Bab 15

2.4K 80 0
                                    

Mikayla terpisat pisat bangun. Dia menggosok gosok perlahan matanya. Dalam keadaan mamai dia perhatikan keadaan sekeliling. Dia masih di dalam kereta rupanya. Penghadang matahari ditarik ke bawah. Dia ingin memeriksa keadaan wajahnya ketika itu. 

Sembab dan mata yang sedikit bengkak. 

Dia mengeluh perlahan teringatkan betapa teruk dia menangis sendirian di dalam kereta semalam. Dibuang pandang ke kuburan di sebelah kanannya. Sayu dia rasakan saat itu.

Pagi pagi buta tadi dia bagai orang sasau membawa kereta dalam keadaan mata yang basah dengan tangisan. Kuburan itu memang lokasi yang ingin dituju. Itu kali pertama dia disitu. Dia pejamkan mata, kepalanya sedikit berat.

Dia tidur hanya 3 jam itupun di dalam kereta. Dia tidur pun gara gara penat menangis. Seluar jean yang dipakai sudah banyak kawasan yang kotor dengan kesan tanah. Nasib baiklah tidak hujan.

Phone diambil di sebelah seat pemandu. Baterinya sudah habis semalam. Ditarik charger yang bersambung untuk mengecas telefon. Telefon dicas tanpa dihidupkan.

Dia mengeluh seketika sebelum menyambung perjalanan. Lagu di playlist yang disimpan dalam sd card di kereta ditekan. Dia perlu dengar lagu bervibe ceria pagi itu. Semangatnya perlu dipulihkan. 

Dipandang kuburan seketika sebelum dia mengeluh.

Selepas membaca bismillah, handbrake diturunkan dan dia mula memandu untuk pulang ke rumah.

"Aku balik dulu, Daus Hakimi." bisiknya perlahan.

.............................................

Wartawan sudah mula memenuhi perkarangan banglo itu. Inspektor Haris mengeluh perlahan sambil berjalan laju menyelusup masuk di sebalik keramaian manusia di di situ. 

Pukul 8 tadi, dia dapat panggilan dari Inspektor Nuha untuk terus ke lokasi pembunuhan. Terkejut apabila dia mendapat tahu mangsa merupakan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular yang baru sahaja menang semalam. 

Kes dengkikah fikirnya di dalam hati ketika dalam perjalanan ke situ tadi.

"Tuan, mangsa bernama Putri Ailin tapi itu hanyalah nama pentasnya sahaja. Pemeriksaan  dari kad pengenalan milik mangsa, nama sebenar mangsa adalah Siti Zalika binti Sani, berumur 26 tahun. Mangsa ditemui mati oleh pembantu mangsa pagi tadi sekitar jam 7.10 pagi." Inspektor Nuha, juniornya datang untuk memberi briefing bagi kes itu.

"Okay kita tengok mayat mangsa dulu." 

Kasut yang dipakai sudah tersarung pelapik supaya tidak mencemarkan sebarang bukti di tempat kejadian. Ahli ahli forensik dengan outfit putih masing masing sudah membuat kerja masing masing dalam mengumpulkan bukti bukti. 

Inspektor Haris melihat beberapa ahli forensik sedang memeriksa tubuh mayat mangsa. Seorang ahli forensik mendekatinya.

"Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa kesan tikaman di bahagian abdomen mangsa tetapi satu tikaman dileher disyakki merupakan tikaman yang membawa kepada kematian mangsa. Mangsa disyakki dibunuh sekitar pukul 3-4 pagi. Motif pembunuhan kemungkinannya adalah kes dendam atau cemburu melihatkan kepada kesan tikaman dan saya syak, suspek adalah orang yang mangsa kenal." panjang lebar lelaki itu memberi penerangan.

"Tiada bukti pecah masuk?" tanya Inspektor Haris lagi.

"Pintu luar bersih, setiap tingkap turut terkunci dari dalam. Tiada barang berharga juga yang hilang." 

Inspektor Haris mengangguk perlahan. Mata melilau ke sekeliling banglo itu.

"Kami akan hantar mayat mangsa untuk post-morterm. Laporan penuh akan diberikan selepas post morterm selesai." kata ahli forensik itu kepada Inspektor Nuha.

The Forced Fame [COMPLETE]Där berättelser lever. Upptäck nu