Bab 8

2.5K 78 0
                                    

"Babygirl, long time no see. Miss me?" Firash menyapa gadis itu yang sedang duduk di meja.

Kayla mencebik.

Menyampah.

Tak sangka Firash yang akan menjadi watak utama untuk drama Khilaf itu. Dijeling ke satu sudut dan kelihatan Putri Ailin bersama dengan pembantunya.

Entah apa apa dua manusia ini. Sayang sangat dekat dia agaknya sampai tak boleh nak menjauh.

Sudahlah drama sebelum ni dia dah berlakon dengan Ailin. Baru sahaja habis tayangan drama itu. Alih alih kena tengok muka dia balik.

"I tak sabar nak tengok you acting as Isabella. Rawr sikit I tengok scene kita." ujar Firash lagi. Dia menarik kerusinya rapat ke sisi Kayla.

Si bodoh ni kalau dapat diterajang, syurga dunia untuk dia, fikir Kayla.

"Rawr tak rawr, kau kalau berlakon kayu macam kayu cengal, baik tarik diri jer lah." ujar Kayla datar.

"I rindu ayat sinis you Kayla. Bunyinya indah di telinga I." bisik Firash di telinga. 

"Garang garang ni I gewramm." dia kenyit mata.

"I kalau bole-----ahhhhhhhh. Aduhhh!" mukanya memerah. Suara diperlahankan apabila dirasakan orang di ruangan itu memandang ke arah mereka.

Mikayla sudah tersengih. Dia buat muka selamba.

Tumit tajam yang tadi menekan kuat kaki lelaki itu dialihkan perlahan. 

Dia teguk air starbucks di tangan perlahan lahan. 

Nasiblah kena hadap lelaki ini lagi mungkin lagi 3 bulan. Sekarang dah September. Tahun 2023 sudah hampir ke penghujung. Hujung tahun seperti biasa industri hiburan pasti akan sibuk dengan pelbagai jenis majlis penganugerahan. Dia sudah jemu dengan itu semua. Tapi jika namanya tercalon dan fans fans mengundi dia, dia memang akan hadiri semua itu untuk membalas sokongan mereka. Tanpa peminat siapalah dia. 

.....................................

Kayla sedang dirias muka ketika Ailin, Dian dan team makeup artis masuk ke bilik hotel itu. Ailin menyapa semua yang ada di bilik itu dengan ceria.  Dian di sisi juga memberi senyum hormat kepadanya. Kayla hanya membalas dengan senyuman tipis. Mereka berkongsi bilik untuk make up dan styling bagi scene seterusnya bersama sama seorang pelakon lagi. Itu bukan kali pertama begitu. 

Kayla dari tadi memerhatikan Ailin yang sedang menggayakan baju. Matanya memicing cuba mencari sesuatu di tubuh gadis itu. Maklumat yang dia tahu dia perlu pastikan dengan bukti yang kukuh.

Waktu shooting drama Mimpi yang Tak Terungkap dulu lagi dia sudah ada rasa tidak enak dengan gadis itu. Ada sesuatu tentang Ailin yang buat dia mula rasa curiga. Dia ada sesuatu yang ingin ditanya kepada Ailin. Tapi sebelum itu dia perlu pastikan apa yang diketahuinya itu benar. Tak mahu terus terjah.

Sedang memerhati, tiba tiba Ailin yang sedang menaikkan kaki kirinya ke atas untuk memakai legging warna kulit ketat menyebabkan skirt paras lututnya tersingkap ke atas. 

"Gotcha!" getus Kayla di dalam hati.

Dia akhirnya nampak parut di belakang paha gadis itu. Itu parut yang dia kenal. Maksudnya Ailin adalah orang yang pernah dikenalinya dahulu. Betullah seperti yang disampaikan kepadanya, Ailin telah membuat pembedahan plastik. Hasil dari wang yang diperoleh daripada bondanya sembilan tahun yang lalu. 

"What the hell is happening? Patutlah Ailin dari awal memang agak pelik. Jarang pelakon baru berani untuk menegur dan mengajak dia berbual. Tapi gadis itu memulakan perbualan seperti mereka sudah kenal lama. Malah dia turut merasa ada unsur sindiran di setiap ayat yang keluar dari mulut Ailin." Kayla bermonolog sendirian. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now