Bab 36

3.1K 95 10
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1

Zarif menarik tangan Mikayla yang dilihatnya dari tadi sedikit gelisah. Satu lagi tangannya sedang menolak troli luggage milik mereka berdua. 

"Sayang cari apa?" tanya Zarif.

Mikayla kemam bibir. Dia sebenarnya mencari Zulfa. Semalam mereka terpisah apabila Zarif mengajak dia bermalam di Hotel Sama Sama. Zulfa pula tidur di rumah dan akan bertolak awal pagi dihantar oleh Pak Karim ke KLIA.

"Flight lagi 3 jam kan abang?"

"Haah, jomlah kita drop luggage dulu." ujar Zarif sambil menolak troli ke kaunter drop luggage MAS Airlines. Mikayla membuntuti langkah Zarif sambil matanya meliar mencari Zulfa.

Selesai urusan mereka, Zarif mengajak Mikayla mengisi perut di Old Town White Coffee. Sedang mereka berjalan beringin sambil berpegangan tangan tiba tiba Mikayla terkaku. Zarif juga turut menghentikan langkah. 

Terbuntang mata Mikayla melihat susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu. Dikerling Zarif disisi. Dia sudah takut. Takut kena marah dengan Zarif.

Zulfa di hujung arah sedang  mengemam bibir. Dia sudah membuat muka kesian. Takut dimarah Mikayla. Zuhail di sebelah pula hanya tersengih siap mengangkat dua jari 'peace'. Bangga dapat mengacau rancangan Zulfa dan Mikayla.

Membulat mata Mikayla melihatkan muka Zuhail yang sungguh menyakitkan hati ketika itu. Mikayla tak faham kenapa Zuhail boleh ada sama. Dia hanya plan dengan Zulfa. Tiada langsung niat untuk mengajak Zuhail. 

"Sayang? Explain." serius suara Zarif. 

Mikayla telan liur. 

Mereka berempat kini sedang duduk menghadap di Old Town White Coffee dengan Mikayla di sebelah Zarif dan Zulfa serta Zuhail di depan mereka berdua. Zuhail duduk bersandar tenang sambil meneguk minuman di tangan. Zulfa pula nampak takut takut di sebelahnya.

"Jadi, Mika memang plan dengan Zulfa tanpa bagitahu abang and now si Zuhail ni pula datang tanpa diundang." Soal Zarif tanpa senyum setelah mendengar cerita isterinya.

Mikayla mengangguk. Dia takut nak memandang Zarif sekarang.

"So kau dah beli tiket ke?" tanya Zarif ke arah Zuhail pula.

"Dah, aku dah check in dengan Fafa tadi." 

Zarif mendengus geram. 

Zulfa sebenarnya terkantoi dengan Zuhail apabila abangnya itu nampak dia sedang mengemas barang petang sehari sebelum dia akan ke Bali. Terus sahaja dia disoal siasat. Selepas terkantoi Zuhail turut menempah tiket kapal terbang. Mahu ikut serta. Alasan yang diberi adalah dia taknak Zulfa mengacau Zarif dengan Mikayla. Nanti Zulfa boleh tidur sebilik dengan dia.

"Kau jangan risaulah bro, aku takkan kacaulah honeymoon kau dengan Mika. Aku datang just nak jaga princess ni haaa. Aku pun teringin nak jalan jalan Bali jugak." ujar Zuhail sambil menuding ke arah Zulfa.

Mikayla menjeling tajam ke arah Zuhail. Cepat cepat dipaut tangan suaminya.

"Abang, Mika mintak maaf. Mika nak ajak Fafa sebab Mika dah janji dengan Fafa. Cuti abang pulak sekejap jer jadi nanti dah tak ada masa." ujar Mikayla sambil memegang erat tangan Zarif. Zarif hanya diam. Dia biarkan sahaja tangannya kirinya digenggam isterinya. 

Zuhail sudah tergelak dalam hati memandang wajah Mikayla saat itu. Tahu juga Mika takut dengan Zarif tapi berani buat plan nak ajak Zulfa senyap senyap.

"Abang nak bawa Mika pergi honeymoon and you decide to bring Fafa also. How am I not angry. You didn't even discuss this with me first. Buat keputusan sesuka hati jer!"

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now