Bab 13

2.4K 78 1
                                    

Mikayla menangis teresak esak di kerusi belakang. Idham hanya diam sepanjang pemanduan. Dibiarkan Kayla melepaskan segala rasa. Radio turut dimatikan.

Esakan yang ditahan sedari keluar dari ruangan waiting room tadi keluar bagai tiada hari esok sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Dia biarkan wajahnya basah dengan air mata. Langsung tidak dipedulikan Idham yang sedang memandu pulang.

Sampai di lobi kondominiumnya, dia langsung tidak pandang atau bercakap apa apa dengan Idham. Dia melangkah lesu ke rumah.

Perit jiwanya mengingatkan wajah Tengku Zarif tadi. 

Jujur dalam dirinya, dia sayangkan lelaki itu. Dia sayangkan persahabatan mereka. Dari umur dia 4 tahun dia sudah kenal dengan Zarif. Zarif dulu yang dia rapat sebelum dia rapat dengan Zuhail. 

Dia ingat lagi wajah kecewa lelaki itu pada malam dia halau lelaki itu pergi. Dia nampak ada kesan koyak di lengan baju dan seluar lelaki itu tapi otaknya juga terlalu berat untuk memikirkan tentang orang lain malam itu. Dia tidak tahu Zarif kemalangan. Patutlah dia tidak datang dengan motorbike yang selalu dibawa kesana kemari. 

Badannya bersandar pada dinding sebelah pintu. Tiada kudrat untuk berjalan ke bilik.

Dia memeluk lutut sambil menyembamkan wajahnya ke lutut.

"Memang sampai disini sahajakah persahabatan kita Zaf?"

"Setipis itu sahajakah kepercayaan Zaf pada Mika?" 

"Dari dulu lagi kenapa anak mata Zaf selalu tunjukkan rasa curiga pada Mika?" 

"Zaf selalu begitu. Selepas puas menuduh barulah Zaf datang meminta penjelasan." 

"Mika pun penat kalau asyik kena tuduh dengan Zaf. Sampai kadang kadang Mika berharap biarlah tuduhan itu betul untuk puaskan hati Zaf." 

"Mika jadi tiada nafsu untuk membela diri sebab Zaf, orang yang Mika harapkan untuk percayakan Mika pun tak dapat nak percaya dengan Mika."

"Macam mana Mika nak yakinkan semua orang yang Mika tak buat pun semua tu kalau Zaf sendiri, orang yang kenal Mika dari kecil pun boleh curiga dengan Mika tanpa dengar cerita Mika."

Mikayla berbaring di lantai ruang tamu dengan belakang badan disandar ke pintu. Dia mengerekot di situ. Air mata masih tidak mahu berhenti membasahi wajah. 

...........................................

Lewat Tengku Zarif sampai di perkarangan rumah. Tadi dia duduk termenung di dalam kereta di parking lot hotel di mana Malam Gala itu berlangsung. 

Dia mengeluarkan kunci pintu rumah. Sekarang sudah pukul 3 pagi. Pasti tiada siapa yang masih berjaga di waktu waktu sebegini.

Dia masuk ke rumah yang sudah gelap. Lepas mengunci pintu. Dia melangkah menaiki tangga. Di tangga dia terdengar suara suara. Dia membawa kakinya ke bilik Zuhail. Suara suara tadi dari bilik adiknya itu.

Pintu dibuka perlahan.

Dia nampak Zuhail sedang bergelak tawa dengan Dayne dan Isyraf. Mereka sedang khusyuk bermain game di phone masing masing. Zarif melangkah masuk.

Dia tidak lepas dari memandang Zuhail yang masih belum sedar akan kehadirannya.

"Kau tipu sakit ke?" soal Zarif dingin.

Matanya mencerlung.

Ketiga tiga mereka mengangkat muka. Memandang ke arahnya.

Zuhail pandang abangnya. Pelik kenapa abangnya balik balik terus menyinga.

"Kau kenapa Zaf?" dia tanya.

"Aku tanya kau, kau tipu ke yang sakit tadi?!"

"Eh, aku betul betul sakitlah. Mama bagi ubat tadi now aku dah okay."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now