berlari lari ke arah keretanya. Sudah pastilah Zulfa cam kereta Honda Civic Hatchback miliknya. Dia sudah minta izin Zarif untuk keluar memandu kereta pagi tadi sebelum lelaki itu pergi pejabat. Membebel juga Zarif tapi cepat dia pujuk dan merayu. Dia mahu pergi menjemput Zulfa. 

"MIKAAA!! Mika datang ambil Fafa ke?" jerit Zulfa teruja.

"Assalamualaikum mama." ujar Zulfa sambil bersalaman dengan mamanya.

"Wah bestnya dua dua orang yang Fafa sayang ni datang ambil Fafa harini."

"Fa masuk dulu." ujar Mika sambil tersengih.

"Fa dah habis exam! Mika ingat tau janji Mika nak bawa Fafa vacation!" belum apa apa lagi Zulfa sudah mengungkit janji kakak iparnya itu. 

"Hahaha Ya Allah anak mama ni, exam baru jer habis beberapa minit yang lepas. Terus nak ungkit janji kakak ipar dia!" ujar Puan Sri Sharifah.

"Fafa dah tak sabar!" ceria sahaja suara Zulfa.

"Iye Mika ingat. By the way tahniah babygirl! Adik Mika ni dah habis sekolah! Happy tak?" tanya Mika sambil memandu tenang untuk pulang ke rumah.

"Mestilah best. Bosan dah sekolah." ujar Zulfa.

"Ada beberapa bulan sebelum result keluar ni bolehlah enjoy dulu tapi lepastu kena start focus belajar balik." ujar Puan Sri Sharifah.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now