Bab 59

2.4K 91 10
                                    

"Fafa jangan cakap dekat abang abang Fafa tu tentang ni tau! Ini rahsia kita berdua!" 

Zulfa tergelak.

"Eee mestilah! Fafa pun taknak dorang kacau plan kita kalini!" ujar Zulfa seraya gelak terbahak bahak. 

"Lagipun kalini confirm tak kantoi lah Mika, Fafa kan dah duduk hostel. So, dah tak akan kantoi lagi dengan abang Zuhail." sambung Zulfa. 

Ya, dia dan kakak iparnya itu ada plan baru. Plan untuk menghadiri perjumpaan peminat peminat Running Man di Seoul! Plan ini semestinya tanpa pengetahuan abang abangnya. Hanya diberitahu kepada mama. Girls' secret! Lagipun kakak iparnya sudah meyakinkan mama yang mereka akan baik baik sahaja dalam pantauan Idham yang akan turut serta ke Korea sebagai pengurus. 

Sejak abangnya itu mengetahui identiti sebenar Idham dan kisah lelaki itu bersama Mikayla, Zarif terus memberikan lampu hijau buat Idham untuk terus bekerja sebagai pengurus kakak iparnya itu. Sementelah sejak-sejak kembali semula ke dunia seni, Mikayla makin dikejar-kejar produksi yang mahukan wanita itu bagi naskah naskah terbitan mereka. 

Dia dan kakak iparnya itu adalah peminat fanatik anggota kumpulan Running Man. Yoo Jae Suk, Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Haha, Yang Se Chan dan Jeon So Min. Sejak sejak dihasut kakak iparnya dari kecil, Running Man sentiasa mengisi masa lapangnya saban minggu. Kalau bosan menunggu episod terbaru, dia akan menonton episod ulangan. Jika dulu semua episod di download dan disimpan di dalam hard disk oleh Mikayla, kini sudah banyak apps yang mengumpulkan semua episod dan memudahkan dia menonton bila sahaja dia mahu.

Dan itu jugalah sebab paling utama Mikayla menerima tawaran naskah pendek terbitan View Original adalah kerana tarikh pengambaran itu jatuh dalam minggu di mana Running Man, rancangan variety show paling popular di korea dan di seluruh dunia bakal mengadakan fan meeting di Olympic Park Olympic Hall, Seoul. 

Jadi, Mikayla turut mengajak Zulfa pergi bersama. Mikayla akan ke Korea dulu seminggu awal untuk fokus pada shooting dan Zulfa akan bersamanya beberapa hari selepas itu. Mikayla risau juga sebenarnya mahu membiarkan Zulfa menaiki pesawat sendirian tetapi Zulfa meyakinkan bahawa dia akan baik baik sahaja.

Nasib baik Zulfa cuma perlu ponteng tiga hari sahaja kelas. Khamis, Jumaat adalah public holiday. Ahad pagi adik iparnya tu sudah kembali ke Malaysia. 

...................................................

Lapangan Terbang KLIA Terminal 2

"Jangan nak nakal nakal!" ujar Tengku Zarif memberi amaran. Pipi isterinya dicubit manja.

Mereka ketika itu baru selesai proses drop luggage di kaunter. Sengaja Zarif berjalan lambat lambat. Tak mahu terlalu cepat langkah kaki mereka tiba di pintu perlepasan. 

Tadi sewaktu mereka menjejak kaki ke pintu masuk lapangan terbang, ada wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk seperti menunggu ketibaan Mikayla. Mungkin mereka tahu Mikayla berangkat ke Korea sedikit lewat berbanding kru produksi dan para pelakon yang lain yang sudah 3 hari berada di Korea ketika itu untuk persiapan pengambaran.

Sejak-sejak spekulasi buruk terhadap Mikayla dibersihkan, makin ramai yang meminati isterinya itu. Lagi-lagi ramai yang teruja mahu melihat isterinya kembali berlakon dalam drama bersiri pendek romantik komedi itu.

Ada juga beberapa orang yang berada di lapangan terbang itu yang mengenali Mikayla dan mengambil gambar bersama isterinya. Lagipula, Mikayla cantik sungguh pagi itu sampai dia jadi berat mahu melepaskan Mikayla pergi. Mahunya mamat mamat korea mengorat isterinya di sana macam mana! Mikayla tu dah lah tak nampak macam isteri orang!

"Pergi mana-mana kena ada Idham sekali. Jaga mata tu jangan nak asyik usha mamat korea! Jangan sweet sweet sangat dengan pelakon lelaki tu. Jangan buat perkara-perkara yang boleh membahayakan diri. Jaga makan. Jaga diri sayang. Jaga tingkah laku. Jaga maruah sayang sebagai isteri abang. Clear sayang?"

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now