Bab 10

2.5K 85 0
                                    

Zuhail sudah risau. Mikayla tidak mengangkat telefon dan apabila tiba di rumah Mikayla dia nampak Idham di pintu turut menggelengkan kepala tanda Mikayla tidak menyahut.

Dia ada seminar 2 minggu di Bangkok. Dia baca apa yang terjadi di Malaysia tapi dia tidak dapat pulang segera. Setelah tamat acara wajib dalam seminar itu petang tadi, Zuhail terus mengambil penerbangan terawal untuk pulang ke Malaysia. Fafa turut setia mengupdate kepadanya tentang apa yang berlaku. Fafa mengadu yang dia tidak dapat bertemu Mikayla. Malah turut diceritakan kepadanya tentang amaran Zarif tempoh hari.

Zuhail sudah terduduk di kali lima aras itu. Rambut di sebak kasar.

"Aku tau passcord pintu Mika tapi patut ke kita ceroboh macam tu jer?" tanya Idham gusar.

"BODOH! Bukaklah cepat. Kita tak tahu apa yang jadi dekat dalam tu!" tempelak Zuhail. Bahu Idham ditumbuknya.

9-8-7-1-2-3

Zuhail tercengang melihat nombor passcord yang ditekan Idham.

*Klak

Pintu dibuka.

"Macam itu jer passwordnya?" Tak sempat dia befikir, kaki dihayun laju mencari susuk tubuh Mikayla. Ruang tamu dan dapur kelihatan kemas. 

Kaki kedua dua jejaka berhenti di pintu bilik yang tertutup.

"Mika, aku dengan Idham dekat luar ni."

Pintu diketuk perlahan.

"Aku cuma nak check kau okay ke tak jer."

Pintu diketuk sekali lagi.

"Mika, aku masuk tau. Aku minta maaf awal awal."

Tombol pintu dipulas apabil tiada sahutan kedengaran. 

Bilik gelap dengan kedinginan yang mencengkam.

"Mika?" panggil Zuhail. Idham ikut dari belakang.

Dia ternampak tubuh Mika di katil. Ditutupi comforter tebal bercorak bunga rose berlatarkan putih. 

"Mika!" laju dia mendekati tubuh itu.

Tubuh Mikayla dikejut kasar. Lampu Idham buka selepas diarahkan Zuhail.

"Hey Mika." Zuhail tepuk kuat pipi Mika tapi tiada tanda Mika akan tersedar.

"Weh kau call Dr Salwa sekarang!" memetir suara Zuhail apabila dilihatnya Mika yang tidak sedarkan diri.

Laju Idham mendail nombor Dr Salwa.

Zuhail mencempung tubuh Mikayla. Kaki melangkah laju ke pintu. Idham mengekori dari belakang. Pintu rumah ditutup.

............................

"Mika shut down."

"Pardon?" Zuhail tidak memahami ayat pendek yang dilontarkan Dr Salwa tadi.

"Mika tidur. Dengan erti kata lain, dia tidur mati. Tidur tanpa mahu bangun. Hypersomnia. Excessive sleeping." Terang Dr Salwa satu persatu.

"Ini biasa bagi pesakit yang mengalami depresi. Kebiasaannya ramai pesakit depresi mengalami kesukaran untuk tidur. Insomnia. Tapi untuk kes Mikayla, she has hypersomnia."

Zuhail mengangguk faham.

"You shouldn't be too worried Tengku Zuhail. I akan pantau keadaan Mika dari semasa ke semasa. We should let her sleep first."

"Bonda Mika tahu tentang ni?" tanya Dr Salwa.

Tengku Zuhail angkat muka. Dia menggelengkan kepala. 

"I baru sampai Malaysia beberapa jam yang lalu Doc. I tak tau full story yet."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now