Bab 11

2.4K 80 2
                                    

"Ya Allah Mikayla!"

Puan Sri Sharifah sudah mendepakan kedua belah tangannya di pintu besar rumah itu.

"Aunty..." Zulfa melepaskan pegangannya bagi membiarkan Mikayla melangkah ke arah wanita itu.

Pelukan kemas antara keduanya.

"Mika dah lupakan aunty ke sayang. Lama Mika tak datang jenguk aunty dengan uncle. Sayang aunty ni okay ke tak?" belakang kepala Mikayla diusap sayang. 

"Mika minta maaf aunty. Mika malu aunty. Mika malu nak datang jumpa aunty." tangan wanita itu diraih sebelum ciuman bertalu talu dilepaskan ditangan itu.

"Ya Allah. Mika nak malu apa dengan aunty, sayang. Dari kecil aunty jaga Mika. Mika ingat aunty percaya ke dengan cerita cerita orang luar."

"Ma, udah udahlah tu berdrama depan pintu. Zuhail nak masuk ni. Tak mandi dari semalam lagi ni." tegur Zuhail menghentikan sesi berpelukan Mikayla dan mamanya.

Zulfa menyepak keras betis abangnya dari belakang.

"Pengacau" bidasnya.

"Eh Fafa ni dah lama hidup gayanya." Zuhail sudah mula mengacah untuk mengejar Zulfa tapi Zulfa laju menyelusup masuk diantara mamanya dan Mikayla. Minta perlindungan.

"Haip haip, kau jangan nak kacau baby Fafa aku. Kau pergi mandi sekarang. Bau bangkai!" kutuk Mikayla.

Mama hanya gelak melihatkan anak anaknya itu.

Rindu melihat keadaan ini dihadapan mata. Sepatutnya ada seorang lagi yang turut serta. Tapi biarlah dulu fikirnya. 

"Aku ni punya baik teman kau dari malam sampai ke sekarang dekat hospital. Dasar tak kenang budi." kepala Mikayla ditonyoh geram.

"Mengungkit monyet ni." 

"Dah dah, Zuhail pergi naik mandi sekarang. Mika, Fafa, jom ikut mama." Puan Sri Sharifah sudah merangkul pinggang kedua dua gadis itu.

................................

Mika berbaring di katil di bilik tamu yang disediakan Puan Sri Sharifah. Penat sudah dia harini bergaduh dengan monyet monyet kesayangannya.

Ketiga tiga mereka lelah dan mula beransur ke kamar masing masing.

Petang ini mereka mengajak dia berenang di swimming pool. 

Memang kepala hangguk sungguh idea Zuhail. Dia sudahlah tidak membawa apa apa baju. Mujur saja Zulfa memang suka memakai baju baju oversize. Dapatlah dia meminjam baju dari Zulfa. Saiz badan mereka juga lebih kurang kerana Zulfa memang agak tinggi. Genetik Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah. 

Ketiga betiga beradik itu memang tinggi. Cuma sekarang dia tinggi sedikit sahaja dari Zulfa. 160cm. Zulfa pula sudah 159cm.  Tak mustahil bakal menyaingi ketinggiannya nanti. Mujur juga, kalau tidak memang dia terpaksa pakai jubah dan abaya milik Puan Sri Sharifah. Mahu kena bahan dia kalau perkara itu terjadi.

Dia termenung sendirian di bilik tamu. Hilang berat di kepala apabila dia bertemu dengan keluarga keduanya. Dulu dia bahagia dan bangga dapat memanggil mereka sekeluarga sebagai keluarga keduanya. Mereka sudah ada disisi dia sejak kecil. Tengku Zulfa sendiri dia telah jumpa sejak dari gadis itu di dalam kandungan Puan Sri Sharifah.

Dia tidak lupa melompat kegembiraan bila mendapat tahu Puan Sri Sharifah mengandung lagi. Penat asyik dibuli Zarif dan Zuhail, dia asyik meminta adik baru dari Puan Sri Sharifah. Nak minta pada bonda mungkin dia yang akan dipetir. Alhamdulillah ketika umurnya 9 tahun, doanya berhasil. Lahirlah Tengku Zulfa kedunia. Kesayangannya. 

"Mika tak akan burukkan nama keluarga abang Zarif. Mika nak tumpang sedikit sahaja kebahagian keluarga ni di saat Mika masih diperlukan." Kalau nanti semua menolak dia, dia sendiri yang akan melangkah pergi, fikirnya.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now