Bab 62

2.3K 78 14
                                    

Tulippana Headquarters

Mikayla menghadiri pertemuan bersama pembekal fabrik hari itu mewakili Dato' Marina yang tiada di Malaysia. Dia sebenarnya bidan terjun sahaja kerana bondanya tiba-tiba ada urusan di Jakarta. Jadi dia yang terpaksa menjadi tuan rumah dan mengetuai team pengurusan bagi sesi menandatangani persepakatan dengan kilang pembekal tersebut. 

Kerjanya hanyalah mengalu-alukan kedatangan tetamu tetamu tersebut sebagai pewaris tunggal Tulippana, manakala hal penting yang lain diserahkan bulat-bulat kepada team pengurusan Tulippana. Dia manalah tahu sangat. Baru semalam dapat tahu kena ganti bondanya, kalutlah dia meminta details pertemuan pagi itu. 

Nasib baik juga dia tiada jadual pengambaran apa-apa. Lagipula memang  minggu itu jadual kerjanya sengaja dikosongkan kerana Idham ada urusan lain di luar Selangor. Dia datang tadi pun dengan memandu keretanya sendiri setelah diizinkan Zarif.

Selesai sesi pertemuan dengan pembekal fabrik tadi dia terus sahaja memandu keluar dari bangunan syarikat Tulippana. Mahu menyinggah membeli jeruk mangga di pasar. Mama ada bagitahu, kawasan pasar pagi itu ada menjual jeruk mangga. 

Jam belum pukul 11 lagi jadi dia mengharapkan kedai tersebut belum tutup. Tekaknya meronta-ronta mahu makanan masam. Tak sabar mahu membeli jeruk sampai dia lupa untuk memberitahu Zarif yang dia mahu menyinggah ke pasar.

Kereta dia parkir di kawasan letak kenderaan di hadapan pasar tersebut. Jelas pasar pagi itu sudah semakin lenggang. Para jurujual juga sudah ramai yang sedang sibuk mengemas barang-barang. Pasti sudah selesai menjual. Dia laju laju melangkah mencari kedai menjual jeruk. 

Tak menyabar mahu makan padahal dia juga ada mengirim jeruk dengan Idham yang ada kerja di Kelantan. Lama sangat tunggu Idham bawa balik, dia pula dah tak tahan. Kecur air liur membayangkan air kuning mangga itu padahal selama ni mana dia kisah pasal jeruk. 

Bibirnya mengoyak senyuman lebar apabila melihat kedai jeruk itu masih dibuka. Matanya bersinar melihat balang-balang jeruk pelbagai jenis yang bersusun di para kedai itu. 

Gosh! Dia telan air liur yang sudah mula melimpah di dalam mulut.

"Makcik, saya nak jeruk mangga ni satu cup." sapanya kepada jurujual.

Wanita itu tersenyum lalu terus bangun menyediakan pesanannya. Matanya menilik pada jeruk jeruk lain sambil sambil menunggu. Nampak macam semua sedap.

"Makcik, ni yang dalam paket macam kismis ni apa ya?" soal Mikayla sambil menunjukkan pada bungkusan asam seperti kismis yang bersalut cairan basah putih. Nampak menggiurkan tekaknya.

"Oh, itu asam jabit orang kelantan panggil. Anggur kering."

"Masam ke makcik?"

"Haah masam tu yang tu. Nak cuba dulu?" 

"Boleh juga."

Wanita tadi menyuakan bekas testing kepada Mikayla. Mikayla mengambil satu lalu dikemam penuh nikmat. 

Sedap gila!

Masam yang membuatkan dia rasa dia boleh makan hari hari!

"Sedap! Bolehlah yang ni satu. Berapa ya satu bungkus?"

"Paket kecil ni RM10, Kalau yang besar ni RM18." balas wanita itu.

"Saya nak yang besar lah satu. Kira sekali dengan mangga tadi."

"Okay dik, Jeruk mangga ni RM5, asam jabit RM18. Semua sekali RM23 dik."

Mikayla menyeluk beg tangan untuk mengeluarkan purse. Duit not RM50 dikeluarkan lalu dihulur pada wanita di depannya.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now