Bab 45

2.5K 87 5
                                    

Perjalanan dari TTDI ke Pulau Redang mengambil masa 90 minit. Sepanjang di dalam feri itu memang dia tak lepas dari berkepit dengan Zarif sahaja. Mana mungkin dia akan tinggalkan suaminya dengan kehadiran Liyana and the gang. Tengku Zulfa dan Tengku Zuhail juga tetap setia berada berdekatan.

"Kayla, you memang dah tak nak kerja ke? Dah lama tak nampak you dekat tv. Social media pun you tak update." soal Aina Yusra yang sedari tadi duduk diam bersebelahan dengan Tengku Zuhail. Dia agak cemburu melihat Tengku Zuhail asyik mengusik dan bertekak dengan Mikayla padahal Mikayla itu sudah berkahwin dengan abang lelaki itu. Dia yang berada disisi lelaki itu dari tadi hanya dilayan acuh tidak acuh sahaja.

Mikayla angkat muka. 

"I tengah rehat dulu sekarang. Belum rasa nak kerja. Selama ni I dah kerja lama sangat dah. Lepas kahwin ni nak rehat rehat jer dengan keluarga." ujar Mikayla seraya tersenyum.

"Ohhh, you ada plan nak mengandung dulu ke sebelum start kerja balik? Iyalah kan nak melahirkan pewaris baru untuk Astana." sambung Aina Yusra. Reaksinya biasa sahaja.

Tengku Zuhail angkat muka apabila mendengar kata-kata itu.

Mikayla kerut kening mendengar ayat yang dituturkan Aina Yusra itu. Perempuan itu kenapa? Bunyi macam nak mencari gaduh dengan dia sahaja? Atau dia salah sangka dengan nada suara itu? Matanya dikerling secara rahsia ke arah Zuhail.

"Yusra, kenapa you sibuk hal isteri I ni? Biarlah isteri I nak kerja ke, nak stop kerja ke nak mengandung ke apa pun." ujar Zarif yang sudah mula rasa tak senang dengan anak tunggal Tan Sri Aziz itu. Dari tadi sibuk menempel bersama keluarganya.

"Eh sorry lah abang Zarif, I just curious jer tak bermaksudkan apa apa pun. Iyelah Kayla kan best lah lepas kahwin dengan abang Zarif dia dah tak payah penat penat dah nak kerja kan? Orang lain semua kena kerja keras. I ni pun still usaha habiskan my PhD. I jenis tak suka goyang kaki sangat dekat rumah. Otak I ni kena selalu guna, takut berkarat lama lama kan Zuhail? Penat kan nak habiskan PhD ni!" keluh Aina Yusra.

Mikayla makin berkerut. Adakah dia perlu terasa dengan ayat itu? 

"Ohh you are wrong Yusra, PhD tu celah gigi I jer. I lagi suka karatkan otak I, goyang goyang kaki sikit apadehal kan Fa! Otak kalau guna selalu sangat boleh jammed jugak, kang otak rosak nanti jadi tak boleh nak fikir waktu bercakap tu ayat keluar dari mulut elok ke tak dekat pendengaran orang, macam sesetengah manusia tu." perli Zuhail halus.

Zulfa sudah terkebil kebil. Ni apa jenis perbualan ni. Sana perli sini, sini perli sana.

Aina Yusra ketap gigi. Niatnya nak merendahkan Mikayla tak berjaya. Ramai sangat yang membela perempuan itu. Dia jadi risau. Zuhail tu masih sukakan Mikayla ke? Dari dulu lagi dia asyik merasakan Mikayla adalah saingannya untuk merebut Zuhail gara gara Zuhail yang selalu ada di sisi perempuan itu. Ingatkan lepas Mikayla dan Tengku Zarif berkahwin Zuhail akan mula renggang dari Mikayla.

.....................................................

Laguna Redang Island Resort

Untuk 3 hari 2 malam company retreat itu, pihak Astana menempah keseluruhan Laguna Redang Island Resort untuk keselesaan semua staf dan para tetamu VIP dari golongan BOD. Setibanya mereka di jeti berdekatan dengan resort tersebut mereka semua disambut meriah oleh staf staf Laguna. 

Tiada apa apa acara untuk pagi itu tapi petang nanti akan ada aktiviti sukaneka bersama semua yang menghadiri company retreat ini. Setiap aktiviti ketika di Redang ini telah disusun baik baik oleh ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Tengku Zuhail bagi menjayakan company retreat tersebut.

Setelah pembahagian kunci oleh PIC yang bertugas, masing masing berpisah membawa haluan ke bilik masing masing. Tengku Zaid, Puan Sri Sharifah dan Tengku Zulfa di dalam satu bilik, Mikayla dan Zarif satu bilik manakala Tengku Zuhail pula turut punya satu bilik. Tengku Zuhail mahukan bilik berseorangan tanpa diganggu Zulfa.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now