Bab 63

2.8K 105 7
                                    

"Mikayla binti Abdul Rahim..."

Mikayla tunduk memejam mata, mengharapkan bukan cerai yang akan terlafaz di mulut suaminya itu.

Zarif hela nafas kasar ketika melihat wajah menunduk isterinya. Dia memejamkan mata sebelum menyambung ayat.

"Kalau kau nak sangat bercerai, kita jumpa dekat mahkamah nanti. Lawyer aku akan bagi dokumen dekat kau." ujar Zarif mendatar sebelum beredar dari situ.

Berkaca mata Mikayla mendengar suara Zarif. Bencikah Zarif padanya sekarang? Dia tak sanggup. 

Abang... 

Mahu sahaja dia menjerit memanggil nama Zarif ketika itu juga, tapi melihatkan mata mencerlung milik Firash, dia diamkan diri. Keselamatan Zulfa lebih penting sekarang ni.

Sekurang-kurangnya Zarif tidak menceraikan dia lagi. Ekor mata mengikut langkah berat Zarif. Suaminya itu langsung tidak menoleh.

Setelah memastikan Tengku Zarif keluar, Firash bangun mencapai telefon. Pintu ditutup sebelum Mikayla melihat lelaki itu mendail nombor seseorang.

"Hello..."

"Ya, Zarif baru keluar. Kayla still ada dengan aku." 

"Yes, dia dah minta cerai dah..."

"Belum, si Zarif tu cakap jumpa dekat mahkamah jer."

"Ergh belum lagi, dia tak ceraikan lagi Kayla."

"Entah lah aku! Mana aku tahu! Apehal kau nak marah aku?! Kau ingat aku boleh paksa si Zarif tu lafaz cerai ke?"

"Ya, aku tahulah buat kerja aku."

"Kau tak payah nak mengarah, kau buat kerja kau, aku settle kerja aku. Lepas aku dapat merasa Kayla, aku send gambar bukti dekat kau."

Mikayla mencerun tajam ke arah Firash. Mendidih darahnya memikirkan dengan selamba sahaja lelaki itu berbual tentang rancangan jijik mereka di hadapannya.

Firash mengerling sekilas ke arah Mikayla. Jelingan bernafsu!

"Tengku Zarif tu for sure tak suka bekas orang. Aku ingat nak pakai dia for few times."

"Kalau aku sempat aku rakam." Ujarnya sambil tersengih nakal. Dalam kepala sudah terbayang bayang.

"Kau make sure dorang tak tahu adik si Zarif tu dah kena culik. Hal Kayla biar aku settlekan."

Firash menamatkan panggilan. Kepalanya ditoleh ke arah Mikayla yang sudah merenung tajam ke arahnya.

"Apa tenung tenung I macamtu babygirl?" soalnya dengan senyuman nakal.

"Babi kau lah! Kau cakap dengan siapa tadi?!" soal Mikayla. Naik marah dia mendengar Firash bercakap dengan entah sesiapa yang mahu Zarif menceraikan dia. Sesuka hati mempermainkan perkahwinannya. Hatinya kuat mengatakan yang dia kenal orang di hujung talian tadi.

"You tak perlu tahu babygirl. Anyway, bagus lakonan kau tadi. Tak sia sia kau jadi pelakon. Sayangnya laki kau tu belum lafazkan cerai. Cinta mati betul dia dekat kau yer! Dah nampak bini berduaan macam ni dengan lelaki lain pun masih tak nak lepaskan." perli Firash.

Mikayla yang mendengar sudah naik angin, tak semena-mena bantal melayang pada Firash. 

*Buk

Tak sempat elak. Tepat mengena muka tembok si Firash.

"Kau cakap dengan Tengku Liyana ke tadi?! Tengku Liyana yang rancang ni kan?!!!" pekik Mikayla bengang.

"I dah cakap kan, you tak perlu tahu. Kalau you nak adik ipar kesayangan you tu selamat, ikut jer arahan, tak payah banyak soal!" marah Firash. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now