Bab 24

2.8K 91 2
                                    

Harini seharian Zarif agak sibuk di pejabat. Dia sibuk dengan meeting bersama para pekerja untuk memantau progress porposal sambutan 30 tahun Astana Group yang akan berlangsung 2 bulan dari sekarang. Zuhail tidak dapat datang hari itu ke pejabat kerana dia ada perbentangan di universiti. 

Adiknya itu menyerahkan kepadanya untuk memantau buat masa sekarang. Dia pun memahami jadual kesibukan Zuhail. Zuhail sudah di semester akhir untuk fast-track PhD. Memang sibuk sungguh adiknya itu sejak akhir akhir ini. 

Dia memandang sekilas telefon di meja. Dia juga belum sempat menghubungi Mika lagi. Dia rasa dia mahu menyinggah ke rumah Mika sebelum pulang ke rumah nanti. Mungkin senang berbual secara face to face dengan tunangnya itu.

Ah tunang! Dia tersenyum bahagia teringatkan status yang dipegang. Dia sudah bertunang dengan Mikayla, gadis kesayangannya dari zaman sekolah. 2 bulan lagi mereka bakal melangsungkan pernikahan seperti yang dibincangkan mamanya dan bonda Mikayla. 

Selepas dia tahu tentang cerita sebenar barulah dia terhegeh hegeh menarik mamanya untuk bertanya tentang keputusan Mikayla. Berkali kali dia bertanya meminta kepastian dari mamanya.

"Betul ke ma Mika sudi terima Zaf?"

"Ya Allah budak bertuah ni. Iyelah!" Puan Sri Sharifah sudah mula pening kepala dengan perangai anak sulungnya itu.

"Serious ni ma? Mika cakap apa? Dia cakap macam mana waktu dia setuju tu?" tanya Zarif sambil menggoyangkan tangan mamanya kalah kanak kanak yang inginkan sesuatu.

"Eh Zaf ni eee peninglah mama macam ni." keluh Puan Sri Sharifah.

"Mama sebenarnya dah tanya Mika pasal ni masa dia duduk rumah lagi." Puan Sri Sharifah mula bercerita. 

Zarif sudah melopong. Tidak sangka pantas sungguh mamanya bertindak.

"Maksudnya yang mama cakap mama nak tolong Zaf haritu tu ke?" tanya dia.

"Iyelah kan mama cakap mama nak tolong Zaf. So, lepas mama cakap dengan Zaf haritu mama terus cakap dengan Mika. Masa itulah Mika minta masa dengan mama untuk fikir dulu. Tapi mama dah pujuk siap siaplah untuk Zaf"

Zarif sudah bertepuk tangan. Ditepuk tepuk tangan mamanya.

"Ish!" Puan Sri Sharifah sudah melarikan tangannya.

"Mantaplah mama! So lepastu bila yang Mika cakap dia setuju? Waktu family kita pergi rumah dia tu ke? Macam mana boleh tunang pulak?" bertubi tubi soalan dari Zarif.

"Tak, Mika dah setuju awal awal sebelum family kita pergi rumah dia lagi. Sebabtu mama plan nak pergi merisik tu. Sengaja mama nak ikut adat walaupun sebenarnya Mika dah call mama cakap yang dia setuju. Mika taknak mama bagitahu kamu lagi. Itu yang mama ajak kamu pergi sekali. Mungkin Mika nak cakap sendiri. Lepastu tiba tiba Kak Mar bagitahu tak payah buat merisik. Terus tunang. 2 hari jer settle persiapan tunang tu." panjang lebar Puan Sri Sharifah bercerita.

"Maaaa. Kalau Zaf tahu Zaf pergi sekali! Manalah Zaf tahu Mika dah setuju. Zaf ingatkan baru nak tanya. Punyalah Zaf takut Mika tak terima." keluh Zarif.

"Haa, itulah, ego. Mana nak nampak dah apa yang Mika rasa. Main agak jer. Suka nak judge Mika macam macam. Lepastu berlagak taknak pergi. Kemain cakap akan terima jer segala keputusan lepastu tahu pulak nak merajuk sampai seminggu." Puan Sri Sharifah sudah menyindir anaknya itu.

"Aduh, rugi Zaf tak tengok mama sarung cincin dekat Mika secara live. Zaf dah terlepas moment tu......"

"Padan muka. Actually, bagus jugak Fafa dengan Zuhail prank kamu. Baru kamu tahu. Jangan duk fikir buruk jer yang Mika tu akan tolak. Suka fikir yang negatif. Belum tanya lagi dah pasrah. Tak ada usaha nak faham perasaan Mika." bebel Puan Sri Sharifah.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now