Bab 18

2.5K 81 0
                                    

BAB INI MERUPAKAN ULANGAN PROLOG DAN SAMBUNGAN

"Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Ditemui Mati"

"Tikaman penyebab Pelakon Popular terbunuh"

"Seorang Pelakon Wanita Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan"

Ditahan reman? Dia tidak ditahan, dia sebaliknya datang sendiri tanpa ditahan. Fake news betul.  

Jari jemarinya perlahan lahan menatal skrin telefon bimbit yang memaparkan berita berita dalam talian. Jam menunjukkan pukul 9.46 minit malam bermakna sudah hampir 15 jam dia berada di dalam bilik soal siasat.

Setelah dia disahkan kembali sembuh oleh doktor yang merawat, dia meminta Idhan dan Darren membawanya ke balai polis. Dia tidak mahu dikatakan cuba mengelak dari disoal siasat. Walaupun tindakannya tidak dipersetujui Zarif dan Zuhail tapi baginya lebih baik dia membantu siasatan. Dia rasa dia tiada yang perlu ditakutkan. Dia tidak membunuh Zalika. 

Zarif  dan bondanya sendiri beberapa kali cuba bertanya tentang kes itu kepadanya tapi dia diam membisu. Entahlah, dia tiada rasa untuk bercerita sewaktu berada di hospital.

Dia turut diberitahu oleh Idham yang rumah kondonya telah digeledah sewaktu dia tidak sedarkan diri di hospital. Pakaian terakhirnya pada malam kejadian turut diambil oleh pihak polis sebagai bahan bukti. 

Hari itu merupakan hari ketiga sejak kejadian bunuh tersebut. Pihak media masih lagi berkampung di hadapan balai polis itu. 

Teruk juga dia diasak oleh pihak media tadi sewaktu tiba di perkarangan IPD Cheras. Nasib baiklah anggota anggota polis menghalang media dari menerpa.

Dia berseorangan di bilik soal siasat setelah ditinggalkan seketika oleh peguamnya, Darren. Telefon bimbit yang menjadi telefon kerjanya diserahkan kepadanya kerana telefon bimbit peribadinya telah diambil pihak polis untuk membantu siasatan.

Kelonggaran diberikan kepadanya untuk menggunakan telefon bimbit untuk kerjanya kerana telefon itu sudah diperiksa sebelum diserahkan kepadanya. Peguamnya Darren yang memohon untuk telefon itu diserahkan kepadanya.

Dia mengeluh berat apabila membuka laman media sosial miliknya. Notifikasi yang diterima agak luar biasa berbanding kebiasaannya. Sebagai selebriti Wanita popular di Malaysia menerima notifikasi dalam jumlah yang banyak itu normal baginya tapi kali ini notifikasi yang diterima terlampau banyak.

Dia tidak ingin memeriksa notifikasi yang diterima melalui lawan media sosial intagram dan twitter umumnya sebaliknya dia membuka laman twitter peribadi yang tidak diketahui peminat. Dia lantas memeriksa trending di twitter. Trending yang pertama semestinyalah nama mangsa, Putri Ailin. Trending yang menduduki tangga kedua adalah namanya Mikayla.

Dia kemudiannya menekan satu hashtag #JusticeforAilin.

Hashtag yang kini hampir mencapai 1 juta ciapan dipenuhi dengan kata kata takziah dari semua yang bersimpati tidak kira rakyat biasa, rakan rakan artis serta Menteri Menteri.

Malah ada juga yang menulis tentang kronologi kes serta ada yang memuat naik video dan gambar gambar Ailin sewaktu masih hidup.

Menatal skrin ke bawah, dia ternampak tweet

"Maybe Kayla membunuh kerana cemburukan Ailin."

"Semoga ada keadilan buat Ailin"

"Memang dari awal tak sukakan si Kayla, she looks fake."

"Kalah dengan pelakon baru pun terus busuk hati sampai sanggup menikam, dasar pembunuh!"

"Kau pembunuh!" Kata kata itu tiba tiba terngiang di telinga menyebabkan kepalanya terasa berpusing.

The Forced Fame [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora