Bab 44

2.5K 75 2
                                    

Dua hari kemudian berlangsungnya acara Malam Gala 30 Tahun Astana. Dia datang bersama Tengku Zarif dipandu oleh Rizal. Babah, Mama, dan Zulfa menaiki satu kereta yang dipandu Pak Karim manakala Zuhail pula ada tugas lain. Tugasan yang dipinta oleh Tengku Zarif.

Mereka berjalan beriringan di karpet merah. Tengku Zarif tak lepas dari memegang kejap tangan isterinya itu. Dia lihat sudah ramai yang hadir ke acara Malam Gala itu. Dia hanya tersenyum ringkas sahaja setiap kali ada yang datang menyapa dia dan suami.

Zuhail malam itu berpasangan dengan Yusra. Dia tadi perlu mengambil anak gadis Tan Sri Aziz itu untuk dibawa ke majlis tersebut atas permintaan abangnya. Dia tahu Tengku Zarif turut rasa serba salah untuk meminta bantuannya bagi memenuhi permintaan Tan Sri Aziz.

"You hensem sangat malam ni Zuhail." puji Yusra sambil tersenyum lebar.

"I memang hari hari hensem Yusra." balas Zuhail sambil turut tersenyum. Dia melangkah untuk masuk ke hotel setelah menyerahkan kunci kereta kepada vallet boy yang berada di lobi.

"I tak sangka you sudi terima permintaan daddy untuk jadi plus one I malam ni."

Zuhail pandang sekilas ke arah Yusra yang sedang tersenyum manis padanya.

"Oh, Zarif yang minta tolong dengan I. I kalau dengan abang I tu I sanggup jer tolong apa apa pun."

"Iyeke? Kalau macam tu I kena minta tolong abang Zarif untuk tackle you for me. Kalau abang Zarif suruh you kahwin dengan I, you sanggup tak?" tanya Yusra dengan mata penuh berharap.

"Haha, sorry tapi permintaan kahwin kahwin ni off limit. I tak suka kena paksa bab kahwin. Kalau I nak kahwin I akan cari pasangan I sendiri." ujar Zuhail pura pura ketawa.

"You janganlah cari jauh jauh Zuhail. Cari di sekeliling you jer." seloroh Yusra.

"Ya, I memang plan nak cari yang di sekeliling I sahaja. Orang yang I dah kenal hati budinya." yakin sekali suara itu berkata-kata.

"Untungnya, siapalah orang yang bertuah akan memiliki hati you tu yer." ujar Yusra bermanis mulut. Dia mengharapkan Zuhail akan memilih dia. Dia sanggup menunggu lelaki itu sehingga lelaki itu bersedia.

Zuhail hanya tersenyum tipis. Tidak membalas pujian wanita di sebelahnya itu.

"Oh, btw you join ke pergi Redang nanti? Zaf cakap you pergi ikut family you."

"Yes, I mestilah pergi. I dengar you yang organize trip ke Redang tu. I excited nak join event yang you lead. Mesti interesting kan, sebab you kalau buat apa apa mesti perfectionist!"

Zuhail hanya mengangguk perlahan.

............................................

Majlis dimulakan dengan menjemput Tengku Zaid untuk membuka ucapan alu-aluan buat semua para tetamu dan staf staf Astana serta anak anak syarikat Astana. Seterusnya acara perasmian sekaligus acara penutupan untuk Sambutan 30 Tahun Astana. Tengku Zarif turut naik ke pentas untuk memberikan ucapan penghargaan kepada semua yang sudah terlibat dalam menjayakan sambutan ulangtahun Astana. 

Setelah selesai semua acara formal, para tetamu dijemput untuk menjamu hidangan yang disediakan di meja masing masing dan turut disertakan dengan pelbagai hidangan buffet di bahagian kiri dan kanan dewan. Aktiviti makan makan itu diiringi dengan persembahan instrumental dari para pemain muzik yang dijemput khas.

"Sayang, abang pergi ambilkan dessert untuk sayang kejap yer, sayang tunggu sini." ujar Zarif seraya melangkah meninggalkan Mikayla. Dia nampak laju sahaja cupcakes yang diambil tadi licin dari pinggan. 

Tengku Liyana dari tadi sakit hati memerhatikan pasangan itu mula melangkah mendekati meja di mana Mikayla sedang duduk bersendirian sambil mengunyah potongan epal hijau. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now