Bab 51

2.2K 89 3
                                    

Rumah Agam Tengku Zaid

Pagi itu Mikayla turun menemani Tengku Zarif bersarapan. Mahu paksa suaminya makan. Sejak kena alahan, Zarif makan sedikit sahaja pada waktu pagi padahal sebelum ni, sarapan pagilah suaminya paling tak akan skip. Selesai bersarapan, Mikayla berjalan beriringan ke pintu utama sambil memaut lengan suaminya erat. 

Zarif memakai kasut dan setelah selesai dia kembali merapati si isteri. Dahi Mikayla dikucup kasih.

"Bye sayang, see you kejap lagi. Sayang pergilah naik sambung tidur. Kesian isteri abang ni mengantuk yer." ujar Zarif lembut. Dia tak ada pun suruh Mikayla temankan dia sarapan. Mikayla yang mahu menemani. 

"Urm..."

"Go, tidur baby. Abang dah nak pergi office dah ni." arahnya lembut. Tubuh Mikayla ditolak perlahan untuk masuk ke dalam rumah.

"Love you so much sayang and our baby bikai!"

"Baby Bikai?"

Tengku Zarif tergelak.

"Nicknama anak kita, sebab suka sangat makan tembikai sejuk malam malam."

Mikayla juga turut tergelak. "Baby Bikai..." Dia kemudian mengusap bahagian bawah perutnya perlahan lahan. Anak yang sangat baik dan tak macam ragam setakat 8 minggu ini.

Mikayla kemudiannya naik ke bilik lalu dia menyambung tidur. Memang dia mengantuk. Lebih kurang pukul 11 pagi barulah dia terjaga. Dia termenung seketika di atas katil lalu kemudiannya apabila merasa celik sepenuhnya, dia melangkah masuk ke bilik air untuk mandi.

Selesai mandi, Mikayla ke bilik Zulfa, mahu mengajak Zulfa turun ke bawah. Mereka nak belajar masak masak dengan mama dan pembantu rumah hari itu. Menu kampung!

Selesai makan tengahari, Mikayla naik ke bilik untuk solat Zohor. Belum sempat dia masuk ke bilik air dia terdengar bunyi nada dering menunjukkan ada panggilan masuk. Dia bergerak ke arah telefon yang dia tinggalkan di atas katil tadi.

Nombor yang tak dikenali.

Dahi Mikayla berkerut melihat nombor telefon yang tak dikenali tertera di skrin itu. Perlu ke dia jawab?

"Hello Assalamualaikum."

"Hello, Puan Mikayla..." ada satu suara halus dengan esakan kedengaran dari hujung panggilan.

Mikayla kerut kening.

"Siapa ni yer?"

"Puan tolong saya puan... saya Dian, pembantu arwah Cik Ailin dulu." pilu bunyi suara itu.

"Dian?" terkejut dia apabila mengetahui gerangan yang menelefon.

"Awak kenapa Dian?" soal Mikayla pelik.

"Tengku Liyana... Tengku Liyana pukul saya puan..." makin kuat esakan dari gadis itu.

Tergamam Mikayla mendengarnya. Tengku Liyana? Apa lagi perempuan itu dah buat.

"Ya Allah! Dian awak okay tak? Awak dekat mana sekarang ni?"

"Saya lari dari kurungan dia. Puan tolong, dia nak suruh saya buat benda tak elok dekat puan, saya tak nak puan..."

"Dian! Dian awak dekat mana?!" makin risau Mikayla apabila mendengar suara gadis itu sudah tersedu sedu. Dia kenal sangat Tengku Liyana. Mesti teruk perempuan itu buat sesuatu pada Dian.

"Puan, puan jangan bagitahu suami puan yang saya call. Jangan bagitahu polis jugak pasal saya. Saya takut nanti saya kena bunuh dengan Tengku Liyana!" makin kuat ngongoian Dian ketika itu.

Mikayla merengus perlahan. Boleh ke dia sembunyikan hal ni dari Zarif? Dia terdiam seketika.

"Puan... tolonglah puan. Jangan bagitahu sesiapa."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now