Bab 17

2.4K 77 0
                                    

Zarif dan Zuhail menunggu di depan ruangan rawatan. Mikayla masih lagi di dalam prosedur rawatan setelah tiba di ruang kecemasan sebentar tadi. 

"Zarif, Zuhail, Kayla mana?" cemas suara bonda bertanya.

Zarif dan Zuhail kedua duanya mengangkat muka masing masing apabila terdengar suara cemas wanita itu. Di belakang Dato' Marina ada Idham dan peguam, Lee Darren yang turut sahaja tiba di situ setelah diberitahu oleh Tengku Zuhail melalui panggilan telefon.

"Aunty, Mika dekat dalam lagi." kata Zuhail sambil bangun untuk memberikan tempat duduknya kepada Dato' Marina.

"Kayla teruk ke?" tanya Dato' Marina sambil melirik matanya pada Tengku Zarif yang duduk membatu di sebelahnya itu.

"Mika kena sawan sekejap waktu dalam bilik siasatan. Tapi sekejap sahaja." Jawab Zuhail apabila dilihatnya Zarif hanya diam tanpa ada rasa mahu menjawab.

"Kayla betul betul tak ada kaitan dengan kematian pelakon tu kan?" soal Dato' Marina sambil mata memandang tepat ke arah Tengku Zuhail yang sedang berdiri di hadapannya.

Zarif memandang wanita di sebelahnya itu dengan pandangan tidak percaya. Mercerlung matanya memandang Dato' Marina saat itu.

"Belum tahu lagi aunty, semua masih tak tahu kenapa Mika pergi rumah Ailin semalam." perlahan sahaja jawapan Zuhail.

Baru sahaja Zarif ingin bersuara dia lihat pintu ruangan rawatan terbuka. Semua yang ada disitu bergerak mendapatkan doktor yang merawat Mikayla.

"Macam mana doktor?" tanya Zarif.

"Cik Mikayla mengalami minor seizure akibat keadaan terlampau stress. Tekanan dari masa lampau juga turut memberi impak kepada serangan sawan yang dialaminya tadi. Tapi jangan risau, buat masa sekarang keadaan pesakit sudah stabil kerana telah diberi rawatan kecemasan awal tadi. Kami akan hantar pesakit ke wad dan akan dipantau lagi. Kita juga akan melakukan ujian EEG dan imbasan otak untuk memerhatikan keadaan pesakit dengan lebih detail."

Semua yang datang mengangguk faham atas penjelasan doktor tersebut. 

.................................

IPD Cheras

"Tuan, ini laporan penuh hasil bedah siasat mayat mangsa."

Inspektor Haris mengambil fail dari tangan anak buahnya.

"Memang betullkah luka tikaman di leher tu yang menyebabkan kematian."

"Semua tikaman pada mangsa ada 7 tuan. 6 di abdomen mangsa dan satu di leher."

Inspektor mengangguk perlahan sambil mata meniliti gambar gambar yang turut dikepilkan bersama.

"Luka di bahagian leher dan bahu mangsa telah diperiksa dan DNA yang dijumpa pada luka itu sepadan dengan sampel yang kita kutip dari Mikayla." 

"Jadi betullah ada berlaku pergelutan antara mereka malam itu."

"Ya tuan, dan luka itu memang luka yang berlaku ketika mangsa masih hidup."

Mata inspektor Haris tertancap pada muka surat itu.

"Mangsa mengandung 4 minggu?" tanyanya dengan nada terkejut.

"Ya, pihak forensik telah menemui janin itu dan apabila diperiksa janin itu baru 4 minggu." terang anak buahnya.

"Mangsa mengandungkan anak siapa? Mangsa belum berkhahwin kan?" getus Inspektor Haris.

"Berkemungkinan anak kepada tunang mangsa, Tengku Zarif bin Tengku Zaid yang turut merupakan antara suspek kita, tapi dibuang dari senarai suspek selepas pihak kita check alibi keberadaan dia pada malam kejadian."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now