Bab 53

2.1K 85 14
                                    

Idham berlari pantas menuju ke dalam kafe apabila terdengar bunyi berdesing dari earpiece yang dipakainya.

"SIAL!" carutnya apabila kelibat Mikayla dan Dian tiada di mana mana dalam kafe tersebut. Hanya ada beg tangan milik Mikayla di kerusi tempat mereka berdua duduk tadi.

Idham mengutip earpiece milik Mikayla yang sudah hancur dipijak di lantai.

Zarif dan Zuhail muncul beberapa saat selepas itu.

"MANA MIKA?!" pekik Zarif. Bahu Idham dicengkam kuat.

Idham menunjukkan earpiece yang telah hancur itu kepada Tengku Zarif.

"BODOH!"

"Kau cakap kau boleh protect Mika!!!!" amuk Tengku Zarif.

Beberapa orang pelanggan yang berada di kafe itu memandang ke arah mereka.

"Bro sabar!" halang Tengku Zuhail.

Tengku Zarif mendengus sebal, dia kemudiaannya bergerak laju ke arah seorang pekerja.

"Kau ada nampak tak dua perempuan yang duduk dekat sana?" soal Tengku Zarif sambil menuding ke arah meja yang diduduki Mikayla dan Dian tadi.

Pekerja itu mengangguk.

"Tadi ada akak yang pakai mask tu pengsan. Adik dia bagitahu kakak dia tu memang ada darah rendah sejak sejak pregnant jadi adik dia nak cepat cepat bawa kakak dia pergi hospital. Dia minta nak guna pintu keluar masuk pekerja dekat kafe ni. Mereka ikut jalan belakang kafe. Sebab belakang ni dah terus ada jalan pintas nak keluar dari shopping mall ni." jawab pekerja itu tanpa rasa sangsi. 

"BANGSAT!" bentak Zarif kuat hingga menyebabkan pekerja tadi tersentak.

Zuhail dan Idham yang mendengar sudah meraup muka. Mereka terleka! Tak tahu ada pintu belakang di kafe itu.

Idham kemudiannya meminta untuk melihat CCTV. Pada mulanya pekerja di situ keberatan untuk memberi keizinan tetapi apabila diterangkan yang kejadian itu adalah kejadian culik barulah mereka bersetuju.

Dari rakaman CCTV mereka nampak Dian yang tiba-tiba cemas bangun berdiri lalu bergerak mendekati Mikayla. Dian mengeluarkan picagari lalu menyuntik leher Mikayla. Idham nampak Dian menyelak rambut Mikayla lalu earpiece ditelinga wanita itu di tarik dan dicampak ke lantai. Dian dilihat memapah Mikayla sambil bercakap seketika dengan pekerja kafe itu sebelum menghilang di sebalik kawasan pekerja kafe.

Idham mencapai telefon lalu menekan satu nombor.

"Hello, macam mana intipan korang?"

"Hah? Tengku Liyana baru keluar rumah?"

"Korang dekat mana sekarang?"

"What???!!"

Tengku Zarif dan Tengku Zuhail berpaling melihat Idham apabila mendengar lelaki itu menjerit kuat.

"Korang balik markas dulu sekarang. Biar aku settle. Kau inform Black, minta selidik everything pasal Dian, pembantu pelakon Putri Ailin yang mati kena bunuh tu. Aku nak ASAP!" arah Idham sebelum panggilan dimatikan.

"Kenapa Id?" soal Tengku Zuhail

"Fuck! Aku rasa Dian tipu Kayla! Anak buah aku dari dua hari lepas perhatikan gerak geri Tengku Liyana. Baru tadi Tengku Liyana keluar rumah. Semalam perempuan tu balik lewat pergi clubbing. Aku rasa Tengku Liyana macam tak ada kaitan langsung! Dian hanya gunakan Tengku Liyana. Anak anak buah aku cakap Tengku Liyana keluar pergi Bukit Bintang harini untuk shopping!"

"Sial! Dian ke yang nak culik Mika?" soal Tengku Zarif. Mukanya usah dikata. Risau yang teramat.

"Kau cakap memang ada orang orang Liyana yang berjaga-jaga dekat flat Dian? Kenapa tiba-tiba kau cakap Liyana tak ada kaitan pulak ni!" soal Zuhail.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now