Bab 39

2.5K 72 2
                                    

"Mika macam mana Zaf?" Tanya Puan Sri Sharifah apabila Zarif keluar dari bilik.

"Mika tengah tidur ma. Harapnya lepas bangun nanti dia okaylah." keluh Zarif perlahan.

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah dari KLIA tadi, dia terus membawa isterinya ke bilik. Mikayla nampak lesu dan keletihan jadi dia biarkan isterinya tidur dulu untuk seketika. Sekejap lagi masuk maghrib dia akan kejutkan isterinya itu. 

"Siapa agaknya yang hebohkan pasal kamu akan landing di KLIA tadi tu..." ujar Tengku Zaid pula dengan nada serius. Dia pelik kerana tiba tiba sahaja ada wartawan yang menunggu di KLIA sedangkan tiada siapa tahu anak anak menantunya bercuti di Bali.

"Ada orang tengah cari pasal dengan keluarga kita ni bah. Zaf rasa kita tak boleh biarkan benda ni. Ada orang dendam dengan Mika."

"Pihak polis pun dah lepaskan Mika sebab tak ada bukti nak kaitkan Mika dengan kes bunuh Ailin tu tapi ada orang sengaja nak buat orang ramai tuduh Mika dengan sebarkan video video tu." sampuk Zuhail yang turut ada di situ.

"Pihak polis belum umumkan tentang pengguguran Mika dari senarai suspek utama. Itu yang menyebabkan orang ramai masih fikir Mika kemungkinan dalang kepada pembunuhan..." keluh Zarif juga.

"Kamu tak rasa ke ni kerja orang dalam? Orang yang ada disekeliling Mika?" tanya Puan Sri Sharifah pula. Video di backstage Anugerah Bintang Popular dan video di rumah Ailin pada malam kejadian tu nampak pelik. Macam ada orang yang dah plan semua tu.

"Babah pun rasa orang yang sebarkan video video tu semua ada kaitan dengan pembunuhan Ailin..." ujar Tengku Zaid.

"Zaf akan start siasat pasal hal ni. Mika dah cerita dekat kami semua pasal kejadian malam tu. Kalau tengok dari video yang tersebar tu, ada orang lain dalam rumah Ailin. Siapapun orang tu, dia tahu semua yang jadi dari awal sampai akhir. Tukang sebar tu kunci kes ni. Zaf akan cari dia sampai lubang cacing!" dingin suara Tengku Zarif. Kemarahan di dalam diri belum padam. 

"Kamu pun hati hati Zaf, jangan tergopoh gopoh. Ingat yang priority utama keluarga kita adalah keselamatan, bukan balas dendam." ujar Puan Sri Sharifah.

Tengku Zaid mengangguk bersetuju dengan kata kata isterinya. Ditepuk lembut bahu anaknya itu.

.........................................

Mikayla terjaga apabila terasa tidak sedap badan. Tubuhnya sedikit kesejukan. Dia bangun melihat sekeliling. Suasana sedikit gelap gara gara langsir yang ditarik menutupi keseluruhan balkoni. Dia mencari telefon bimbitnya. Sekejap sangat dia terlelap tadi. Dia tiba tiba tak dapat nyenyak dengan situasi begini.

Kalau dulu, pantang ada masalah, dia akan mencari kebebasan dengan tidur. Tapi kini tak lagi, dia ada suami dia sebagai penguat semangat.

Mata meliar memerhatikan keberadaan Zarif. Sedikit lega kerana suaminya itu tiada di bilik.

Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada tepi bantal lalu dia membuka social media untuk memeriksa keadaan sekarang. Banyak berita keluar dengan muka Zarif diletakkan sebagai gambar berita.

Banyak headline berita online dan tabloid yang bercerita perihal dia yang dikatakan bercuti berdua di Bali dengan Zarif. Banyak yang mencerca gara-gara itu. Ramai yang mengatakan dia tak menghormati si mati dan macam macam lagi.

Mikayla mengeluh perlahan. 

Teringat tentang kata-kata Zarif ketika di Bali. Ada orang yang berdendam dengan dia. Tapi siapa? Kenapa berdendam sampai membunuh orang lain. Orang tu nak apa dengan dia? Dia rasa dia langsung tak ada kacau sesiapa. Yang lagi pelik, kenapa sekarang? Kenapa bukan dari awal?

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now