Bab 41

2.7K 80 4
                                    

Seminggu selepas press conference dari pihak polis itu, kecaman yang diterima Mikayla sudah makin berkurangan. Semua video rakaman yang tersebar juga sudah diturunkan. Kerja siapa lagi kalau bukan kerja Zarif. Dia yang memberi arahan kepada team multimedia untuk menurunkan semua video. Tidak mahu ada satu pun yang tersisa.

Akhbar dan tabloid juga sudah mula mengeluarkan berita berita positif mengenai pengguguran nama Mikayla dari senarai suspek untuk kes bunuh Ailin. Mereka semua sudah ada target baharu. Datin Azura dan Dato' Borhan!

Tengku Zarif dan Tengku Zuhail juga sudah mula kembali sibuk di pejabat. Mereka sedang sibuk memantau persiapan Malam Gala Astana dimana akan berlakunya perasmian Penutupan Sambutan 30 Tahun Astana yang akan berlangsung pada hujung Mac. Minggu depan pula akan bermula Exhibition 30 Years of Astana. 

Tengku Zarif juga turut sibuk memantau progress limited edition product yang telah dilaunching awal Mac baru baru ini. Sales mencanak naik kerana promotion dan rasa teruja orang ramai yang ingin memilik barangan esklusif dan limited edition. Kuasa viral itu memang berjaya melariskan jualan. Jadi Tengku Zarif perlu memantau review semua pembeli yang sudah mendapat order masing masing supaya tiada review buruk yang keluar. Tidaklah dia memantau secara direct, dia hanya menerima laporan yang dihantar oleh staf.

Mikayla pula sudah kebah dari demam selepas 3 hari. 3 hari isterinya itu demam sampai dia hampir sahaja mahu memaksa Mikayla ke hospital. Nasib baiklah keesokan harinya isterinya itu kembali sihat. Geram juga dia dengan perangai isterinya yang takut sangat dengan hospital. Mahu dibebel tapi takut mengecilkan hati Mikayla pula. Sudahlah tengah demam. 

...................................................

"Abang, nanti sebelum abang balik, nak mintak tolong singgah farmasi dulu. Belikan Mika pregnancy test. Mika rasa pelik. Beli beberapa brand tau. Beli banyak sikit."

Pesanan whatsapp dihantar pada Tengku Zarif.

Beberapa hari ni Mikayla rasa pelik dengan keadaan tubuh sendiri. Dia semakin kerap rasa perut kembung. Kalau makan, dia kerap kali mempunyai masalah penghadaman. Kadang kadang rasa kejang dibahagian abdomen. Dia jarang merasai semua itu pada hari biasa kecuali sewaktu minggu period tapi dia belum lagi period. 

Ketika di Bali dia tengah berada pada hari ke15 dalam kitaran haidnya. Dia sepatutnya datang period semalam kerana kitaran haidnya selalu teratur dan hanya lewat atau awal sehari sahaja biasanya. Sebelum ini dia buat tidak endah sahaja kalau setakat lewat sehari tapi kali ini periodnya lewat disertakan dengan rasa tidak sedap di badan yang dia tak pernah alami.

Mikayla memang seorang yang sangat peka dengan perubahan badannya sendiri. Dia jenis yang memang tidak suka makan ubat atau ke hospital jadi, dia sudah terbiasa untuk memastikan tubuhnya sentiasa sihat. Sebarang rasa pelik di tubuh badan dia, dia akan cepat sedar.

Selesai menghantar pesanan whatsapp tadi dia terus turun ke bawah. Mahu mencari mama dan Zulfa.

"Kak Nab, mama dengan Zulfa mana?" tanya dia kepada pembantu rumah yang sedang mengelap cermin almari.

"Puan Sri ada di biliknya dengan cik Zulfa." ujar kak Nab.

Mikayla terus tersenyum seraya melangkah ke bilik mertuanya.

Mikayla mengetuk pintu bilik Puan Sri Sharifah.

"Mama, Mika ni. Boleh Mika masuk?" tanya Mikayla dari luar bilik.

"Mika ke? Masuklah sayang." panggil Puan Sri Sharifah dari dalam.

Mikayla membuka pintu bilik dan terlihat Zulfa sedang meniarap di katil sambil membelek album gambar.

"Amboi, berdua jer dengan mama yer. Jealous tau Mika dengan anak bongsu ni!" ujar Mikayla sambil tangannya menepuk punggung Zulfa.

"Mika marilah tengok ni gambar kahwin mama dengan babah." panggil Zulfa.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now